Langkau ke kandungan utama

[Bakal Jodohku]: 1st Time Cakap, Berdebar-debar




Assalamualaikum...Apa khabar semua?

Entri peribadi lagi. Tak habis-habis entri peribadi jer kan?

Eh, kite ada muatkan jugak entri yang lain seperti berita tapi entri la yang menjadi perhatian. Kenapa jadi perhatian? Adakah kite ni merupakan orang popular? Wah, perasannya kalau kata kite ni popular. Mana ada popular. Blog pun entah apa-apa.

Kalau kite ni seorang yang popular atau ada wajah cun, lain la. Macam sape? Ah, itu korang pun boleh tau sendiri. Takkan korang tak kenal otai blog kot? Pengikut diorang ni beribu-ribu. Kite ni nak sampai tahap ribu pun masih tercunggap. Orang komen entri pun tak ada, ada hati kata kite ni popular?

Ok fine, kite tak popular. Kite ni orang biasa saja.

Mungkin ada yang skodeng nak tau cerita kite kot? Wahaha, perasan lagi. Mana ada. Diorang just tersinggah kat sini, komen-komen sebab nak tinggalkan jejak lama. Itu jer. Yang ko ni perasan, pe hal  Sha?

Hihi, malu-malu.. Perasannya  aku.




   

Minta maaf ye, ini adalah entri peribadi dan blog as e-diary. Memang nak publish pun. Untuk kepuasan dan kenangan diri sendiri.

Malam tadi, ayah ada berbicara pasal lelaki itu. Adik-beradiknya sama dengan adik beradikku, 7 orang. Dia anak ke-5 dari 3 perempuan dan 4 lelaki. Orang Termeloh, Pahang. Tapi datuk neneknya asal Kedah jugak, orang Sanglang.

Sedang rancak berbual, mamat tu telefon ayah. Ayah ada bertanya bila dia nak datang ke rumahku. Katanya, 9hb Jun. OMG, what should i do?

Waktu tu, aku duk depan my Mr Len kesayangan ni. Boleh la cover malu. Nasib baik adik-adikku sudah masuk tidur.

Ayah ada tanya bagaimana pertanyaan kerja untuk aku. Kemudian, ayah kasi suruh cakap dengan aku. Aduh, segannya aku. Aku geleng, tak la cakap. Apa yang aku nak cakap dengan dia?

Tapi ayah suakan juga handphone kepadaku. Kena la aku sambut, bersaksikan mak aku.

"Hello?" Sapaku.

"Hello"
Senyap.


"Assalamualaikum,"

"Waalaikummussalam warahmatullah," jawabku mula mesra.

"Ini anak Pak Long ya?"

"Ermm.."

"Ambik kos apa?"

"Komunikasi kepengurusan"

"Oo, pengurusan. Dari mana?"

"UUM"

"Dah habis belajar?" Sakit hati dengar soalan yang dia dah tahu. Grr..

"Dah habis," jawabku masih lagi sopan.

"Ada apply SPA?"

"Dah."

"Apa jawapannya?"

"Waiting."

"Ya?" Ha, tak faham bahasa Inggeris ke? Aduh..

"Wating. Kena tunggu". Ai, dah macam juru alih bahasa. Ekeke~

"Tau kan Jobstreet?"

"Tau.."

Isk, sakit hati la..Aku rasa terhina, beb. Ko nak tolong aku ke nak kutuk aku? Mahu saja aku balas, 'dah tak de rezeki lagi, sabar la. Ko nak berlagak dengan aku apa hal? Mentang-mentang la ko dapat kerja, ko nak berlagak dengan aku, ek?' Tapi, aku kulum jer lontaran hati tu.

Kemudian, dia cepat-cepat minta diserahkan handphone kepada ayah. 'Ayah pun satu, pe sal nak minta tolong dia? Tak ada orang lain ke nak minta tolong?' Getus amarahku.

Ok, ni jawapan aku. Aku tak nak kerja lagi buat masa ni. Aku nak rehat jap kat rumah. Aku sangat rindukan rumahku. Ok, kalau macam tu? Korang kalau buat degree ok la, tak la sepenat aku yang buat master ni. Eh, berlagak pula minah ni kan? Hihi~ tak ada la.. Penat kot belajar..

Lama jugak ayah berbual dengan mamat tu. Bila dah sudah, ayah terangkan kepadaku. Siap usik aku lagi. Sebenarnya, mamat tu tengah drive, patutlah aku dengar bunyi bising macam kat tepi jalan ja, dengan bunyi enjin. Nak ku tanya, segan la.. Lagipun depan mak ayah aku kot. Kena la hipokrit sikit. Eh, tak la. Ni first time, kena la tunjuk sopan sikit, kan? Ekeke~

Ayahku usik, "mamat tu tak boleh bawa kereta dah lepas dengar suara Sha. Tidur tak lena malam ni". Ah sudah, gile dah mamat ni! Aku senyum je la.

Mamat tu kata, dia malu nak cakap dengan aku. Aku pun malu nak cakap dengannya.

Ayah kutuk aku, katanya, cakap macam biasalah, tak perlu nak malu-malu. Umur dah nak masuk 30 tahun dah, bukan budak belasan tahun. Lagipun, mamat tu yang nak tolong aku cari kerja. Jadi tak payah nak fikir pasal lain. Fikir pasal nak cari kerja saja.

Ok, ayah siap! =)

Mamat tu ada terangkan kepada ayah yang ada skim belajar pendidikan setahun di UPSI dan terus buat Ph D. Dia kata aku senang sikit sebab aku dah ada Master. Bila buat Ph D, sudah cuti bergaji penuh. Skim apa ya? This is my first time heard about this.

Reaksi aku? "Ha, belajar lagi? OMG!" Sambil letak kedua-dua tapak tangan di pipi. Aku tak larat dah. Mak ketawa melihat reaksiku..

"Tapi, sebelum tu kahwin dulu, belajar tu masa dah kahwin la" terang ayah. 'Ayat ni la yang best ni, ayah. TQ. Haha~'

Ayah berhujah, yang aku ni tidak lagi muda. Umur sudah 26, bukan lagi 23 tahun. Pada waktu ni kena bersyukur kalau ada orang datang minta. Kalau umur dah 30 tahun, ada juga datang minta. Tapi yang datang minta bukan lagi teruna tapi ada anak dua tiga.

"Tak pa la, dapat anak ekspress," aku cuba berlelucon. Mak ketawa. Aku teringat minah Perwaja yang ada anak tiri dua orang. Laki dia kerja sedap. Kalau aku pun dapat kerja sedap kan ke best.

Ayah seperti memahami apa yang bermain di benakku. "Buat apa kaya sangat pun. Nanti dia boleh pilih orang perempuan lain pulak." Aah, kenyataan (statement) ini mengingatkan aku tak nak lelaki kaya sangat, nanti susah nak jaga dan susah setia.

Ayah balik kepada isu utama, pasal umur. Perempuan umur macam aku sudah kena kahwin, tapi lelaki umur 30 tu standart la baru nak kahwin sebab dia kan dulu belajar. 'Habis tu, cek pun belajar jugak..'

Ayah menambah kalau umur 30 je, ada atau tak orang masuk meminang, orang sudah mula mengata anak dara tua. Ayah berikan contoh jiran dan sepupuku yang sebaya umurku. Bukan tak ada orang nak, tetapi mereka yang tak nak, siap gaduh dengan mak diorang lagi.

Isk, aku tak ada la macam tu. Aku kan anak yang baik. Tapi sebaik-baik aku pun telah menolak seseorang yang ayah nak sangat bermenantukan dia. Sampai sekarang, dia masih datang berkunjung ke rumahku. Segan jugak aku kepadanya.

Ku rasakan kalau kali ini aku menolak, mak ayah mesti kecewa. Diorang tak paksa aku tapi diorang berharap..


Sebenarnya, aku tak kisah sangat. Kahwin ke tak, yang penting aku nak jaga mak ayahku, adik-beradik dan anak-anak saudaraku. Bila sampai jodoh, kahwin je la kan? Kalau tak, tunggu je la.

Aku tak macam kawan-kawan aku yang macam tak sabar je nak kahwin tapi tak dapat kahwin lagi. Kesian kat jiwa tu.. Sabar je la. Lain la kalau sudah bertunang memang la rasa tak sabar nak kahwin, ni tak ada apa-apa lagi pun dah rasa macam tu. Pada aku, semua tu buang masa. Better aku layan benda lain macam layan blog ke. Ekeke~

p/s: Ada jiranku mengumpat aku. Katanya, aku ni akan ambik suami orang. Gile la ko! Apesal la ko sakit hati dengan aku? Aku ni budak baik, tak pernah pun nak kata kat orang. Tetiba cakap pasal aku, pe hal? Kenapa tak kutuk anak saudara dia yang sebaya denganku tapi tak kahwin lagi?

Aku mahu katakan pada dia, kalau aku ambik laki orang, laki dia la aku nak ambil.
Ini bukan serius la, aku saja la nak bagi dia sakit hati.

Adakah dia jeles sebab aku belajar tinggi? Apa salah aku pada dia? Aku duk rumah je.

Untuk pengetahuan korang, dia ni tetiba berlagak dengan familiku bila dekat dengan kenduri anaknya. Anaknya kahwin dengan dua pupuku yang mana bapaknya orang kaya. Jiran aku ni tak kaya, miskin saja. Famili aku ni banyak bantu famili dia since duk depan rumahku. Entah la, apa masalah dia.

Hari tu pernah cakap aku tak dapat kerja sebab aku tak pandai berbahasa Inggeris. Er, kalau aku tak pandai berbahasa Inggeris, memang nganga je la sebab kelas aku semuanya diconduct dalam bahasa Inggeris. Aku tak dapat kerja? Sebab aku tengah belajar la, pandai! Aku tak mau nak tangguh-tangguh belajar.

Aku rasa dia yang 'pandai', anak elok-elok nak belajar, tak bagi pergi sekolah, suruh pergi kerja. Ambik PMR je. Kesian la kat anak-anak. Bukan dia tak mampu, dia mampu. Tapi malas.


P/s/s: Kenapakah aku rasa berdebar-debar ni bila teringatkan mamat tu? Adakah ianya normal atau petanda sesuatu?


Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

  1. Malu la..

    Tapi bila fikirkan umur, nak saja aku kahwin sekarang =P

    BalasPadam
  2. tks Sha komen , sy dh reply dlm blog sy ..napa keta tu x leh laju ...

    BalasPadam
  3. saya tunggu entri ini sebab dah baca entri semalam.

    ini mungkin satu permulaan baru buat kamu. tentang cakap2 jiran sebelah dan belakang rumah ke sepupu sepapat makcik pakcik ipar duai bagai tu, dengar dan ambil yang membawa manfaat sahaja. Yang negetif tu buang aja kat longkang depan rumah.

    Jobstreet biasa nak staff yang ada 1st degree je (dowg takut amik budak2 master) so dalam resume tu tulis la 1st degree.

    Mungkin kamu sesuai jadi lecturer barangkali, try la di UUM sendiri. Mungkin idea ayah kamu utk sambung PhD itu sesuatu yg baik untuk kamu. Boleh duduk rumah full time dapat gaji dan dapat PhD sekaligus ada seorang suami.

    Saya mendoakan kamu dapat ketemu apa yang dicari. Tak ada lelaki benar2 sempurna didunia ini. Belajarlah terima kekurangan.

    BalasPadam
  4. sha.. dia tadak topik nk sembang tu... hahahahah tp kelakar la.. sapa yg tak tau jobstreet kan hehehe...

    BalasPadam
  5. @not irene

    Ui, ada jugak org yg ternanti-nanti entri ni ya. Irene la antr salah sorgnya. TQ sudi jugak baca entri ntah pape kite ni. Hihi~

    Ya, permulaan hidup. Aah, dgr dan ambik manfaat dan pngajaran. Cuba baiki diri.

    Ye ke Jobstreet mcm tu? Ok-ok, faham.

    Ok, kena cari peluang utk tingkatkan diri.

    Ya, tak ada siapa sempurna.. no body is perfect. =)

    Amin..TQ sudi doakan kite.

    Kite doakan Irene smga sntsa diberkati-NYA. Amin..

    BalasPadam
  6. @EnY YuSniZaR

    haha~ tau xpa.. kan 1st time, biasa la tak de topik nak sembang.

    tu la, sape yg tak tau jobstreet n SPA. Macam la kite ni tak celik internet. Waduh, lawak2.
    Tapi nanti akan buat tak pandai internet n tak de blog la. haha~

    BalasPadam
  7. Itu Tandanya Cinta Pertama kot hehehe

    BalasPadam
  8. ala panjgnyer, lama2 borak ok le tu hehe :P

    BalasPadam
  9. @Wan Gerrard

    bila masa plak pnjg berborak? Adoi.. sah u tak baca entri ni..

    BalasPadam
  10. yea kak sha nak kawin dah . jgn lupe jemput jerza makan nasi minyak :D :D :D

    BalasPadam
  11. debaran itu yang dinamakan....

    dag dig dug..didalam dada..jantung berdebar hati bergoncang aduh....

    hahaha

    BalasPadam
  12. @Jer ...

    Jerza ni.. Kak Sha belum nak kahwin la. Baru dalam proses merisik. Tak tau lagi berkenan ke tak.

    Iye la, ntah2 Jer yg kahwin awal dari Kak Sha. Ekeke~ jgn lupa Kak Sha pula, k :P

    BalasPadam
  13. alololo...dalam hati ada taman..hehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Open Tracker