Langkau ke kandungan utama

Kereta RM3.92 juta dalam majlis tunang anak bos F1

Assalamualaikum...

Wah, best gile kan kalau jadi anak orang kaya ni. Tempias (kadang-kadang bukan tempias jer tapi basah lencun dek hujan) kekayaan tu akan turut dirasa.  Eh, apa yang aku merapu ni korang faham tak?

Jom tengok berita hari ini, bestnya jadi anak orang kaya..

KERETA Bugatti Veyron F1.


LONDON - Bos perlumbaan kereta Formula Satu (F1), Bernie Ecclestone membiayai penyanyi Rihanna yang menaiki sebuah helikopter dari Paris ke London untuk menghiburkan tetamu dalam majlis pertunangan anaknya, lapor sebuah akhbar semalam.




Selain Rihanna, sebuah kereta Bugatti Veyron F1 yang bernilai £800,000 (RM3.92 juta) dan dianggap kereta terbaik pernah dihasilkan turut dipamerkan dalam majlis pertunangan itu.

Rihanna dibayar £250,000 (RM1.22 juta) untuk menyanyikan enam buah lagu. (Satu lagu dibayar 41667 pound sterling. Kcing, kcing, kcing!!! Rasa bunyi duit syiling dalam tabung. Wah, lumayan giler bayarannya)

Majlis pertunangan anak perempuan Bernie, Petra dengan seorang ahli perniagaan, Jamie Stunt berlangsung baru-baru ini.

Ia diadakan di dewan Stesen Kuasa Battersea di sini dan dihadiri 300 tetamu Petra termasuk kerabat diraja Britain, Puteri Beatrice dan kekasihnya, Dave Clark.

Kereta Bugatti Veyron berwarna putih itu dibawa dengan menggunakan sebuah lori. - Agensi


Sumber: Kosmo

Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

  1. Best la bila jadi anak org kaya ni..

    BalasPadam
  2. A ah, cantik dan stylo siot design dia

    BalasPadam
  3. cantek keta tu...

    best jd anak org kaya ni..

    hikhik

    BalasPadam
  4. huhu..tak mampu....kereta ferrari yang dapat hadiah percuma dari shell tu boleh dapat le...

    BalasPadam
  5. smart kete tu..tapi dihati tetap minat mitsubishi evo..hehe...(:

    BalasPadam
  6. ukur baju di badan sendiri ya encik Khairil =)

    BalasPadam
  7. Sha minat Evo jugak.. oh, my car.. hihi~

    BalasPadam
  8. tau tak pe.. anak tokei F1 tu.. sekali musim F1 je dapat berapa juta.. darab bertahun2, memang bilionnaire la..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Apa Nama Korang dalam Bahasa Jepun

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jom main permainan ni. Nama korang berdasarkan nama Jepun A= ka, B=tu, C= mi, D= te, E= ku, F=lu, g= ji, H= ri, I= ki, J= zu, K= me, L= ta, M= rin, N= to, O= mo, P= no, Q= ke, R= shi, S= ari, T= chi, U= do, V= ru, W=mei, X= na, Y= fu, Z= zi Kemudian copy nama korang kat ruangan komen ya. Noor Hapisah : Tomomoshi Rikanoki Arikari Haha~ Lawak gile nama. Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels! Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.  Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Open Tracker