Langkau ke kandungan utama

Merdeka- Malaysia Bumi Bertuah


Assalamualaikum.

Entri pesanan.

Merdeka, merdeka!!

Kenapa kita perlu berbangga menjadi rakyat Malaysia dan mempertahankan kedaulatannya?
Meh aku kongsikan dari kepala otak aku. Hehe~

-Terlindung daripada tiupan angin kencang –angin taufan dan puting beliung
-Berada di luar lingkaran gunung api Pasifik – tak ada gunung berapi, gempa bumi dan tsunami
-Banjaran Titiwangsa menjadi tulang belakang Semenanjung Malaysia

-Kestabilan politik dan ekonomi –tak ada demonstrasi yang melampau seperti Mesir, Libya dan Syria. Bersih 2.0 tu biasa sahaja.
               –kita merdeka dan bebas tak seperti Palestin.
-Ekonomi Malaysia ni teguh, kalau tak tak la rakyat negara lain berpusu-pusu datang Malaysia nak cari kerja.

-Keamanan dan kemakmuran – Aman, tiada perang saudara atau kebangkitan rakyat guna senjata api macam negara-negara lain. Contoh terdekat Thailand (Selatan Thailand) dan Filifina (militant Abu Sayaf)

Susah payah datuk moyang dahulu perlu diambilkira dan dihargai- Korang patut baca sejarah. Susah kot datuk nenek kita dahulu. Aku sebagai orang Kedah masih terasa dengan peperangan dan keganasan akibat perang.

Korang tak faham? Ini adalah berkaitan perang Bisik. Sampai ke hari ini, ada pasar di Kuala Kedah menggunakan kaedah bisik untuk berjual beli.

Pengalaman aku pula, masa kecik-kecik dulu, kalau nampak orang Siam dari jauh, mak akan panggil anak-anaknya masuk dalam rumah dan duduk diam-diam. Berkumpul. Begitu juga dengan jiran-jiran. Semua masuk dalam rumah dan tutup pintu. Duduk diam-diam. Nak bercakap pun berbisik.

Biasanya jiran yang memberitahu ada Siam Perut Hijau di hutan. Terus jiran sebarkan kepada jiran-jiran yang lain.
Takut pada waktu tu. Cuma berharap diorang tak akan datang ke rumah orang kampung.

Korang mungkin akan gelak atau kata kolot. Tapi korang tak tahu kenapa kami berbuat sedemikian dan memanggil mereka Siam Perut Hijau. Dikatakan Siam ni adalah manusia yang sangat zalim di dunia semasa Perang Bisik.

Aku tahu hal ini berdasarkan ceramah khas oleh pegawai Muzium Perang Kuala Kedah di muzium tersebut. Cuba la korang bayangkan, dah beratus tahun perang tu berlaku tapi sampai tahun millennium pun masih terasa kesannya. Teruk, kan?

Jadi, aku akan menghargai kemerdekaan ni. Bukan senang orang dahulu nak mencapai kemerdekaan. Beratus tahun kot nak dapat keselesaannya. Diorang berjuang guna darah.

Kita? Mampu dan rela tak kita berjuang macam diorang? Jadi, bila dah susah payah macam tu, kita kena hargai dan berterima kasih kepada mereka yang banyak berjasa kepada kita. Jangan biarkan tanah bertuah ni dijajah kembali. Oh, tidak!

Korang pula macam mana?Any comment? Bantahan?


Ulasan

  1. merdeka raya... bagus entry,,.. ary pun tak mampu nak tulis macam ni...

    ary nak jemput sggh dgr lagu raya ciptaan ary.. kalau sudi sggh ye..

    http://ariasputera.blogspot.com/2011/08/salam-lebaran-buat-semua-ary-dendangkan.html

    BalasPadam
  2. bagus la entry nie.salam merdeka dari fahz.

    BalasPadam
  3. bersyukur hidup di bumi malaysia ..
    hargailah Malaysia bumi bertuah kita ini :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Keluarga

Kali ini, kita belajar pula bahasa Melayu Kelantan dalam keluarga. Ibu: Ma bagi yang ibu muda manakala 'mek' atau  'mok' bagi ibu yang dah tua. Bapa: Abah bagi bapa muda manakala Ayoh bagi bapa yang sudah tua. Bagaimana pun, gelaran ini dipanggil sejak kecil. Kakak. Sama, tiada berubah. Abang : Abe Adik: Adik. Anak sulung: Long Anak Kedua: Angah Bersambung lagi ya. Entri sebelum ini mengenai pengenalan

Bahasa Thai; Greeting Selamat Pagi, Tengahari, Petang, Malam

Assalamualaikum.   Lama tak buat entri Bahasa Siam, kan. Jom belajar greeting. selamat pagi : arun sawad   selamat malam : ratri sawad...   Kawan Sha cakap, ada selamat pagi dan selamat malam sahaja. Jadi Sha ambik kesempatan bertanya kepada natif Thai. Jom tengok berbincang di bawah. (motif? Malas nak edit. Haha~) Ada slamt pg n malam je..tgh hari cuma cakap เที่ยง je la Apa tu, bahasa thai, mana sha tau. Sawad ke? sawad tu macam salam..ton thiang maksud tgh hari Oo.. Ton thiang bunyinya 'ton tiang' ke 'ton siang'? Ton thiang Ok2.. =) selamat petang Ton bai. faham in thai? Ye Ye.. khob cai ka Mai pen rai Apa maksudnya? Tak apa Sampai jumpa di lain masa. =) Boleh lawat page Bahasa Thai kat menu tab atau klik kat sini Bilang Sapaan Perkenalan Pertuturan biasa Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels! Terima kasih sudi baca entr...

Open Tracker