Langkau ke kandungan utama

Berhentilah Menipu Tu, Wei!



Assalamualaikum.

Penipuan? Dalam hidup kita mesti pernah menipu dan ditipukan? (tak jawab, jawab je dalam hati). Masa kecik-kecik dulu, mesti kita pernah menipu untuk lepaskan diri kan? Itu tak apa, itu zaman kanak-kanak yang boleh dibentuk tapi kalau sampai membawa ke zaman remaja dan dewasa, itu sudah jadi kes lain.

Penipu ni biasanya licik. Tapi aku tak kisah sangat sebab sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan jatuh ke tanah jua. Begitu la kisahnya kalau orang suka menipu ni dia akan terperangkap dan terjerat apabila rahsianya terbongkar.

Aku memang tak suka dengan si peniipu ni. Pe hal nak tambah dosa kan? Macam la dah banyak pahala nak tampung dosa tu untuk samakan timbangan Neraca di Akhirat kelak.

Aku tak faham betul la dengan diorang. Orang yang suka menipu ni sebenarnya dia takut kepada bayang dirinya sendiri. Sekali aku dapat tau dia menipu, susah dah aku nak percaya.

 Annoying! Tak boleh bagi muka orang macam tu.

Tak malu ke nanti bila orang dapat tau yang dia menipu? Kalau aku, aku malu. Malangnya, aku tak menipu, buat apa nak malu kan.

Orang yang menipu tak boleh jadi kawan aku. Mujur sekarang dah tak ada kawan begitu. Nak berkawan sekarang ni kena pilih-pilih juga, bukannya semuanya orang baik.

Aku harap kawan aku yang sorang dua ada perangai begini supaya insaflah. Mati tak tau bila, wei.

P/s: Aku tak bengang dengan sesiapa pun, sekadar menasihati mereka yang mempunyai perangai begini supaya berubah. Jujur itu lebih tenang.

Ulasan

  1. berhenti la menipu. hehe. moga kawan2 tu diberi hidayah. amin~

    BalasPadam
  2. yea berhenti la menipu .. ta kemana pon lau hdp dgn menipu .

    BalasPadam
  3. sedih kalau kawan sendiri y tipu..huhu

    BalasPadam
  4. disebabkan dia dah terbiasa menipu laa... dan dia xkan ada rasa perasaan malu dah.. huhu

    BalasPadam
  5. KALAU TIPU SUNAT TAKPER KAN..HIHIHI

    BalasPadam
  6. ciksuka: itu la, semoga diberi hidayah. kalau tak beri hidayah, kasi je bala. haha~ jahat.

    tak de la, doakan yg terbaik utk kawan2.

    BalasPadam
  7. cik gugu: tahu tak pe kan.. tak ke mana pun. dapat malu ada la bila dah kantoi.

    BalasPadam
  8. cik Moon: macam tu ya? Shame of them la kalau mcm tu. hahaha~

    BalasPadam
  9. Kak Bui: kalau tipu utk kebaikan tak pe. yg tak syok tu kerjanya asyik menipu jer.

    BalasPadam
  10. pbuatan menipu mmg tidak patut dilakukan apatah lagi melibatkan maruah dan masa depan orang lain.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Keluarga

Kali ini, kita belajar pula bahasa Melayu Kelantan dalam keluarga. Ibu: Ma bagi yang ibu muda manakala 'mek' atau  'mok' bagi ibu yang dah tua. Bapa: Abah bagi bapa muda manakala Ayoh bagi bapa yang sudah tua. Bagaimana pun, gelaran ini dipanggil sejak kecil. Kakak. Sama, tiada berubah. Abang : Abe Adik: Adik. Anak sulung: Long Anak Kedua: Angah Bersambung lagi ya. Entri sebelum ini mengenai pengenalan

Bahasa Thai; Greeting Selamat Pagi, Tengahari, Petang, Malam

Assalamualaikum.   Lama tak buat entri Bahasa Siam, kan. Jom belajar greeting. selamat pagi : arun sawad   selamat malam : ratri sawad...   Kawan Sha cakap, ada selamat pagi dan selamat malam sahaja. Jadi Sha ambik kesempatan bertanya kepada natif Thai. Jom tengok berbincang di bawah. (motif? Malas nak edit. Haha~) Ada slamt pg n malam je..tgh hari cuma cakap เที่ยง je la Apa tu, bahasa thai, mana sha tau. Sawad ke? sawad tu macam salam..ton thiang maksud tgh hari Oo.. Ton thiang bunyinya 'ton tiang' ke 'ton siang'? Ton thiang Ok2.. =) selamat petang Ton bai. faham in thai? Ye Ye.. khob cai ka Mai pen rai Apa maksudnya? Tak apa Sampai jumpa di lain masa. =) Boleh lawat page Bahasa Thai kat menu tab atau klik kat sini Bilang Sapaan Perkenalan Pertuturan biasa Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels! Terima kasih sudi baca entr...

Open Tracker