Langkau ke kandungan utama

Ntah Pape, Jangan Baca!



Assalamualaikum...

Minta maaf berkali-kali kerana akhir-akhir ni, hanya entri peribadi sahaja yang memenuhi blog ni. Minta maaf ya pembaca. Ceh, bajet je ada pembaca..

Kalau korang tak nak baca dan tak nak komen pun tak apa. Aku tak kisah. Ini blog peribadi, bukannya blog gila nak kumpul duit.


Sedih
Not in mood
rasa nak ...(sila sambung)




   
Erm, bosan..

Tahu apa yang aku buat hari ni?
tido sepanjang siang
tak ke mana-mana, ke bilik air saja
on line -buka facebook dan blog

Tak keluar makan
sebab aku ada ajak kawan kuar tapi dia tak nak
terus mood hilang nak kuar ke mana-mana.
tahu apa yang aku makan hari ni?
cuma satu choki-choki
itu jer yang ada dalam bilikku ini.


Nape tak kuar beli?
Malas (pushtop).


Aku nak balik rumah
aku nak ada keluarga

Kalau kat rumah,
mesti mak suruh makan kalau dia tau anaknya ni masih tak jamah apa-apa
*rindu mak
pasti ayah akan panggil makan apa yang ayah masakkan di tengah malam
*rindu ayah

Kalau ada keluarga sendiri
pasti kena makan jugak untuk orang tersayang
masak untuk anak-anak
*Sweetnya

Tapi bila keseorangan,
tak ada siapa nak ambik peduli, kan?
siapalah aku
tak punya teman
tak punya kawan
tak ada siapa kenal
tak ada siapa peduli

orang tak cantik
orang tak penting
orang tak pandai
orang tak berduit
orang tak sayang kalau tak ada elemen kat atas tu
macam ni la, hidup sendiri



Ha, handphone cap ayam kepunyaanku pun ada orang teringin nak ambik
aku bukannya kaya
handphone koman dan buruk macam tu pun ada orang nak
apa yang dia dengkikan pada aku?
aku bukan ada apa-apa
aku miskin
jenuh la nak kumpul duit beli handphone dan sim lagi

Sedih
rasa nak pergi jauh
rasa nak tidur lama-lama


Kenapa korang baca entri ni? Ni entri merapu.

Suka hati aku la, blog aku.
Suka hati korang la, korang nak baca ke apa.

Suka hati aku la nak publish ke tak, apa korang peduli?
Demi dunia blogging? Weh, WTHell?
Suka hati la, ni bukan blog nak cari untung
bukan blog ko..

Kenapa buat BW?
La, aku cuma nak balas kunjungan mereka saja

Nak unfollow aku?
Lantak la, ada aku kisah?
Bukan aku tak hargai follower aku
tapi aku tau blog aku ni bukannya ada orang baca pun
ada yang just follow je, nak meramaikan follower
buka dashboard nak tengok entri terkini pun tak pernah.



P/s: Kenapa aku emo? Banyak masalah yang tak terjawab.
P/s/s: Terbayang-bayang nasi dan kari masakan mak. Sedapnya..

Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

  1. rasa nak tidur dah le..mengantuk...

    BalasPadam
  2. tido la.. =)

    bosan la.. nak buat apa ek?

    BalasPadam
  3. ala jangan lah emo-emo lagi.
    selamat malam ya sha..(:

    BalasPadam
  4. @afiqazizan

    TQ fiq.. Selalu ada bila Sha sedih =)

    Selamat malam ya.

    BalasPadam
  5. jgnla sedih2..kawan blogger ramain kan. Chill..tapi sekali sekala emo tuh biasalah kn. nur pon selalu camtuh. :) tapi tak expresi through tulisan, perbuatan trus..ngeh3

    BalasPadam
  6. @Nur

    saja la, nak lepas perasaan, nak tengok ada tak orang sayang Sha.. hihi~

    Tak de la.. tak de idea nak tulis entri. Sekali nak ketuk orang yang kutuk sha buat entri peribadi. Er, ada ke?

    BalasPadam
  7. hahaha~blog gila nk kumpul duit cmner?

    BalasPadam
  8. ala ala kenapa emo ni sha....

    pssttt nice header... :)

    BalasPadam
  9. @tieykah
    blog yg gila nk kumpul duit tu, entri dia nak yg hot jer. Lepas tu letak iklan banyak2.

    Dah mcm blog iklan, bukan blog dia. Tak de entri pape, yg ada adlh affiliat (tak reti nk eja) je. Semak r.

    BalasPadam
  10. @EnY YuSniZaR

    Kak Eny, saja la sekali sekala beremo. Ekeke~

    I am fine. Meluahkan apa yg terbeban.

    Ai, sekali komen utk 2 entri? hebat2.. hihi~

    Tq. Header org xret edit, mcm tu la. Hahaha~ ♥

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Open Tracker