Langkau ke kandungan utama

Suka Potret? Jom Tempah- Berbaloi


Assalamualaikum...

Kali ini, entri kurang pasal peribadi k. Entri ni pasal hobi dan bakat yang aku ada. Eh, itu pun dalam kategori peribadi juga, kan? =)

Disclaimer: Minta maaf kepada pembenciku, aku bukan nak tunjuk diri baik ke apa. Ini adalah cerita pasal diriku, korang nak cemburu apsal? Aku tak kacau korang, maka tak perlu la nak sibuk hal aku.

Ok, sudah pasal itu. Kita masuk kepada isi yang aku nak bagitau korang.

Korang suka tak kalau wajah korang dipotretkan guna pensel? Korang minat tak nak tempah lukisan potret lukisan wajah?





   
Aku ada bakat melukis. Tapi sekali sekala nak jugak la orang lain lukiskan wajah kita, nak tengok apa strenght kat wajah sendiri. Kalau korang ni kaki lukis, memang tahu la nak tengok apa strength pada wajah seseorang.

Muka yang abstract tu susah nak lukis, termasuklah wajahku. Wajah Datuk Siti Nurhaliza pun susah nak lukis. Wajah yang senang nak lukis, contoh sape ye? Erm, siapa ya? Pada aku, P. Ramlee tu senang nak lukis.

Sebenarnya dah lama aku tak melukis potret ni. Memang akan ambik masa yang lama bila lukis potret ni. Mata betul-betul kena fokus. Tu yang membuatkan aku malas sikit nak lukis potret ni.

Jadi, aku subkan kepada kawanku, Idham. Korang kenal tak? Dia ni pelukis potret yang berjaya. Bukan setakat muka rakyat Malaysia je dia lukis, tau. Ada jugak la orang luar yang tempah potret dari dia. Bebaru dia, pasangan orang putih dan orang Afrika pun tak ketinggalan tempah potret dari dia.

Aku bagi Idham ni lukis gambar kat banner tu. Klik sini kalau nak tengok entri di blog Idham. Saja la, nak tengok macam mana pula banner tu dari segi lukisan ni. Eh, pembetulan, gambar aku saja, bukannya banner tu sekali. Aku memang tahu Idham akan buat lukisan potret wajah sahaja.



Erm, korang suka tak?

Kalau korang mahukan khidmat lukisan potret dari Idham, sila la hubungi tuannya di facebook. Facebook dia ada seribu lebih orang like. See, dia bukan orang biasa dalam dunia lukisan ni, sudah ada nama.

Korang pun boleh pilih mahukan secara digital atau hard copy (kertas). Harga memang berpatutan la. Memang puas hati la..


Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Open Tracker