Assalamualaikum.
Gembiranya sebab duit berblog sudah masuk akaun bankku! Yay! Alhamdu lillah.
Hasil berblog selama er, berapa lamanya.. Lama la. Start 2009 hingga kini 2013 walaupun kadang-kala tinggal juga blog comel ni sebab ada tuntutan lain. Tapi kawan-kawan blogger makin hari makin ramai walaupun kat blog makin menyepi.
Sebenarnya tak tau pun macam mana nak pergi bank dan tunaikan cek tu.
Ok, macam ni. Kita akan dapat cek Hong Leong Bank dari Nuffnang sebab Nuffnang guna bank ini untuk urusan pembayaran. Jangan risau kita tak ada akaun bank Hong Leong pun. Tapi pastikan kita ada akaun mana-mana bank la. Tak kisah bank apa. Yang penting nama yang tertera dalam cek adalah sama dengan nama pemilik akaun. Nama kita la. Contohnya, kat cek tertulis nama Wan Aishah. Kita nak tunaikan cek pun mestilah menggunakan nama akaun Wan Aishah jugak. Tak boleh la guna nama Ali Bakar pulak. Faham?
Ok, next. Kat belakang cek tu ada kotak untuk tulis nama, no akaun dan no telefon bimbit. Isi bagi tepat k. Oh ya, tak boleh duk double ke potong ke tau. Sebab cek ni susah sikit kalau kita salah tulis ni. Careful, k.
Pasal alamat tak de menda r. Aku pun tersilap sebab dulu aku duk Melaka tapi sekarang aku duk Kedah. Aku terlupa nak cek bagi betul sementelah line internet kacau pada masa tu. Aku save dan send. Hehe. My fault.
Nasib baik la posmen pandai cari. TQ abang posmen.
Korang pergi kat bank yang korang dah tulis kat belakang cek tu dan masukkan ke dalam mesin deposit cheque. Macam biasa la, mula-mula kena tekan apa-apa dulu. Kemudian, korang kena masukkan no akaun bank korang. Ia akan naik nama dan no akaun korang. Kemudian, masukkan cek. Tapi, pastikan betul ya. Jangan salah atau terbalik pula. Kat mesin, ditunjukkan cara letak cek belah mana. Pastikan kat cek tu tak ada bendasing seperti dawai kokot (ubat stapler), pin atau apa sahaja yang selain dari cek.
Dah betul semua, tunggu ambil resit. Settle.
Kalau May Bank kena tunggu sehingga dua, tiga hari bekerja baru duit akan dimasukkan ke akaun anda. Kalau CIMB bank cepat sikit.
Terima kasih Nuffnang. Terima Kasih pembaca dan blogger.
Masyuk jugalah duit hasil berblog ni. Boleh la cover beli barang-barang. Tapi tengah fikir nak beli apa ya.. Erm, ada cadangan?
Tag: cara-cara mendeposit cek, mesin deposit cek, cara tunaikan duit Nuffnang.
Beli makanan banyak-banyak. Hahaha. Hi Kak sha, lama tak jumpa dalam dunia blog. Hehe :)
BalasPadamalhamdulillah..
BalasPadamboleh lah belanja anip cendol pulut lpas ni ek ek. hehhee
thanks kak bagi nasihat pasal entri china tu :)
Raisya: Ai adik cyg. A ah lama xjmpa dlm blog kn.
BalasPadamBeli makanan banyak2? Xnak r. Nanti duit lesap mana. Nak beli sesuatu yg nampak.
Anep: cendol? Boleh.
BalasPadamSama2. Best r dapat gi China
nice... good job
BalasPadamlets visit my blog
http://khaiblogzz.blogspot.com
Kalau cek nama salah eja mcm mne ewk .....
BalasPadamkalau akaun bank islam or bsn boleh ke?
BalasPadamTerima kasih Khai
BalasPadamNajmi: Rasanya tak apa. Yang penting no ic dan no bank yang betul
BalasPadamCik Yutie: ok saja. tak kisah bank apa pun. Jangan bankrupt sudah la. hehe
BalasPadam