Langkau ke kandungan utama

Tips Elak Nasi Berbau Hangit-Malu Pada Jiran-Jiran Seh




Assalamualaikum.

Entri tips.

Korang mesti pernah masak nasi hangit, kan?

Aku pernah. Masa tu aku muda belia lagi. Aku paling tak suka tunggu nasi masak. Jadi, aku berjalan-jalan ke ruang tamu dan tengok TV. Akibatnya, nasi hangit. Haha~ Kenangan kot, beb.

Sejak tu, aku mencari-cari apakah petua supaya masak nasi tak hangit.

1. Sabar

Kalau tengah memasak, kena la duk kat dapur. Jangan gediks nak duk kat ruang lain.


2. Cuba petua ni

Satu:

Letakkan gelas berisi air dan masukkan di tengah-tengah nasi. Tutup tudung periuk.

Tapi mak tak bagi buat macam ni, risau gelas pecah. Ada kaca, lagi bahaya.


Maka, aku pun gunalah petua yang kedua ni:

Ambik satu cili kering dan letak di atas nasi. Tutup tudung periuk. Bau hangit tu akan meresap dalam cili kering. Buang la cili tu.

Itu sahaja petua dari aku yang tak pandai masak masakan orang Jerman. Haha~

Boleh baca resipi-resipi yang ada di blog ni. Sila klik pada label resipi ya.


Jom komen sikit. Pernah tak korang masak nasi tapi hangit?

Terima kasih susah-susah berkunjung kat sini =)

Kalau suka, like la.. Enjoy it.



Ulasan

  1. bui guna periuk elektrik jer,tak pernah hangit..hehehe..

    BalasPadam
  2. guna yg elektrik je..hee..
    yg hangit tu bile air terkurang je klu gna elektrik

    BalasPadam
  3. betul tu Bui Junaidi! tak de nasi hangit dah.. he..he..

    BalasPadam
  4. setakat ne belum ada nasi hangit lagi..miahahah=P

    klu letak gelas plastik boleh tak?

    BalasPadam
  5. eiqa xpnh msk nsi hngit.. sbb eiqa dipksa tgu kt dpur smpy nsi tu msk.. haha.. skrg plak da pkai periuk nasi automatik.. so, da xyah kne tgu lg..:)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Keluarga

Kali ini, kita belajar pula bahasa Melayu Kelantan dalam keluarga. Ibu: Ma bagi yang ibu muda manakala 'mek' atau  'mok' bagi ibu yang dah tua. Bapa: Abah bagi bapa muda manakala Ayoh bagi bapa yang sudah tua. Bagaimana pun, gelaran ini dipanggil sejak kecil. Kakak. Sama, tiada berubah. Abang : Abe Adik: Adik. Anak sulung: Long Anak Kedua: Angah Bersambung lagi ya. Entri sebelum ini mengenai pengenalan

Bahasa Thai; Greeting Selamat Pagi, Tengahari, Petang, Malam

Assalamualaikum.   Lama tak buat entri Bahasa Siam, kan. Jom belajar greeting. selamat pagi : arun sawad   selamat malam : ratri sawad...   Kawan Sha cakap, ada selamat pagi dan selamat malam sahaja. Jadi Sha ambik kesempatan bertanya kepada natif Thai. Jom tengok berbincang di bawah. (motif? Malas nak edit. Haha~) Ada slamt pg n malam je..tgh hari cuma cakap เที่ยง je la Apa tu, bahasa thai, mana sha tau. Sawad ke? sawad tu macam salam..ton thiang maksud tgh hari Oo.. Ton thiang bunyinya 'ton tiang' ke 'ton siang'? Ton thiang Ok2.. =) selamat petang Ton bai. faham in thai? Ye Ye.. khob cai ka Mai pen rai Apa maksudnya? Tak apa Sampai jumpa di lain masa. =) Boleh lawat page Bahasa Thai kat menu tab atau klik kat sini Bilang Sapaan Perkenalan Pertuturan biasa Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels! Terima kasih sudi baca entr...

Open Tracker