Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2011

Kad Raya Digital Untuk Teman Bloggers

Ini adalah post melekat, entri terbaru ada di bawah Assalamualaikum. Apa khabar pembaca-pembacaku sekalian? harap-harap korang sihat la. Semoga kita diberkati dengan limpahan rezeki dan amal ibadat kita di bulan yang mulia ini. Tadaa~ Aku dah siapkan kad raya versi digital. Tak la cantik dan kemas sangat. Aku tak pandai buat kad digital ni. Tapi kalau kad kreatif, tau la. Bajet je kreatif padahal tak la kreatif sangat. Mereka yang aku nak kasi kad ni: 1. Encik Khairil (Mai Dari Bendang) 2.  Kotak Bulat (Kotak Bulat Menulis) 3. Encik Azri a.k.a Keroro (Invotion Plan- Plathunkhaz) 4. ImBobo a.k.a Mr Bobo 5. Miss Ina 6. Miz Marmalade a.k.a Fara (Er, agama apa ek?) 7. Aiman 8. Alif Ismail 9. Alif Haris 10. Anif Abdullah –AA –Anip 11. Nizam Ijam –Ijam  (Nizam ijam.com) 12. Atik (Love to be Lover) 13. Anna (Syurgaa Cinta) 14. Wan Mejuez (Wan Mejuez.com) 15. Abu 16. Gary 17. Jerza a.k.a  Jer (JerzaPhobia) 18. Syazwan a.k.a Wawan ( Gertakan ...

Merdeka- Malaysia Bumi Bertuah

Assalamualaikum. Entri pesanan. Merdeka, merdeka!! Kenapa kita perlu berbangga menjadi rakyat Malaysia dan mempertahankan kedaulatannya? Meh aku kongsikan dari kepala otak aku. Hehe~ -Terlindung daripada tiupan angin kencang –angin taufan dan puting beliung -Berada di luar lingkaran gunung api Pasifik – tak ada gunung berapi, gempa bumi dan tsunami -Banjaran Titiwangsa menjadi tulang belakang Semenanjung Malaysia -Kestabilan politik dan ekonomi –tak ada demonstrasi yang melampau seperti Mesir, Libya dan Syria. Bersih 2.0 tu biasa sahaja.                –kita merdeka dan bebas tak seperti Palestin. -Ekonomi Malaysia ni teguh, kalau tak tak la rakyat negara lain berpusu-pusu datang Malaysia nak cari kerja. -Keamanan dan kemakmuran – Aman, tiada perang saudara atau kebangkitan rakyat guna senjata api macam negara-negara lain. Contoh terdekat Thailand (Selatan Thailand) dan Filifina (militant Abu Sayaf) ...

Ramadhan dan Syahwal Bulan Menggemukkan?

KFC Zinger Reloaded-Gambar hiasan Wanita dan diet memang tak dapat dipisahkan. Tapi aku tak  terlibat sebab tak perlu risau bab makan ni. Sentiasa slim. Haha~ Ramadhan dan Syahwal adalah bulan yang menggemukkan? Kenapa tidak, makan tak berhenti. Makan semasa berbuka, selepas solat maghrib, sebelum nak ke terawih. Kemudian, balik dapat moreh, makan lagi. Sebelum tidur, makan dulu. Sahur pula, makan lagi. See, berapa kali makan tu? Macam mana tak gemuk kalau macam tu? Cara aku, makan makanan berat masa berbuka. Selepas solat Mahghrib makan cucur atau apa-apa yang ringan sambil tengok TV. Sebelum terawih tak makan apa-apa. Masa terawih bawa air masak, sebab badan aku sangat memerlukan air putih berbanding orang lain. Moreh tak ada kat masjid sebab digantikan dengan majlis berbuka puasa. Balik terawih, kalau lapar sangat baru makan. Kalau tak, lewat malam sebelum tidur baru makan. Sahur minum air putih segelas. Itu jer. Simple tak? Aku tak faham la dengan orang yang kata ...

Adik Beradik Yang Terbaik

Assalamualaikum... Entri peribadi. Aku suka sangat dengan Ramadhan kali ini. Sebab apa? Sebab aku rapat dengan adik-beradik. Aku dilahirkan dengan adik beradik yang ramai. 7 orang. Ramai kata orang. Masa kecik-kecik dulu memang terasa ramai tapi bila dah besar ni, rasa sikit saja. Rasa nak tambah lagi adik sebab rasa tak cukup ramai dan kasihan kepada mak ayah kalau nak tinggalkan mereka. Tinggalkan ni maksudnya keluar dari rumah untuk tujuan yang baik. Aku pernah keluar tinggalkan rumah untuk belajar dan bekerja. Pada waktu aku keluar untuk belajar, rasa kesian sangat kat mak ayah sebab rumah macam tak ada siapa. Sebab tu aku selalu balik. Selalu? Masa belajar dulu, biasanya secara puratanya aku balik sekali dalam masa  sebulan. Nak balik selalu tak boleh walaupun dekat sebab jadual aku agak sibuk. Hari Khamis balik petang, sampai rumah dah senja. Tidur satu malam. Petang Jumaat dah bertolak balik sebab ko-k aku mula 8.30 pagi. Tak sempat la kalau balik pagi dari rumah. ...

Kempen Jom Beri Duit Raya-Jom Join

Aku nak join kempen duit raya yang dijalankan oleh teman baikku, Keroro. Ini petikan dari blog keroro, dia bagi copy daa.. Bagaimana? Mudah sahaja. Korang cuma perlu ikhlaskan diri untuk klik iklan di setiap blog yang korang lawati, hehe. Aku tahu kebanyakkan (baca : mostly) daripada kita semua ni memang malas gila nak klik iklan kat blog orang. Tapi nak orang datang klik iklan kat blog kita kan? #rollingeyes Jadi, apa salahnya di bulan raya ini, setahun sekali kita rajinkan diri untuk klik iklan setiap blog yang kita lawati. Tahun ini kita beraya sebagai blogger, jadi mesti kena ada duit raya kan. Walaupun setiap klik itu cuma bernilai beberapa sen, tapi jikalau dikumpulkan dalam masa sebulan, insyaAllah boleh dapat lebih dari RM 2 setiap seorang. Kan? #sengih Itu sahaja, mudah dan senang je kan? Camne nak join kempen ni bro? Mudah jugak, korang cuma perlu copy paste entri ini, dan backlink kepada blog yang berkenaan. Contoh, Freaky nampak entri ini di blog aku, Fr...

Meriah Raya Mula Terasa-Seronoknya Beraya Di Kampung

Assalamualaikum... Up date cepat. Ada hal selepas ni, very soon. Dah berdantam dentum kampung aku ni. Mercun dan bunga api dibakar main balas-balas dua-tiga kampung Meriahnya! :) Rumah pun dah kemas-kemas. Halaman pun dah siap dirapikan Tunggu nak hias-hias je lagi. 'Pokok krimas' jangan dilupa, sudah lama dihias. Haha~ Mula-mula aku terfikir juga untuk apa semua ini? Baru aku teringat, la dah nak raya rupanya.. Aku blur rupanya lalala~ Tak sedar yang Ramadhan dah nak berlalu Ah, aku masih mahu berada di dalam bulan penuh berkat ini Sampaikah kita ke Ramadhan yang akan datang? Marilah mohon doa agar Ramadhan ini diterima dan Ramadhan akan datang akan kita buat baik-baik dan mohon agar dipanjangkan usia untuk bertemu Ramadhan lagi Syahwal yang bakal tiba Barakallah huma hu mawa barakah alaik.. Meriahnya beraya di kampung Menanti dengan sabar kepulangan kakak-kakak bersama anak-anak buah dan abang-abang ipar Makin meriah dan riuh rumah Encik Mangs...

Tips Tackle Perempuan Kasar

“Sape suka awek kasar? Please la, tak ada sape pandang!” “Sorry, aku memang kasar. So, nak gaduh?” “Apa pandang-pandang, nak gaduh ke?” Pernah disergah perempuan macam tu? Ha, jangan tak tau tak semua perempuan tu lembut dan ayu. Ada jugak perempuan kasar. Apa, korang tak berminat dengan perempuan kasar? Ok, tak de hal. Tapi bagi sesiapa yang ada berkenan atau ingin merebut hati dan mencairkan hati seorang gadis kasar, aku ada tips tackel perempuan kasar. 1. Rileks, sabar Perkara utama yang korang mesti ada ialah kesabaran.  Selain itu, kalau korang nak dekati dan fahami dia, korang tak boleh terburu-buru. Rileks saja dengan tindakannya dan bersabarlah. Kebanyakan yang berperwatakan kasar ni, sememangnya panas baran. Mereka juga sukar untuk menerima orang lain dalam hidup mereka. Ya, diorang memang ramah dan mesra dengan korang tapi bukan senang korang akan berada di hatinya. 2. Komunikasi Diorang ni kalau bercakap memang la kasar. Aku-kau memang biasa la ba...

" Segmen: Bloglist MerdekaRaya by Faridah Nazurah "

Assalamualaikum... Aku nak join bloglist. Dah lama rasanya tak join segment ni. 1. buat entry bertajuk "  Segmen: Bloglist MerdekaRaya by Faridah Nazurah " 2. letak header Done! Terima kasih sudi baca entri ni. Sayang korang. Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!               

Karenah Orang Kampungku Menyambut Raya

Assalamualaikum dan apa khabar? Raya? Dah makin tiba, kan? Macam mana dengan persiapan raya korang? Aku duk rumah ayah bonda di kampung. So, tak de la persiapan dan rasa keterujaan nak balik kampung tu. Persiapan kat rumah ni kena la kemaskan bilik stor. Eh, macam mana nak cakap. Bilik stor ditukarkan menjadi bilik dan barang-barangnya di keluarkan. Korang bayangkanlah ke mana nak bawa barang-barang stor tu? Barang penting kot, buku-buku teks dan nota-nota aku masa belajar dulu. Pakaian kakak dan keluarga. Itu belum termasuk barang-barang aku selepas belajar baru ni, walaupun dua tahun tapi barang banyak sebab dulu kena duduk rumah sewa yang kosong, kena la beli perabut kecil-kecilan. Banyak jugak la, dengan buku-buku lagi, toto, meja kecil, baju-baju. Aku gila juga beli baju. Kalau ada bilik stor boleh la sumbat situ tapi dah dijadikan bilik tidur, ha sudah.. Bunyi Mercun Berbalik kepada cerita asal, kemeriahan beraya di kampung aku ni, berdum dam juga la bunyi mercu...

Setiap Blog Ada 'Luck' Tersendiri

Assalamualaikum... Aku nak kongsilah serba sedikit yang aku tahu serba sedikit dalam dunia blogging ni. Ya, aku tak sepopular dan sekencang blogger lain. Tapi aku tak kisah sebab masing-masing ada ‘luck’ tersendiri. Aku cakap macam ni sebab aku baru perasan mengenai hal ini semalam.   Macam mana aku boleh terperasan? Aku ada dua blog. Satu blog ni dan satu lagi blog lain yang aku sengaja rahsiakan sebab aku tengok keikhlasan orang yang berkawan denganku. Adakah dia akan layan blog kedua aku tu sebaik dia layan blog aku ni atau tidak. Blog kedua tu dikunjungi oleh mereka yang lain. Ada juga mereka yang sama lebih sukakan blog kedua tu berbanding dengan blog pertama ni. Aish, ini membikin rasa cemburu blog pertama. Hehe~ Blog Pertama: Cemburu la dengan ko, blog kedua. Follower ada 50 blogger lebih saja tapi blogger otai pun datang komen kat badan ko. Blog Kedua: Ko cemburu ke? Aku pun tak tau tetiba saja blogger otai tu datang komen. Seingat aku tak de pun pergi ke blog ...

Aishiteru Beatiful My Girl Part 2

Aku nak sambung cerpen sebelum ini, Aishiteru Beatiful My Girl (ABMY)-Part 1 jom sama-sama kita saksikan. Farid M.C sedangkan Zamri ajak Mira berbuka puasa. Mira ajak Zati ikut sekali. “Malas la aku nak pergi.” “Ala ko kena temani aku. Takkan aku nak membatu je sepanjang berbuka puasa nanti. Dah la mamat tu macam tiang elektrik, diam tak kata apa-apa,” pujuk Mira. “Apa kena mengena dengan aku?” Soal Mira. “Ada kena-mengena dengan ko la. Kalau abang ko tak ambik MC sesuka hati tak la aku kena mengadap muka mamat touya tu tau.” Touya yang dimaksudkan di sini tiada kaitan dengan encik Touya, blogger yang hebat tu. Tapi touya yang dimaksudkan di sini adalah er aku tak tau nak terangkan macam mana. Maksud dia lebih kurang seorang yang lurus bendul. “Aha, aku ada cadangan. Ajak abangku sekali”. “Dia baru bagitau aku yang dia berbuka di luar bersama kawan-kawan sekolah. Ada reunion katanya. Ala, kalau abang ko tak ada, ko kan ada.” Sengih Mira. “Ok la, surrender.” Seja...

Rahsia Nak Khusyuk Dalam Solat

Assalamualaikum. Entri tips, agama dan pesanan. Sekarang kan bulan puasa. Ramai yang mengerjakan solat terawih. Tapi tak ramai yang khusyuk. Aku ada petuanya. Tips ringkas dari aku. 1. Fahami makna Sekurang-kurangnya fahami makna al-Fatihah. 2. Semak semula bacaan sebenar Paling penting bacaan doa iftitah, al-fatihah dan tahiyat. 3. Cepat-cepat bangun apabila imam naik atau  membaca al-fatihah Jangan duk lepak lama atau berborak. Kat masjid tak boleh membicarakan hal dunia. Tujuan berada di masjid untuk berzikir dan banyak mengingati-NYA. 4. Niat iktikaf Iktikaf adalah kita melepak di masjid semata-mata mahu beribadat. 5. Pedulikan orang lain Lantak la orang lain nak buat apa pun, cantik ke, hensem ke. Jangan peduli. Yang penting kita sama saja di sisi ALLAH. 6. Bayangkan Bayangkan di kiri kita adalah neraka, di kanan kita adalah syurga. Kita berdiri di atas titian sirat dan di hadapan kita adalah ALLAH. Itu yang dianjurkan. Aku pula bayangka...

Korang Rasa Aku Teruk Ke? Aku OK Saja La

Assalamualaikum Entri fresh dari ladang. Aku tak tahu sama ada harus ketawa atau serius. Aku ada buat entri yang menyedihkan macam entri ni Bagai Melukut Di Tepian Gantang-Ye Ke? , Surat Layang Untuk Encik Yang Tak Bernama , dan Dendam Ramai yang memberi respons. Aku tak la seteruk apa yang korang bayangkan. Aku okay-okay saja. Aku juga bukannya nak tagih simpati korang atau mahu mempermainkan korang. Aku menulis sekadar meluahkan perasaan yang terpendam. Aku tak suka pendam-pendam, nanti makan dalam. Er, ye ke makan dalam atau aku tak kisah langsung? Haha~ Aku ni jenis selamba dan ceria. Tak ada la nak sedih lama-lama bagai. Aku ok saja. Sedih jap je. Tapi ada je yang bersimpati dan anggap aku sudah sangat down. Kadang-kadang rasa nak tergelak juga, sebab ramai yang turut rasa sedih, sedangkan aku ok saja.  Tapi ok la kan, ada yang sudi memberi panduan dan nasihat. Terasa diriku disayangi. Hehe~ Aku nak cakap, yang aku ok saja. Terima kasih sudi hadir dan sudi ...

Tips Pilih Baju Raya yang Murah

Assalamualaikum. Entri tips. Raya dah semakin dekat. Macam mana dengan persiapan raya? Baju raya dah ada belum? Jom la tengok tips dari Cik Sha My Heart sempena hari raya. 1. Tunggu Masa Sale-Jualan Murah Awas, ini adalah untuk pasaraya besar sahaja. Kedai runcit Pak Mat, tak ada ye diskaun-diskaun macam tu. 2. Buat sendiri Asal kapas jadi benang. Mesti korang pernah dengar kan? So, bila lagi nak gunakan kemahiran kemahiran hidup (KH) tu? Kapas-benang-kain-jahit-hias. Ada sesiapa sanggup ke? 3. Bodek Korang boleh bodek sesiapa sahaja, ibu, ayah, adik, abang, kakak, mak cik, pak cik, tok wan, nenda, tak ketinggalan tuan kedai. Tak pun mengorat anak dia. Silap-silap boleh dapat penampar atau beraya di hospital atau di lokap. Haha~ 4. Cari Sponsor Anda Berbaik-baik dengan orang. Cari anak-anak ikan, sugar dady, sugar mummy. Silap-silap boleh tempah neraka. Nauzubillah.. 5. Beli Masa Malam Raya Tapi kalau tak ada saiz, jangan la menangis tak berlagu ya. ...

Bila Kepala Ting Tong, Ini Entrinya

 Assalamualaikum. Entri peribadi dan blogging. Awas, KRU ye. Hihi~ Entri di bawah ada unsur-unsur bangga diri dan riak. Wakaka~ Daripada korang muntah di bulan puasa ni, lebih baik.. Er, jangan muntah di sini. Aku nak kupas pasal blogging sikit. Sejak sehari dua ni ramai yang tak ada mood nak blogging. Kenapa? Hanya mereka dan keluarga mereka yang tahu. Aku? Aku ok jer cuma line yang membataskan aku menghadap Mr Len 24-7 (Eh, ni bukan nama kumpulan M-Pop tu ye). Aku banyak buat autopublish. Korang perasan tak? Apa, tak perasan? bagus kalau tak perasan, tu maknanya aku berjaya la untuk membayangkan aku sedang taip secara on line sedangkan aku off line. Tapi entri ni, aku taip secara on line dan segar dari ladang. Hehe~ Eh, adakah korang tak perasan tu disebabkan korang memang tak masuk pun ke blog ni? Erm, sedih. Haha~Gurau jer, tak sedih pun. Kenapa la entri ni banyak sangat emosi ni? Entah, kepala bengong. Fikir macam-macam. Reunion-yang-nak-pergi-tapi-segan-teramat. P...

Bagai Melukut Di Tepian Gantang- Ye Ke?

Assalamualaikum. Entri jiwang dan terlalu peribadi. Sila baca dengan nada sayu. Terlebih dahulu, aku memohon seribu kemaafan andai kekasaran bahasaku dan entri-entriku menyentuh hatimu. Bukan aku tak hormatkan dirimu, itu semua sekadar mengujimu. Aku tahu tak semua orang boleh bertahan tapi sampai begini sekalikah keputusanmu? Hati mana yang tak sedih? Hati mana yang tak menangis? Hati mana yang tak rindu? Hati mana yang tak luluh ditinggalkan pergi sebegitu? Ya, hati ini sedih, menangis dan rindu kepadamu. Siapa? Hanya orang yang aku maksudkan sahaja yang memahami. Hati ini juga luluh. Aku positif tapi izinkan aku melayan rasa negative ini.. Andai dapat aku berlari jauh ke gunung, pasti aku akan lakukan. Tapi fikiran dan hati masih teringat kepadamu. Kadang-kala hati tertanya, kenapa kau buat semua ini? Setelah kau kail ikan, apabila dapat kau buang semula ke dalam tasik. Tidakkah kau fikir berapa lama luka kail itu akan sembuh? Orang kata untuk mengubat hati yang t...

Mendung Tak Selalunya Hujan-Erk, apakah?!

Assalamualaikum. Aku tak tau nak letak tajuk apa.. Entri peribadi. Cerita di bawah bukan nak bangga diri, poyo atau riak, ujub bagai. Ia sekadar perkongsian peribadi dengan kawan-kawan yang rapat dengan aku. Kalau korang rasa tak ada kaitan dan buang masa, sila la baca jugak. Haha~ Paksa ni. Wakaka~ Pada suatu malam yang suam-suam kuku, berlakulah satu peristiwa. Erm, apa yang aku merapu ni? Ok, terus ke isi la. Aku rasa dihargai sehari dua ni. Sebelum tu, aku rasa sedih sangat. Rasa macam diri tak dihargai. Ini aku yang rasa, orang lain tak de la buat teruk sangat sampai aku terasa tapi takdir yang menentukan tu menekan diri. Bukan aku tak redha dengan takdir tapi.. (Ah, baca je la. Aku kematian kata-kata). Bukan satu peristiwa negative tapi bercampur-campur 4-5 masalah berpadu. Blend. Sedih memangla. Tapi aku perlu kuat dan tabah. Bersabar menerima semua ini. Redha. Hidup tak selalunya indah tapi kita kena fikir positif. Mungkin berkat kesabaran aku, ALLAH berikan ...

Open Tracker