Langkau ke kandungan utama

Aishiteru Beautiful My Girl (ABMY)- Part 1



Assalamualaikum...

Aku nak 'menulis' la. Lama dah tak 'menulis'.

Aku ada sebuah cerita. Ni cerita pasal tiga orang blogger.

Sorang tu blogger perempuan, nama Mira. Dua lagi blogger lelaki. Sorang nama Zamri. Sorang lagi Farid. Diorang bekerja di tempat yang sama.

Kisahnya bermula begini.. Jeng, jeng..

Mira dan Farid mula rapat apabila mengetahui housemate Mira adalah adik kepada Farid. Banyak cerita yang mereka kongsikan bersama. Tambahan pula Farid merupakan seorang yang ceria dan mudah bergaul.

Berbanding Zamri, dia seorang yang agak pendiam. Tak pandai kawan dengan perempuan. Ayat kasar. Tapi dia pandai bab-bab teknikal blog dan komputer memandangkan dia adalah seorang technician. Mira rapat dengan Zamri sebab kalau ada permasalahan atau tak tahu nak buat setting, Zamrilah yang dicarinya. Ye la, dalam dunia blog ni belum tentu akan jumpa dengan orang yang baik.

Zamri tak kedekut ilmu. Tapi satu je la, dia ni seorang yang tegas, dingin. Pernah beberapa kali Mira ajak berbual bersama dengan Farid tapi dia tetap begitu.

Farid ada memberitahu Mira, dia jeles dengan pencapaian Zamri dalam bidang blog. La, buat apa nak jeles, Zamri tu sah-sah la power sebab dia tau macam mana nak buat blog dan teknikal pun dia pakar. Farid tak kurang hebatnya, dia ni Dr Love yang terkenal.


Mira sangkakan yang perihal cemburu akan kejayaan Zamri akan berakhir apabila Farid berjaya menarik perhatian orang dengan segmentnya. Rerupanya, belum berakhir cemburu itu.

Mira baru tersedar Farid meniru apa yang Zamri buat. Tapi Zamri tak tahu. Ye la, Zamri dah famous, mana la dia perasan. Mira la yang perasan.

Farid buat segment sebab Zamri buat segment. Sekarang ni, trend blogger bagi kad raya. Zamri ada war-warkan dalam facebook peminatnya (fan), siapa mahu kad raya. Mira yang kebetulan on line, bergurau dengan Zamri mahukan kad raya. Zamri tak kisah, dia akan bagi.

Apabila sudah, Zamri up entry pasal kad raya. Mira tinggalkan komen, 'kad raya saya ada tak?'

Zamri membalas, 'kad raya awak mesti la ada. Awak orang pertama yang saya tulis tau.'


Kemudian, Farid on line dan ternampak status Zamri di facebook dan komen di entry tersebut. Tetapi malangnya, kad raya yang disediakan oleh Zamri sudah kehabisan.

Tak lama kemudian, mesej masuk di telefon bimbit Mira. Dari Farid,

'Mira, kasi alamat'

'Untuk apa?'

Nak kasi kad raya la.'

'Eh, kata tak nak kasi?'

'Tengok Zamri kasi kad raya, ingat nak kasi jugak la.'

Eh, mudahnya Farid berubah. Mira masih ingat, waktu mereka membeli-belah bersama adik Farid, Zati di pasaraya, bebaru ni. Puas Mira pujuk Farid untuk singgah sekejap untuk membeli kad raya. Tapi Farid memberi seribu satu alasan. Malas nak pujuk, Mira ikut sahaja.

Zati pun ada memberitahu, abangnya tidak suka kad raya. Pelik, ada jugak orang tak suka kat raya.

Mira berkira-kira sendiri. Kalau macam ni, kena lebih berbaik-baik dengan Zamri la. Untung dirinya sebab dengan Zamri boleh berbaik dan Farid akan automatik dengannya. Tapi tak salahkah buat begini?




Apa komen korang? Nak sambung ke tak? Hehe~

Terima kasih sudi baca entri ni. Sayang korang.


Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!



Ulasan

  1. heeee
    ni mesti ade kene mngena dengn dunia blogg kan?
    heee...bole2..smbg la =)

    BalasPadam
  2. huhu..pandai ah mira uh..mnx kad raye dr zamri, bole dapat dari farid jugak..wahaha

    BalasPadam
  3. sambung ahh,,nice la wajah br blog awk ni,,nmpk lagi kemas,,,sedap mata memandang,,,hehe

    BalasPadam
  4. aik zamri tu tak pandai berkawan dgn ppuan tp dlm blog wow! haha.. sambung2 hehe

    BalasPadam
  5. kesian pulak dekat zamri tu..mira tak patut baik dgn zamri sbb farid..mcm dipergunakan pulak kan..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Open Tracker