Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2012

Pengalaman BERSIH 3.0: Polis Layan Rakyat Macam Penjenayah

Assalamualaikum. Aku kumpulkan cerita-cerita daripada pengalaman mereka yang menyertai Perhimpunan BERSIH untuk kali ini. Diceritakan sendiri dari mulut Encik Mangsor. 1 . Masjid Jamek Mereka mula berkumpul dengan aman. Majoriti 50-50, Melayu-Cina. Tetapi keadaan bertukar huru hara apabila polis atau FRU melepaskan sejenis senjata yang mana apabila terkena badan, ia akan berdarah.  Saiznya sebesar kacang. Kacang hijau atau kacang tanah, tidak pasti. Sikap tolong-menolong dan bersatu terserlah Beberapa kali kedengaran polis mengeluarkan tembakan itu. Semua mereka yang hadir, lari menyelamatkan diri. Namun, apabila berlaku kecederaan, mereka yang berada berdekatan pakat tolong. Encik Rashid berkata, orang cina tolong orang Melayu, tak kira bangsa. Begitu juga ada satu cerita, seorang wanita India membawa anaknya di dalam kereta sorong di jambatan. Orang sudah menjerit kepadanya kerana polis mula menyembur gas beracun, pemedih mata. Tetapi mungk...

Wahai Lelaki, Utamakan Ibumu

PERHATIAN KEPADA SESIAPA YANG MERASAKAN DIRINYA LELAKI !!! Utamakanlah IBU anda terlebih dahulu berbanding ISTERI/AWEK anda.. Kerana walau secantik mana sekalipun isteri anda.. Berleher jinjang..Hidung bak seludang..Rambut ikal mayang..Pipi... bak pauh di layang-layang..^__^.. Isteri anda belum tentu dapat membantu anda ke syurga.. Tapi..Sehodoh mana pun Ibu anda..Berkedut sana sini..Beruban d merata tempat..Hatta tidak sempurna fizikalnya.. Tapii..ITULAH SYURGA ANDA SEBENARNYA !!

Tips Temuduga: Ceritakan Pasal Diri Anda

Tell me about yourself? Ceritakan pasal diri anda. Ini adalah perkara pertama yang akan ditanya pada temuduga. Hal ini ditanya untuk berkenalan dengan lebih dekat dengan peminta kerja dan mereka juga ingin memecahkan kebuntuan dan kecemasan anda dengan temuduga. Tujuannya hanyalah untuk mengurangkan rasa kegugupan anda. Selain itu, mereka ingin melihat bagaimana gaya persembahan presentation pasarkan diri anda bukan sekadar tertulis di dalam kertas (sijil yang anda bawa sahaja). Jadi, kalau dah namanya ‘ceritakan, huraikan,’ kenalah panjang sikit. Aku ceritakan apa yang aku tahu melalui kursus, pengalaman, pembacaan buku, majalah dan pencarian dalam internet berkait tentang topic ini. Aku rumuskan khas untuk korang yang singgah ke sini. Bertuah korang. Hehe~ Tell me about yourself? Ceritakan pasal diri anda. Nak cerita apa? Cerita saja apa-apa pun. Hehe~ Eh, mana boleh. Korang hanya perlu cerita pasal nama, pendidikan tertinggi, jawatan tertinggi, pengalaman kerja dan perwa...

BERSIH 3.0 yang Kecoh Kuala Lumpur 2012

Assalamualaikum. Apak khabar? BERSIH 3.0 Apa yang aku faham, mereka ada 8 tuntutan. Antaranya melibatkan membersihkan daftar pengundi hantu yang dibawa masuk untuk pilihan raya kali ke-13 ini. Beribu-ribu khabarnya yang akan menolong Barisan Nasional menang. Berhentikan Lynas. Stop Lynas. Lynas ni bahaya. Radiasi. Setakat kilang biasa sudah bagi kesan buruk kepada manusia dan alam sekitar, apatah lagi kilang berbahaya macam tu. Oh ya, sila baca entri ini dengan fikiran terbuka, ok. Berita dari Sinar Harian,malam semalam 27 April menyebutkan dataran Merdeka 'meriah' dengan 300 orang penyokong Bersih, padahal ada 3000 orang. Aduh, nampak sangat akhbar tak telus melaporkan. Pada masa tu, berpuluh-puluh ribu lagi sedang dalam perjalanan menuju Kuala Lumpur. Aku tengok berita TV1 pula, ada yang duk cakap peniaga rugi. Kalau ikut logik, mana nak rugi sebab kan orang ramai, mesti la untung. Sape suruh tutup? Apa yang lawaknya, ada pula peniaga tu siap pakai baju warn...

Mitos Jenayah: Wanita dan Langkah Keselamatan

Jenayah boleh berlaku di mana sahaja. Kita kena berusaha selamatkan diri Menjaga keselamatan diri adalah tanggung jawab penting. Anda juga bertanggung jawab untuk memberikan perlindungan kepada orang-orang sekitar anda. Oleh itu, anda perlu meningkatkan ilmu pengetahuan diri dalam mengambil langkah keselamatan. Menurut ASP Lee Siew Kee dari Unit Serangan Seksual, Ibu Pejabat Selangor, menyatakan setiap wanita perlu tahu tentang langkah keselamatan diri. Wanita kini menjalani kehidupan yang aktif. Di samping itu, wanita perlu bijak menggelakkan diri daripada kejadian yang tidak diingini. Mitos tentang jenayah Mitos 1: Tiada sesiapa pun yang terselamat Sebenarnya ia tidak benar. Masih ramai yang orang yang selamat dan menikmati kehidupan seharian mereka tanpa gangguan. Anda perlu berasa selamat. Ia merupakan faktor penting untuk membina keyakinan diri untuk melakukan aktiviti tanpa dihimpit perasaan takut dan bimbang. Mitos 2: Hanya orang lain yang ter...

Hal Terindah Dari Wanita

Assalamualaikum. Hal terindah dari WANITA adalah: Bukan saat ia tersenyum bahagia, tetapi saat air matanya jatuh dalam DOA.  Bukan kerana kata2nya yang indah tapi saat bibirnya basah kerana ZIKRULLAH. Bukan kerana kecantikan yang mempesona tapi kerana SUJUDnya pada ALLAH. Bukan kerana keelokan tubuhnya tapi kerana keteguhannya dalam menjaga AURAT." Jom jadi wanita SOLEHAH! Fokus utama untuk jadi SOLEHAH. Haluskan hati dengan CINTA ALLAH dan RASUL. Tumpu dan hanya kisahkan DIA dan KEKASIHNYA sahaja. Semoga anda dapat sesuatu =)

Blogger Datang Sembah Balik, WTHelicopter

Blogger datang sembah. What should i say? Ini adalah sebuah kisah yang benar dan rekaan juga supaya suspek tidak merasakan aku sedang bercakap mengenai dirinya. Hahaha~ Terus terang, aku cakap, aku tak punya sesiapa dalam dunia blogging ni. Maksudnya, masa mula-mula aku nak kenal benar-benar apa itu blog dan blogging. Tak ada sesiapa. Aku belajar dan explore sendiri. Agak susahlah sebab tutorial pun tak ada. Ada juga beberapa rakan-rakanku terlibat dalam dunia blog ni. Tapi, masa aku minta tolong ajarkan blog, langsung tak dipandang, ok. Ye la, aku kan masih merangkak dan tak tahu apa sangat dalam blogging ni. Follower ada pun sorang, aku sendiri (haha) sedangkan mereka sudah ada beratus-ratus follower. Tambahan pula, mereka cemburu jika aku berjaya bergelar blogger berbanding dirinya. Aish, apa la manusia ni! Masa aku sudah kenal sikit-sikit cara nak post entri, nak daftar Nuffnang , aku ajak adik-adik yang menjadi peneman setiaku untuk turut membuat blog. Hasilnya ada juga ya...

Tujuan Berkahwin, Kerana Apa

Kahwin dan perangkap Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEKS, maka pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan. Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bankrap. Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka kerepot atau badan jadi gendut. Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak. Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya. Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, tanpa kita sedar cinta itu hilang di hati. Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI. HIDUP kepada makhlukNYA . Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya . ...

Lelaki, Mengalah Tak Salah, OK

Assalamualaikum. Aku nak kasi pesanan kepada lelaki yang mana pasangannya kuat merajuk. Lelaki kadang-kala tak tahu apa yang perempuan nak. Kan ada orang kata, Mens are form Mars, Women are Venus . Nampak sangat berbezanya. Gentleman, kalau girls korang kuat merajuk, janganlah dicari topik apa-apa (terutamanya topik kegemaran kaum lelaki) untuk berbalah dan korang nak menang. See, nampak sangat niat 'jahat' korang untuk menang. Tak salah biarkan si dia menang sekali sekala. Korang juga yang akan gembira bila si dia ceria. Tapi, kalau korang bertegas untuk menang, si dia pula merajuk, korang juga yang akan jadi tak tentu hala nanti. Tak salah dan tak kurang apa pun kalau korang bersabar dan mengalah demi si dia yang tercinta. Ladies, jangan nak merajuk tak tentu pasal. Puk kang. *topik kegemaran kaum lelaki - politik, ekonomi, sukan, berita topik kegemaran kaum perempuan - artis, resipi, kecantikan, gubahan Kesimpulan Biar pun lelaki dan perempuan, berbeza namun, k...

Fakta Perubatan: Kenapa Perempuan Diwajibkan Bertudung

FAKTA KENAPA PEREMPUAN KENA PAKAI TUDUNG DARI SEGI MEDIC   Tengkorak (human sku ll) manusia antara lelaki dan perempuan ada 10 perbezaan (setakat yang dikaji), dan antara perbezaan yang paling ketara adalah pada MASTOID PROCESS. Apa itu MASTOID PROCESS? Mastoid process ni adalah struktur tulang yang menonjol keluar sedikit di bahagian belakang telinga (cuba rasa, 0.5-1 cm dari belakang telinga) dan untuk lelaki dan perempuan, ianya sangat beza saiznya.. Untuk lelaki saiznya besar dan mudah untuk dirasa dan untuk perempuan saiznya kecil saja. Prof kata, Allah swt ini sangat sayangkan hambanya, kerana itulah disyariatkan pemakaian tudung kerana, dalam mastoid process ini ada sekurang-kurang 4 saraf yang penting antara ialah FACIAL nerve (C7). Dan apa pula fungsi facial nerve ni? Facial nerve ini berfungsi untuk muscle-muscle yang berada di muka kita, senyuman kita, gelak tawa kita dan riak muka kita semuanya Kerana saiznya mastoid process ini kecil berbanding lela...

Nak Cari Calon Pasangan

Assalamualaikum. Sepupu sebayaku selalu didatangi rombongan merisik. Aku? Jarang-jarang sebab aku yang tegah mereka. Ye la, aku dah tak berkenan kot. Tak nak lah aku terima orang yang memang aku tak boleh nak 'masuk'. Apa yang aku pentingkan, ialah agamanya. Kalau nak jawab rukun Islam pun tak lepas, solat entah ke mana, macam mana nak bimbing aku ke syurga? Orang kata, kalau sama-sama tak ada ilmu agama, kena belajar. Tapi aku tengok beberapa pasangan, lagi teruk perangai lepas kahwin. Sebelum kahwin, solat. Lepas kahwin, entah ke mana solatnya.. Kadang-kala terfikir juga, bila kita (orang perempuan) tak ada pendidikan, diorang (orang lelaki) nak cari perempuan yang ada pelajaran. Tapi, bila kita dah ada pelajaran, diorang nak pula cari yang biasa-biasa sahaja. Argghh! Tension. Tengok orang lain yang tak berpelajaran pun hidup bahagia di samping suami dan anak-anak. Bila tanya kita, kenapa lambat kahwin? Aku belajar la doe. Aku ada sijil-sijil. Ko ada ke? Ko kahwin ...

6 Alasan Orang Sibuk Tanya Bila Nak Kahwin

Assalamualaikum. Mesti korang juga nak tahu kan.. Kenapa orang sibuk-sibuk tanya pasal bila nak kahwin? 1. Nak makan nasi minyak Ya, nak juga tahu bilakah boleh makan nasi minyak, kan. 2. Nak tahu korang ni normal ke tak Maksudnya korang ni straight ke bengkang bengkok. Hahaha, memang perkara ini pun ada dalam pemikiran sesetengah orang. Ye la, dah belum kahwin lagi kan. 3. Jangan lupakan aku Mana la tau dapat kahwin Dato' ke, Tan Sri ke.. Jadi, diorang tanya-tanya tu sebab nak diingati. Jangan lupa panggil aku, tau. 4. Perancangan Kalau sudah berpunya, bilakah nak dilangsungkan.. Nak juga jadi 'radio buruk' sekali sekala, kan? Nak jadi Mami Jarum la katakan. Hehe~ 5. Nak tolong carikan Kalau tak ada sesiapa atau telah dicop oleh sesiapa, mereka mahu tolong carikan. Jadi match maker la kata orang putih. Best juga tu nanti ada juga orang ingat jasa. 6. Bahagia atau sengsara Ada juga orang yang mendoakan kebahagiaan kita, tak kurang juga yang impi...

Alasan Tak Ada No 4 dalam Lift

Assalamualaikum. Korang perasan tak dalam lift tak ada no 4, 14, 24? Aku kurang perasan. Al-maklumlah tak ada lift kat rumah. Hehe~ Apa yang aku tahu, kat dalam lift kadang-kala tak ada no empat terutamanya di negara ada orang Cina. Kenapa? Kerana: 4 means die,  14 means sure die,  24, easily die in chinese. 4 maksud mati 14 maksud pasti mati 24 senang mati. Uii, patut la orang Cina tak suka no empat. Choi katanya. Tarak ong..Hehe~ Jadi, kita hidup bermasyarakat harmoni ni perlu saling memahami. =)

Aku Offline Sebenarnya.

Assalamualaikum. Aku tak on line lama ni. Aku lebih banyak guna handphone sahaja. jadi blog korang kena la mesra handphone k. Sila lihat setting ye. Blog aku memang mesra hp, ipad pun. Sila cek, k. Terima kasih sokong aku.

Sahabat itu Ibarat Bintang Yang Jauh

Sahabat itu ibarat bintang walau jauh ia tetap bercahaya Aku rindukan sahabat-sahabatku..  Korang ada sahabat tak?

Tips Elak Jadi Mangsa Pukau

Assalamualaikum. Aku nak kongsikan sedikit apa yang aku jumpa dan tahu. Bagi mengelakkan pukau terjadi, beberapa tips boleh dilakukan mengikut kepercayaan masing-masing. Bagi yang beragama Islam, disarankan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran supaya kita terpelihara daripada perbuatan yang didalangi syaitan ini. Banyakkan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. Hindari daripada berbual dengan orang yang mencurigakan seperti penjual (salesman) yang datang ke rumah tu. Kan banyak kes pasal kena pukau di rumah terutamanya bila berseorangan. Elakkan merenung mat a orang yang tidak dikenali. Sebaiknya, kurangkan eye contact kalau rasa orang itu mencurigakan. Elakkan berjalan seorang diri di tempat sunyi mahupun di tempat awam. Pukau boleh berlaku di mana-mana sahaja, tak kira jantina mahupun tempat. Aku selalu je jalan sorang-sorang ni. Kena lebih berwaspada. Satu lagi kena jaga beg dari kena ragut. Jenis-jenis pukau yang biasa digunakan : Asap rokok Renungan Minyak wan...

11 Tips Laman Web/Blog yang Baik

Laman web boleh juga disamakan dengan blog tetapi blog lebih mudah diuruskan. Aku ada belajar mengenai ciri-ciri yang baik tentang sesebuah laman web dan blog. Inilah dia 11 tips laman web/blog yang baik 1. Navigasi Menu mudah dilihat dan dicapai. Pilih warna yang sesuai supaya mudah pembaca cari atau terus ternampak. Selain itu, navigasi perlulah teratur, tak kiralah di atas, kiri, kanan mahupun bawah. 2. Grafik kena optimisekan supaya cepat load. Kalau blog, template dan headernya biarlah ringan dan mudah dimuat (loading laju). Reka bentuk grafik yang menarik dapat mencuri hati pembaca. 3. Logo atau nama Pastikan jelas kerana ia melambangkan identiti. Kalau blog, header dan URL blog adalah sangat penting. Buat URL blog yang senang ingat. Contohnya inibelogsaya.blogspot <- ini blog Hanis Zulaikha yang lama. Kini dia beralih ke .com. 4. Font Pilih font yang standard sahaja sepertia 'Times New Roman, Arial, Verdana', dan lain-lain. Jika pilih font yang tak ...

Siapa Ada Ilmu, Jangan Bangga Diri

JANGAN BANGGA DIRI: Diriwayatkan bahawa Ibnu Abbas r.a. suatu hari pernah berkata, "Aku termasuk orang yang dalam ilmunya." Dan di lain waktu ia juga berkata, "Bertanyalah kepadaku sebelum kalian kehilangan aku." Maka, ketika ia pulang ke rumahnya, Allah mengutus seorang malaikat yang menjelma sebagai manusia. Malaikat itu mengetuk pintu rumahnya, dan Ibnu Abbas r.a. pun keluar untuk membukakan pintu bagi tamunya itu. Malaikat lalu bertanya kepadanya, "Hai Ibnu Abbas, apa pendapatmu mengenai semut yang kecil bentuknya, di mana letak nyawanya ? Apakah di bahagian depan atau bahagian belakangnya ? Ibnu Abbas r.a tidak mampu menjawab, lalu ia segera masuk ke dalam rumahnya dan mengunci pintu. Kemudian ia berjanji pada dirinya bahawa ia tidak akan lagi mendakwa diri memiliki ilmu selamanya. Allah Ta'ala berfirman, maksudnya, "Dan di atas tiap-tiap orang yang berpengetahuan itu ada lagi Yang Maha Mengetahui." (Surah Yusuf, ayat 76).

Orang Umno Liat Solat, Orang Pas Ahli Masjid

Assalamualaikum. Aku nak cerita sikit. Er, kalau cerita sikit bukan cerita tapi nak cuit sedikit pasal politik. Aku tak masuk mana-mana belah parti politik. Jadi, harap sangat sesiapa yang membaca di sini dapat berfikiran dengan terbuka dan waras. Sepanjang umurku 27 tahun ini, aku ada beberapa orang kenalan yang memang aktif dalam bidang politik. Kalau sebut orang Melayu Malaysia ni, sudah pastilah dua buah parti yang paling menyerlah iaitu UMNO dan PAS. Kawan-kawan aku pun memang berada di dalam kedua-dua parti ini. Secara umumnya, persamaan kedua-dua parti ini adalah kepunyaan orang Melayu yang beragama Islam. Jadi mereka memegang wadah perjuangan Melayu dan Islam. Apa yang membezakan mereka ialah bagaimana ketaatan kepada Tuhan. Itu isu yang aku nak jentik sikit. Hehe~ Berdasarkan pengalaman sendiri, kawan-kawan aku yang aktif jadi wakil UMNO ni, solat pun entah ke mana. Tapi kawan-kawan yang ahli PAS, alhamdu lillah, dialah ahli masjid. =) Jadi, kita sama-sama Melayu. ...

Selamat Berbahagia, AA

Assalamualaikum. Aku balik kampung. Ada call masuk ke handphone ayah, aku yang terdengar deringan membawakan handphone kepada orang tuaku itu. Nama dia tertera. Aku malas nak angkat. Ye la, antara kami sudah tiada apa-apa. Aku yang kebetulan panas terpaksa duduk berdekatan ayah (ada kipas), tambahan pula di kaca televisyen menanyangkan program yang aku mesti ambil tahu. Penting. Bukan niat aku nak curi dengar. Tapi, aku tersentak apabila ayah bertanyakan, "dah belikan cincin? Orang mana?" Patut la aku rasakan itu yang dia nak kasi tahu kepadaku beberapa waktu dahulu. Aku dapat rasa apa yang kau nak bagitau. (Kenapa ada telepathy antara kita?) Kenapa kau nak bagitahu aku? Nak sakitkan hatiku ke? Kenapa aku dengar kau minta maaf pada ayah, sedangkan kau sakiti aku? Kenapa kau tak minta maaf padaku? Ye, aku tak berharga pada kau. Kau benci aku.. =( Ingin juga aku mesej kau untuk ucapkan kata-kata indah untuk kehidupan kau yang akan datang tetapi aku bimbang kau mara...

Orang Sayang Bila Kita Berbudi Bahasa

Assalamualaikum. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Aku ni pemalu dan pendiam orangnya. Tapi sekarang ni, aku dah makin banyak bercakap dan orang kata aku bukanlah seorang yang pemalu. Ok, dah aku seorang yang pemalu dan pendiam, jadi, aku tak banyak cakap. Orang anggap aku tak berapa hormati orang dalam maksudnya lain, kurang adabnya. Contohnya, nak berlalu ke tempat lain, kena minta izin. Bebaru ni, aku beradab sopan dengan orang. Apa yang bestnya, orang dua kali ganda beradab, hormati, sanjungi dan sayangi aku. Apa yang aku belajar, orang yang sopan ni, orang lihat dia ada kelas yang tersendiri. Sebab tu orang pun beradab jugak. Kalau tak orang tu tak beradab balik, dia akan malu sendiri tanpa ada sesiapa pun bagitahu mahupun marah. See, aura adab ni kuat juga kan.. Jadi, marilah kita beradab sopan. Budi mulia budaya kita. Terima kasih sudi baca. Untuk SW, terima kasih. Awak banyak ajar saya tentang kehidupan.

Pengalaman Interview: Soalan Human Resouce

Assalamualaikum.. Aku nak cerita pengalamanku bertemu duga, interview. Human resource executive. Actually, aku memang tak tau apa-apa bila diaju soalan tentang human resource atau dalam bahasa Melayunya, Sumber Manusia. Aku memang tak pernah belajar bab ni even tough aku belajar kat universiti pengurusan. Oh ya, dah nama universiti pengurusan, bukannya universiti sumber manusia. Kalau bab pengurusan, aku belajar la. Aku tahu pasal human resource ni pun sebab terdengar budak-budak persatuan aku borak masa ada waktu rest dan sedikit info aku terbaca masa tengok job spefikasi untuk human resource, itu pun dah lama, tahun 2009 kalau tak silap. Nak dijadikan cerita, aku menyertai job fair bebaru ni. Jawatan yang ada untuk ijazah cuma human resource exec. So, nak buat macam mana lagi, terpaksa la minta. Dalam kepala aku, jawab je apa yang diorang nak tanya nanti. Untuk pengetahuan, diorang adakan sesi interview juga kat sana. Aku redha je la. Interview Pertama Mula-mu...

Pilih Kawan atau Memilih Kawan

Assalamualaikum. Perlu ke kita pilih kawan atau kita memilih untuk berkawan? Aku akan pilih kawan tapi aku tak memilih untuk berkawan. Erk, apakah? Tak faham? Macam ni, aku tak kisah nak berkawan dengan sesiapa pun. Baik ke, buruk ke, warak ke dajal ke aku tak kisah nak berkawan. Itu membuktikan aku bukan jenis memilih untuk berkawan. Memilih untuk berkawan tu maksudnya dia akan tengok dulu, perhati, kaji orang tu macam mana, baru akan berkawan. Contohnya, dia hanya pilih kawan yang kaya-kaya, cantik-cantik dan pandai je. Kita yang kurang ni, tak layak la jadi kawan dia. Masa sekolah dulu selalu ada jumpa kawan macam ni. Aku pula sekarang ni, kalau nak jadi kawan aku, aku agak memilih. Tapi bukan bermakna aku tengok dia dari segi harta, muka dan status. Aku hanya akan terima dia jadi kawan aku bila akhlak dia okay, pass. Aku tak kisah dia nak jahat ke apa ke. Yang penting hati dia baik dengan aku. Tak de cakap bukan-bukan. Aku tak kisah kalau nak merapu sebab aku pun memang...

Open Tracker