Langkau ke kandungan utama

Nilai Hantaran Orang Utara



Assalamualaikum.

Kali ini mahu berbicara mengenai hantaran yang diletakkan semasa majlis pertunangan.

Aku orang utara. Hantaran kami tak sama macam sebelah negeri lain. Mula-mula, aku pelik juga sebab orang bising-bising bila ada keluar jadual hantaran yang mana ikut kelulusan si pengantin perempuan.
Aku rasa hairan, kenapa mereka bising-bising pada hal kat tempat aku biasa sahaja kalau harga itu, malah kalau ada SPM pun dah sampai tahap RM 8,000.

Kemudian, baru aku tersedar, kat tempat aku berbeza.
Bagi sebelah utara ni, kami hanya ambik duit hantaran, mas kahwin dan barang kemas cincin sahaja. Tak ada barang serba satu serba duduk, serba diri, serba baring. Juga kami tak ada minta duit untuk kenduri.
Duit kenduri guna duit sebelah pengantin perempuan itu sendiri. Tetapi, ada juga yang mahu minta barang kemas, terpulang kepada pengantin.

Aku rasa wang hantaran orang Utara lagi rendah dan murah.

Erm, apa nak kata pasal duit hantaran kawan-kawanku.

Kes 1
Hantaran 6 ribu, cincin dua bentuk, rantai seuntas, mas kahwin 3,000.
Semuanya RM 10,000.

Kes 2
Hantaran RM8,240, cincin sebentuk sahaja. mas kahwin RM84.
Semuanya RM9,000 termasuk harga cincin dan mas kahwin. Kalau aku, nak la barang cincin atau rantai pula.
Tak kan masa akad nanti tak kasi apa-apa dah? Macam janggal pula.

Kes 3
Hantaran RM 30,000 sebab nak bayar hutang PTPTN. Mas kahwin RM84. Cincin tunang, rantai akad nikah.
Semuanya RM 32,084.
Ada tak sesiapa sudi? Hahaha~


Kesimpulan

Tak payahlah nak kepoh-kepoh tahu dan mengata mengenai berapa hantaran orang. Kalau dah lelaki  mampu, biarlah dia nak bagi berapa pun, untuk isterinya juga, bukan orang lain pun.

Semoga kawan-kawan aku yang dah bertunang tu selamat naik pelamin ye =)

* tak dapat nak up gambar.

Ulasan

  1. perghh,,tak penah jumpa lg hantaran sampai 30K,,dasat tu,,kalah artis,,;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gila bai, tak pernah dengar, akak aku kawin pun 15k lebih ja ada degree juga

      Padam
  2. Miss Ina: hahaha~
    kalau pihak lelaki setuju.. hahaha, nak buat perkara gila. nanti heboh 1 kg. hahaha~

    tak ada la. gurau je.

    BalasPadam
  3. Black: cari la maklumat.. Internet kan ada.

    BalasPadam
  4. saya org utara jugak . tapi taktau pun pasal nih . hihi

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Apa Nama Korang dalam Bahasa Jepun

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jom main permainan ni. Nama korang berdasarkan nama Jepun A= ka, B=tu, C= mi, D= te, E= ku, F=lu, g= ji, H= ri, I= ki, J= zu, K= me, L= ta, M= rin, N= to, O= mo, P= no, Q= ke, R= shi, S= ari, T= chi, U= do, V= ru, W=mei, X= na, Y= fu, Z= zi Kemudian copy nama korang kat ruangan komen ya. Noor Hapisah : Tomomoshi Rikanoki Arikari Haha~ Lawak gile nama. Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels! Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.  Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Open Tracker