Langkau ke kandungan utama

Baiknya Blogger Ini ~Aku Sudah Jatuh Hati Dengannya

Assalamualaikum.
Entri peribadi dan persahabatan blogging.

Pergh, tajuk.. Haha~ Sengal sikit. Sebab dia seorang yang baik, sebab itu aku suka. Bukan untuk menyintai. Oh, tidak!


Keinginan bertemu

Di kesempatan konvo kali ini, aku bertemu dengan seorang blogger (link blog). Sahabat maya. Dia banyak mengikuti perjalanan blogku, begitulah sebaliknya. Dia pernah terjumpa dengan rumet aku, aku teringin juga nak jumpanya tapi belum ada kesempatan.

Sampai habis sem, tak jugak jumpa dia, kukuburkan saja keinginan itu memandangkan aku tidak lagi bertapak di bumi Sintok. Dan aku tak pernah berharap untuk bertemunya lagi. Kalau ada reunion atau gathering Sintokkian pun nipis peluang aku nak join sekaki.

Memandangkan kami agak rapat, dia tahu aku akan konvo pada sesi kali ini. Dia nak jumpa. Aku pun rasa teruja nak jumpa dia. Tengok kat gambar blog dan facebook orangnya comel tapi bukannya besar. Saiz lelaki biasa. Tinggi jugak. Jenuh juga la aku dongak bila nak borak dengan dia. Haha~


Perkenalan

Perkenalan kami bermula pada bulan Mei 2011 dari page Sintokkian’s Blogger yang khusus kepada blogger yang datang dari bebudak UUM sahaja. (Page ini bukan untuk ping blog. Kalau nak ping blog, kami ada satu lagi page, Sintoque Bloggers)

Kat Sintokkian’s ni kami berborak dan berbual ramai-ramai. Dia suka ajuk ayatku, “Cik, jangan saman saya. Saya orang miskin.” Biasanya aku guna ayat ni bila admin marah.

Ok, cerita sedikit pasal admin. Dia ni agak kasar dan keras sedikit. Tapi kami selalu usik dia dengan memanggilnya retis (artis). Selalu jer dia ugut, “Aku remove kang.” Aku pula selalu jawab macam ayat kat atas tu, “Cik, jangan saman saya. Saya orang miskin” Memang gelak menggila la Peyan waktu tu.

Dari situ, persahabatan kami terus sampai ke hari ini. Tak sangka pula dia nak meraikan hari C-ku. Eh, bukan C-mart ya. My C-Day. Convocation Day.

Terima kasih atas pemberian hadiah dari Peyan. Ini gambarnya.




Kak sha terharu dengan hadiah dari Peyan. Berbalut dengan kertas pink. Memang Kak Sha suka warna pink. Siap ada dua reben dan bunga lagi.  Ada bear. Kak Sha memang suka bear. I love the bear. I really love it.

Mesti mahal ni kan? Nanti Kak Sha dah kerja, kasi hadiah kat Peyan pula, insya-ALLAH.



Korang nak tahu tak apakah hadiahnya? (Erm, perlukah Kak Sha bagitau, Peyan? Haha~)

 Hadiahnya memang tak ternilai. Oh ya, ada lagi. Ada duit RM1 berbentuk baju.

Kak Sha pun kurang pandai nak buat baju tu. Ada tulis sesuatu pada duit tu. Nampaknya Kak Sha tak boleh la buat belanja duit tu. Haha~

Siap ada sign lagi pada duit. Sign tu yang mahal tu. Hehe~


Perwatakan

Peyan ni baik orangnya. Sopan jer tutur bicara. Perwatakannya menyenangkan. Rasa nak jumpa lagi jer. Haha~ Gediks!

Ada sesiapa nak ngorat Peyan tak? Dia pun solo lagi. Single and available la kata orang. Memang baik je mamat ni. Sesuai untuk sesiapa sahaja. Haha~ Jangan marah, Peyan.

Seriously, Peyan ni budak yang baik. Nice. Macam pernah kenal. Gaya sempoi macam Mie dan muka macam Saw.


P/s: Peyan, terima kasih atas kesudian nak jumpa Kak Sha. Siap sediakan hadiah lagi. Mahal pula tu. Semoga persahabatan kita kekal selamanya. Amin.

Entri blog beliau pasal aku dan bukti beliau sedang mencari calon:

1. Kakak
2. Demam
3. Perasaanku
4. Konvo

P/s: Jenuh Kak Sha nak tag, kena buka satu-satu..
Gambar bersama tidak dapat disiarkan kerana ada masalah teknikal.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!






Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.

              

Ulasan

  1. wahh bestnye dapat hadiah,,kite dulu ms konvo dpt bunga 2 jambak jer,,huhu

    ha sha nak tanya skitla,,nape lam email ada mention sha comment kat entri,,tp bila bukak entri tu tgk bahagian komen takde pulak?

    BalasPadam
  2. Perkenalan kami bermula pada bulan Mei 2011 dari page Sintokkian’s Blogger yang khusus kepada blogger yang datang dari bebudak UUM sahaja...[teringat zaman dulu2]

    Ayoo.. terharu dengan entri ne.. [MALU kot]... xtau nk nyorok kt mana.. Muahahha =P

    Hadiah tu xseberapa pon... Yang penting ikhlas dari saya.. hehe~~

    Hadiah Kak Sha pon msh tersimpan dengan elok lagi... Hehehe.. Thnk ye..

    Ttng gambar tu nanti tag kat saya ye.. Nak baut entri kot.. Hehe~~

    Thnk a lot~~ =)

    BalasPadam
  3. Miss Ina: Ada lagi tapi tak tunjuk lagi. Haha~

    Nak tunjuk pun, ada orang nak tengok tak ek?

    Pasal kes komen hilang pun, Sha mengalaminya. Dah komen, dan ia cakap akan naik komen sebentar nanti
    Tapi bila cek tak ada pun. So, kena komen lagi. Tak tau la masalah apa.

    BalasPadam
  4. Peyan: A ah, teringat dulu-dulu. Tapi sekarang ni dah tak semeriah dulu.. :(

    Eh, ada orang terharu! Lalala~

    Sama2 la ye..

    Tunjuk la gambar hadiah Kak Sha plak. Bingkisan yang tak seberapa tu. Tak sempat nak ambik gambar.

    Ye la, nanti Kak Sha tag kan..

    U are most welcome =)

    BalasPadam
  5. Gambar-gamabr nak buat entri xde lagi...
    InsyaAllah nnti terbitlah cerita tu..

    Tunggu.. Hehe~~

    BalasPadam
  6. wah..seronoknya ..
    hargailah psahabatanmu :)

    BalasPadam
  7. Peyan: Bilakah masanya?

    Sabar je la =)

    BalasPadam
  8. Izy: Best juga tapi segan. Hehe =)

    BalasPadam
  9. sy x tau kak sha blajaq kat uum..
    n sy ada p konvo uum ari tue..
    yg sesi ke 12..

    ptotnya..
    skolah sy kena p msa ari sabtu..
    tp..ditunda...

    excited gila dpt p konvo...
    first time rasa...

    BalasPadam
  10. black: best..
    tak pe, no hal.

    Memang best masa pesta konvo =)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Open Tracker