Langkau ke kandungan utama

Sepucuk Surat Kepada Aidilfitri


Assalamualaikum...

Entri perkongsian.


Ke hadapan Aidilfitri yang kunantikan
semoga berada dalam keadaan sihat walafiat
tatkala aku kirimkan surat ini
aku duduk berkhalwat dalam kerendahan hati
mencungkil kasmaran
meninta pada sehelai kertas kesucian.

Kupanjatkan doa kesyukuran pada Maha Pencipta
menemukanku dengan Aidilfitrimu
dalam hening dalam bening
yang aman daripada peperangan
bebas daripada pencerobohan.

Kekasihku Aidilfitri
pertemuan kita kali ini
dalam dua sambutan temasya
Merdeka Raya
yang menuntut kita berjihad
bebas dari segala dosa
dekatkan diri dengan Maha Pencipta
luruh segala persengketaan
moga ikatan silaturahim menjamin kelestarian umat.

Ya Aidilfitri
kumunajat pada Maha Pencipta
ini bukan titik penamat tapi permulaan
kepulanganmu sangat dinanti
membawa bunga-bunga kemaafan


Akhir kata
Selamat Hari Raya
dan Salam Merdeka.


Mohd Helmi Ahmad
Titi Padang Jambu, Alor Setar.
dalam Sanggar Kreatif, Rona, Berita Harian.


Dah lama membaca puisi ini tapi kesibukan dan kekangan masa (al-maklumlah nak sambut raya- agak sibuk) dan bila dah lepas raya tetamu datang tak kunjung henti, sampaikan ada yang datang dari petang membawa ke malam, baru la surut tetamu.

Memang agak letih tapi tak terasa sangat sebab kemeriahan dan keramahan sanak saudara itu menghapuskan segala lelah.

Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.


Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!




              

Ulasan

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Keluarga

Kali ini, kita belajar pula bahasa Melayu Kelantan dalam keluarga. Ibu: Ma bagi yang ibu muda manakala 'mek' atau  'mok' bagi ibu yang dah tua. Bapa: Abah bagi bapa muda manakala Ayoh bagi bapa yang sudah tua. Bagaimana pun, gelaran ini dipanggil sejak kecil. Kakak. Sama, tiada berubah. Abang : Abe Adik: Adik. Anak sulung: Long Anak Kedua: Angah Bersambung lagi ya. Entri sebelum ini mengenai pengenalan

Bahasa Thai; Greeting Selamat Pagi, Tengahari, Petang, Malam

Assalamualaikum.   Lama tak buat entri Bahasa Siam, kan. Jom belajar greeting. selamat pagi : arun sawad   selamat malam : ratri sawad...   Kawan Sha cakap, ada selamat pagi dan selamat malam sahaja. Jadi Sha ambik kesempatan bertanya kepada natif Thai. Jom tengok berbincang di bawah. (motif? Malas nak edit. Haha~) Ada slamt pg n malam je..tgh hari cuma cakap เที่ยง je la Apa tu, bahasa thai, mana sha tau. Sawad ke? sawad tu macam salam..ton thiang maksud tgh hari Oo.. Ton thiang bunyinya 'ton tiang' ke 'ton siang'? Ton thiang Ok2.. =) selamat petang Ton bai. faham in thai? Ye Ye.. khob cai ka Mai pen rai Apa maksudnya? Tak apa Sampai jumpa di lain masa. =) Boleh lawat page Bahasa Thai kat menu tab atau klik kat sini Bilang Sapaan Perkenalan Pertuturan biasa Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels! Terima kasih sudi baca entr...

Open Tracker