Assalamualaikum.
Minta maaf, aku tak dapat nak fokus pada blog. Sebabnya macam sebelum ini la, 7 sebab aku dingin berblog.
Bebaru ini, aku jalan-jalan a.k.a bercuti balik kampung kat Johor. Lokasi Parit Raja, Batu Pahat. Best. Banyak pengalaman baru. Tapi tak ada la jadi kera sumbang. Aku kan dah biasa bab nak bergaul ni. =) Kalau ada masa, aku ceritakan pengalaman ke sana.
Persahabatan
Hubungan aku dengan kawan aku tu, dah baik. Boleh plak dia call aku dah tanya kenal tak? Aku ingatkan orang yang aku sedang berhubungan sekarang ni. Suara diorang sama doe. Jadi aku teka dia la. Patut la dia gelak-gelak je. Bila dia cakap namanya, aku tak percaya. Hahaha~ Mamai. Tapi aku dah call balik, dari dia terus merajuk. Kawan baik kot, kalau dia merajuk, aku juga yang susah.
Kira ok la aku teka dia sebagai ehem-ehem. Ye la, kalau teka dia, kang tak pasal-pasal merajuk dan kena pujuk. Hahaha~ Diorang tu kawan sebenarnya. Tapi bila aku hadir, masing-masing cemburu. Aku tak boleh nak sebut A pasal B dan B pasal A. Tapi kawan aku ni suka usik aku pasal ehem-ehem. Tapi aku dengan dia setakat kawan je. Mana ada pape. Tapi tak kan aku nak hebohkan pada semua terutamanya pada kawan aku tu.
Aku bersyukur sebab baik A dan B adalah insan yang baik yang hadir dalam hidupku. Walaupun aku dan A tu bukannya ada apa-apa pun, tapi dia layan aku baik. Kalau dengan B, memang la baik sebab kami kawan baik.
Lappy
Oh my lappy. Lappy aku masih bermasalah. Ini aku on line guna laptop kakakku.
Semalam aku guna handphone on line. Pilihanku of coz la facebook. Tapi tak best, rimas pun ada. Yang bestnya, boleh mobile (gerak- mudah dibawa ke mana-mana). Kalau ada tab kan ke best? Hihihi~
Selesema
Aku dapat selesema, penyakit yang aku tak suka. Biasanya jap je aku dapat. Tapi sampai tak leh nak tidur. Batuk, bersin, tekak perit. Harap-harap cepat sembuhnya.
Doakan aku cepat sembuh dan lappy ku jua, cepat sembuh =)
Salam sayang.
cepat sembuh ye..=)
BalasPadamtq azee.
PadamMakin teruk ni sb bru je prgkat ptgahan.