Langkau ke kandungan utama

Karenah Politik Malaysia Yang Memualkan


Assalamualaikum.

Apa khabar?

Entri ni aku nak bercerita kepada korang sikit, karenah orang politik di Malaysia. Pengalaman aku sebagai pengundi. Haha~ Bukan sebagai pengundi tetapi sebagai pemerhati politik Malaysia.


1. Ego Tak Bertempat


Satu pihak tu tahu nak memang dan tahu nak bangkang sahaja. Kadang-kadang disebabkan ego, diorang terus-terusan menegakkan benang yang basah. Sedangkan akal rasionalnya pun tahu perkara tersebut adalah salah. Tapi nak jugak menang. Isk,isk buat malu pada budak-budak jer.

2. Bergaduh Dalam Dewan

Aku pernah nampak sendiri YB tu tetiba serang YB yang membangkang usulnya. Siap lompat tempat duduk dan meja, pergi kepada YB dan tumbuk. Kebetulan YB yang membangkang tu duduk tak jauh dari tempatnya.

Dia tak boleh nak mempertahankan hujahnya, yang mungkin dah menyeleweng, bila orang tanya, dia tak tau nak jawab dan marah. Haha~ macam budak-budak sekolah rendah daa~ Lawak-lawak.

Kalau orang Cina pula, aku pernah nampak diorang baling kerusi dalam perhimpunan MCA. Ingat lagi kerusi tu warna biru. Tapi diorang ok ja selepas tu.


3. Ulang perkara yang sama

Diorang ni tak ada idea kot atau sengaja nak nampakkan diri mereka baik sedangkan perkara tersebut dah diamalkan sejak kepimpinan dahulu lagi sebelumnya. Contoh yang paling aku perasan, sumbangan duit Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Negara (PTPTN) memberi wang pendahuluan RM1,500.

Zaman aku dulu dah ada, tahun 2005. Setiap tahun, kerajaan akan umumkan perkara ni dan cakap kononnya kerajaan ni baik, tolong rakyat. Ello, kalau baik sangat, tolong rakyat konon, bagi la wang pendahuluan tu free. Ini tak, ini di bawah PTPTN, kena bayar dengan bunga sekali.

Satu lagi skim biasiswa untuk mereka yang ingin melanjutkan pengajian. Aku dapat biasiswa di bawah Skim Bajet Kecil Ekonomi 2009. Alhamdulillah, kerajaan atau lebih tepat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bayarkan yuran pengajian dan sebanyak RM10, 000, ditanggung. Syukur dapat buat sarjana dengan percuma. Tapi kos sara diri aku ambik PTPTN jugak, tak la sebanyak masa buat degree dulu.

berbalik kepada point, skim ni pun diorang namakan skim lain tapi isinya lebih kurang sama, cuma lebih ketat. Bayangkanlah, benda sama tapi kerajaan war-warkan yang diorang ni baik hati sedangkan nak dapat skim selepas skim aku tu susah.

Nak maklumkan jugak, skim yang aku dapat tu hanya ditawarkan kepada 10,000 orang sahaja. Batch aku, junior selepas batch aku dapat. Batch selepas junior aku dah tak dapat. Kesian pun ada pada diorang. Orang kaya boleh la dapat sambung sendiri tanpa bantuan dari mana-mana pihak.


5. Pilihan Raya Baru Nampak Muka

Orang politik ni hanya turun lawat kawasan pada waktu nak pilihan raya sahaja. Kebanyakannya memang macam tu. Bila nak pilihan raya, baru sibuk-sibuk nak beramah mesra. Sebelum tu, entah ke mana. Yang rasa lawak, kalau ada pilihan raya kecil, ada la muka YB tu masuk TV kerajaan. Dah tu berita sebelah pihak sahaja. Konon YB tu baik, lawat ke rumah-rumah, pasar. Bagi bantuan tu, bantuan ni. Sebelum ni, ada ke?


6. Pak Angguk

Kalau ketuanya cakap, semua akan ikut walaupun salah, walau tak sama pendirian. Tetap sokong, dan cari idea macam mana nak sokong. Coward la. Habis tu, macam mana nak dapat idea yang bernas kalau apa yang ketua kata semuanya angguk? Tak ada pemikiran yang kreatif dan kritis.


7. Fitnah untuk Menjatuhkan Pihak Lawan


Yang ni pun aku rasa rimas dan lemas. Tolongla! Cuba lah berfikir sikit daripada taktik kotor tu. Siap naik mahkamah.
Daripada duk fitnah-fitnah ni lebih baik fikir macam mana nak bangunkan negara, nak makmurkan rakyat.


8. Rasuah Berleluasa


Perkara ni memang berlaku. Aku tahu dan perkara ni pun disahkan oleh kawanku yang juga wakil pemuda. Rasuah ni dah jadi perkara biasa diorang. Kalau nak apa-apa, rasuah jer. Lepas tu kena tangkap, malu. Cuba la ikhlas sikit. Ingatla yang korang pegang tu duit rakyat, kembalikan kepada rakyat. Bukannya nak buat suapan rasuah korang.


Dulu aku suka jadi pemerhati politik, tapi sekarang ni dah malas sebab politik Malaysia ni sangat kotor. Tak tahu nak percaya kepada siapa dah.

Korang pula macam mana?


Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikanlah 'like' ni dan page fan fb. Sayang korang.


Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!






Ulasan

  1. memang mual tahap gaban kak... xtau nak cakap pe...

    zzzz dalam blog ni sat.hehe

    BalasPadam
  2. huhuhu.. permainan duni.. T.T

    dah la, jom kita habiskn raya rumah atok2 sedara :)

    BalasPadam
  3. cyes ak pon dah bosan yg t'amat ngn politik mlsia...

    kan bagus kalo 2 2 phak duk smeja bncang cmner nak majukn ngara...ni x,,,gdo cam dak tdika!!

    (=_=")

    BalasPadam
  4. aku malas nak komen sal politik. aku ikut, tapi malas nak cakap apa.

    p/s : rajin ko update eh, banyak idea.

    BalasPadam
  5. assalamualaikum salam kenal ^^

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Apa Nama Korang dalam Bahasa Jepun

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jom main permainan ni. Nama korang berdasarkan nama Jepun A= ka, B=tu, C= mi, D= te, E= ku, F=lu, g= ji, H= ri, I= ki, J= zu, K= me, L= ta, M= rin, N= to, O= mo, P= no, Q= ke, R= shi, S= ari, T= chi, U= do, V= ru, W=mei, X= na, Y= fu, Z= zi Kemudian copy nama korang kat ruangan komen ya. Noor Hapisah : Tomomoshi Rikanoki Arikari Haha~ Lawak gile nama. Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels! Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.  Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Open Tracker