Assalamualaikum...
Korang ni peminjam PTPTN ke? Aku ya.. Ingat nak pinjam Mara, tapi dia cakap Mara tak taja untuk pelajar universiti awam. Sangat jeles pada mereka yang dapat pinjaman Mara. Er, biasiswa tak jeles ke? Jeles, tapi aku ni tak sepandai diorang. Jadi, redha je la. Tak perlu nak jeles-jeles, kan? =)
Hutang yang dulu ada dalam 20, 000. Yang baru ni ada dalam 10, 000. Oh, 30,000. Mana nak cekau ni?
Jom baca berita pasal PTPTN. Baik jugak ya..
PTPTN sedia beri kelonggaran kepada peminjam lama menganggur
TEMERLOH - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedia memberikan pertimbangan berhubung pembayaran balik pinjaman kepada pelajar yang gagal mendapat pekerjaan selepas enam bulan menamatkan pengajian.Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, pada dasarnya PTPTN telah mensyaratkan setiap peminjam perlu membayar balik pinjaman tersebut selepas enam bulan tamat pengajian mereka.
"Bagaimanapun, PTPTN bersedia memberikan pertimbangan. Peminjam yang belum mendapat pekerjaan perlu melaporkan kepada PTPTN atau datang berunding.
"Kita akan memberikan kelonggaran dan menjadual semula bayaran balik pinjaman tersebut," katanya di sini semalam.
Katanya, terdapat lebih 228,000 peminjam yang tamat pembelajaran dengan pinjaman berjumlah RM2.5 bilion yang tidak memberi sebarang maklum balas berhubung pembayaran balik.
Sumber: Kosmo.
Wah, ok la kalau diorang bagi kelonggaran ni. TQ PTPTN..
Korang, amacam nak runding tak?
Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!
baru je sem 3..nak mintak JPA lah..nnti tak yah bayar..hehehe.
BalasPadamJai guna MARA.. Tapi ramai giler student x bayar balik... Yang buat derk pun ada..
BalasPadam@decrewz
BalasPadamJai dapat Mara? ok la tu..
bersyukurlah dapat Mara. Ibarat biasiswa tu.
Aah, ramai yg tak bayar balik.
@Syukri Mohtar
BalasPadamOo..
Aah, kalau result bagus tu apply je la.. mana tau ada rezeki.
apa yang dipinjam kena bayar balik...what u give u get back...
BalasPadam