Langkau ke kandungan utama

Ko Tak De Jerawat, Boleh La..





Assalamualaikum...

Entri peribadi-peri bodi.. Saja nak luah apa yang terbuku.

Korang tak rasa, jadi tak tau.. Jadi, janganlah mudah-mudah je nak perlekehkan pantang makan aku.

Nak marah dan salahkan aku bila aku berpantang makan. Ko kata apa lah sangat kalau jadi kalau pantang makan? Aku rasa nak terkam ko jer waktu jugak!

Suka hati aku la nak pantang makan apa pun. Ko tak de penyakit macam aku boleh la ko sedap-sedap makan. Muka ko licin jer, boleh la.. Muka aku? Kalau aku tak jaga, teruk la muka aku weh..

Ini yang berjaga pun macam ni, apatah lagi kalau tak jaga.



Ko ingat senang ke? Ko ingat aku tak berusaha ke? Jenuh aku membasuh muka dan pakai ubat jerawat. Makan pun berpantang.

Dah tu, kalau sekali ia serang memang lambat la nak sembuh. Mau la seminggu baru kecut dan sebulan jugak baru nak okay. Then, naik yang lain plak.. Ah, stress.

Teringin jugak nak berwajah suci mulus saja dari sebarang noda. Macam wajah model. Tak de sebarang bekas jerawat pun.

Aduh, macam mana ni nak ambik gambar? Ni yang rasa nak nangis. Boleh edit guna photoshop tapi malu dengan tuan kedai, banyak kesan jerawat, nak kena buang. Malunya..

Sedih.

Jeles tengok kulit muka orang lain. Tak de sebarang cela.

Meradang, bila orang kata hormon tak stabil, sebab tu naik jerawat..

Suka hati je korang lemparkan tuduhan. Sampai hati ko kan, cakap bahasa kesat kat aku. Cerca aku. Salahkah kalau muka aku ni berjerawat? Bukan aku yang minta macam ni. Aku sudah berusaha.
*Rasa macam nak mati jer dan hidup semula.. Cepat minta maaf padaku. Er, korang faham tak?


Oh, Tuhan inikah dugaannnn..? *Sila baca dengan nada lagu Cari Jodoh (Wali Band)

Petua tradisional? Erm, tak jalan. Mungkin tak sesuai dengan badan aku kot. Er, apa petua tradisional ko ada? Bagitau aku la, mungkin ada lagi satu dua dari beratus-ratus yang aku belum cuba.

*Banyak kali nangis buat entri ni. Geram. Sakit hati. Stress.


~Rasa nak lari jauh dalam hutan~

Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

  1. erm, saya dulu jerawat teruk gak, pastu dah elok.. tapi kene displin la sikit...

    bab makan plak saya tak penah pantang pun...

    BalasPadam
  2. taktau berkesan ke tak kat org lain...

    1. basuh muka pakai neutrogena yang kaler lutsinar perang pekat tu... Rm17++ kalau tak salah..

    2. basuh muka 3 kali sehari, pagi, tengahri dan petang/mlm....

    3. lepas basuh muka, lap dengan towel kering bersih...sampai muka betul2 kering.

    4.jangan tenyeh muka dengan towel..tekan tekan lembut je...

    5. jangan buh bedak atau apa je atas muka...

    6. kalau mula nampak jerawat nak tumbuh, beli Oxy tepek atas tu, jangan sentuh2...

    7 jgn picit jerawat..

    8. banyakkan makan buah, vitamin c..sayur (ini wajib, series)

    9. jangan kongsi towel.

    10. jangan pegang muka...

    11. masa sabun muka, jangan tonyoh kuat2, jangan sental, jangan garuk dengan kuku, jangan target jerawat... just layang2kan tangan je kat muka.. sekali basuh tu buat lama, tapi dlm keadaan lembut... saya dulu cuci 2-4 minit

    BalasPadam
  3. setiaporang dikurniakan muka berbeza kan..

    masing2 ada cara makan masing2..

    masing sy pun berpantang..

    tradisional nk elak jerawat:
    pakai bedak sejuk...
    gosok tomato kat muka..

    hrp dpt membnatu..
    tenkiu

    BalasPadam
  4. jangan la begitu. persetankan aja cakap2 tepi kiri kanan atas bawah tu. kata2 mereka tak berbekas kat wajah kamu.

    saya pernah berwajah licin tanpa noda (2 tahun lalu) selepas itu selalu ada jerawat akibat alergi terhadap beberapa ubat yang perlu saya makan sampai mati. so jerawat ni akan tumbuh sampai mati la kan.

    lately, jerawat semakin berkurang tumbuh diwajah saya (saya tak pantang makan malah saya gemarkan coklat, kacang terutama hazel nut, tapi saya tidak menggemari ayam) saya mencuci wajah setiap kali mengambil wuduk (so mungkin lebih dari 5 kali sehari)

    dan malam saya gunakan serum untuk pimples dan hasilnya sangat baik.

    dan jangan lupa potong pendek kuku jari tangan kamu, jauhkan jari2 kamu dari wajah setiap masa.

    selamat berjaya

    BalasPadam
  5. hye. psal jerawat ni. memang slalu terjadi kat cikin. sakit hati sgt2. memang stress. but lama2, cikin buat bodo jer. dan cikin suka minum air masak dengan banyak. lama2 jerawat tu akan kecut sendiri.
    sekarang ni dah cikin guna vco. dah ambil vco ni almost 4bulan dah. walaupun jerawat ada juga ada, but tak teruk mcam dulu.

    elakkan pakai bedak. ckin akan pkai bedak kalo kuar jalan2 je. but kalo gi ofis or gi class setiap hari, memang tak akan pakai. :)

    BalasPadam
  6. tips yg bagus tu, Zulfikar..

    TQ bg tips yg berguna ni

    BalasPadam
  7. tq bg tips cik hani. Tapi tips tu tak jalan pada Sha.. :-)

    BalasPadam
  8. Tq Not Irene.
    jerawat sha ni kuat.. kena la pantnag makan.

    BalasPadam
  9. Tq Shikin.. Sedang merancang nak guna VCO jugak. :-)

    BalasPadam
  10. sangat2 memahami perasaan anda.. kerana saya mengalami bnde yang sama... sangat sedih kerana macam2 cara da guna untuk menghilangkan semua tu... kita x minx untuk jd begini... =(

    BalasPadam
  11. tu semua gambar~~ kalau tgk depan2 mest sha pon cakap teruk.cyes. malu.. =(

    BalasPadam
  12. kira ok la, dalam gambar tak ketara sgt.. =)

    BalasPadam
  13. @sha

    anip pun baynyak kesan jerawat ah..hitam2..hm,kalau nak surutkan jerawat anip try dalacin T and nixoderm je..tryla!

    BalasPadam
  14. @Anif Abdullah ®

    ye ke Anip? Aku tengok ok ja..

    TQ.. petua ni. Petua beli produk.. hehe~

    thanks again. =)

    BalasPadam
  15. miss sha : saya dah cuba lebih drpd 20 produk tapi 'nikmat' ni masih bertempel di muka sejak zaman sekolah lg. namun, kita sama2 ingat yang semua tu ada hikmahnya kan cik sha. bia la orang nk cakap pe, janji kita redha & percaya yg Dia akan tentukan yang terbaik kelak.

    p/s : sampai masanya nanti, berhenti la dia :')

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Pantang larang dan makanan orang demam campak. Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak.  Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. Risau gatal je.   3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan . 4. Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau m...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Keluarga

Kali ini, kita belajar pula bahasa Melayu Kelantan dalam keluarga. Ibu: Ma bagi yang ibu muda manakala 'mek' atau  'mok' bagi ibu yang dah tua. Bapa: Abah bagi bapa muda manakala Ayoh bagi bapa yang sudah tua. Bagaimana pun, gelaran ini dipanggil sejak kecil. Kakak. Sama, tiada berubah. Abang : Abe Adik: Adik. Anak sulung: Long Anak Kedua: Angah Bersambung lagi ya. Entri sebelum ini mengenai pengenalan

Open Tracker