Langkau ke kandungan utama

Kisah Hari Ini

 Assalamualaikum...

Entri ini tiada apa sangat. Sebuah entri peribadi.

Aku kurang sihat bermula dari awal pagi ini membawa ke saat ini. Lemah sahaja rasa seluruh anggota. Namun, aku kuatkan jugak untuk bangun, bersihkan diri dan pergi beli makan.

Ikutkan badan, mahu sahaja berselubung di katil. Namun kehidupan di  kolej kediaman yang bising dan ada saja orang keluar masuk bilik, membuatkan aku membatalkan saja niat itu. Kalau tidur aku terganggu pun tiada guna juga. Lagi rasa sakit jer, tambah sakit hati.

Maka hari ini, aku berhubung dengan adik-beradikku. Mesej dengan Kak Jag dan Abang Syarif. Kak Ziah call aku. Lama jugak berborak. Happy.

Ada sorang kawan ku mesej aku. Saja ja tanya khabar.
Sedih, call rumah nak cakap tapi tiada siapa pun menjawabnya. Mak sibuk. Aku nak call pagi, mesti la mak kerja. Nak call petang tapi tadi, adikku memberitahu mak pergi kursus. Kursus haji agaknya. Malam, mungkin ada pengajian agama di masjid.

Sedih. Mak pi mana ni? Cek rindu mak ni..

Aku cuba call Kak Jag. Tak angkat. Kerja agaknya..

Habis tu, aku layan on line jer la.. Nak blogwalking tapi tak ada feel. Facebook pun kurang ada mood.

Aku rindu la kat kawan aku tu. Hari tu, aku sedih dengan dia, kecewa tapi aku tak ada niat pun tak nak kawan dengan dia. Aku merajuk jer. Tapi tak pa la. Dia dah tak nak kawan dengan aku. Ye la, siapa la aku ni kan? Tak sehebat dia dan si Nad tu..

Tunggu jer la kalau dia masih nak terima aku sebagai kawan dia. Kalau tak, erm, terpulang la. Cuma tanggapan negatif aku kepada orang negeri dia makin tinggi la.

Itu jer kot aku nak cerita. Kepala aku makin berdenyut ni. Tak larat nak fikir macam-macam. DIA bagi sakit suruh rehat la tu..


Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

  1. Ujian itu suatu... er apa ya? nampak sgt tak larat nak fikir ni..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Apa Nama Korang dalam Bahasa Jepun

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jom main permainan ni. Nama korang berdasarkan nama Jepun A= ka, B=tu, C= mi, D= te, E= ku, F=lu, g= ji, H= ri, I= ki, J= zu, K= me, L= ta, M= rin, N= to, O= mo, P= no, Q= ke, R= shi, S= ari, T= chi, U= do, V= ru, W=mei, X= na, Y= fu, Z= zi Kemudian copy nama korang kat ruangan komen ya. Noor Hapisah : Tomomoshi Rikanoki Arikari Haha~ Lawak gile nama. Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels! Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.  Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Open Tracker