Assalamualaikum...
See, Al-Qaeda pun sahkan tentang pemergian ketua mereka. Maka, terimalah kenyataan ini. Dia telah syahid.
Apa yang mencuri perhatian, Al-Qaeda memberi amaran kepada Amerika dan sekutu mereka. Berani kan kumpulan ini walaupun duit bukan ada banyak mana pun. Apa sumber keberanian mereka?
Apa pun, jom baca berita hari ini pasal Osama dan Al-Qaeda.
PELAJAR agama Pakistan berkumpul di depan rumah tempat Osama dibunuh, di Abbottabad, semalam.
ISLAMABAD: Al-Qaeda semalam mengesahkan pemimpinnya, Osama bin Laden mati, sekali gus menghapuskan kekeliruan berhubung kematiannya.
Kumpulan itu juga berikrar untuk melancarkan lebih banyak serangan terhadap Barat berikutan pembunuhan Osama dalam serangan oleh tentera Amerika Syarikat di Pakistan, Ahad lalu.
Pengumuman itu, yang berikrar untuk menyiarkan perutusan Osama yang dirakam sebelum ini, dijangka melenyapkan keraguan yang disuarakan oleh beberapa pihak mengenai kematiannya.
Dalam kenyataan dalam talian menerusi laman Internet yang sering digunakan oleh kumpulan pejuang Islam, ia berkata, ‘darah Osama lebih berharga kepada kami dan kepada setiap umat Islam.’ “Insya Allah, ia akan kekal menghantui Amerika dan konconya, baik di dalam mahupun di luar negara mereka,” katanya.
Sehubungan itu, al-Qaeda menggesa rakyat Pakistan bangkit menentang kerajaan mereka sebagai jalan untuk ‘membersihkan’ negara itu berikutan pembunuhan Osama serta ‘kekotoran’ yang dibawa oleh Amerika.’
“Sebelum Sheikh (Osama) meninggal dunia dan sebelum beliau boleh berkongsi dengan negara Islam kegembiraan revolusinya dalam berdepan dengan penindas, beliau merakam ucapannya, mengucapkan tahniah dan nasihat. “Ia akan disiarkan tidak lama lagi, Insya Allah,” kata kumpulan itu.
“Kami memberi amaran kepada rakyat Amerika supaya tidak mengapa-apakan mayat Sheikh (Osama) atau melayannya secara buruk atau mengancam anggota keluarganya, baik yang sudah mati atau yang masih hidup, dan menyerahkan mayat mereka kepada keluarga mereka,” katanya.
Pegawai Amerika sebelum ini berkata, mayat Osama dikebumikan di laut. - Reuters dalam Metro
Pengumuman itu dibuat selepas Presiden AS, Barack Obama mengumumkan kematian Osama pada malam Ahad lalu.
Mesej itu berbunyi: "Dalam satu hari penuh sejarah bagi umat Islam, pejuang Sheikh Abu Abdullah Osama bin Mohammed bin Laden telah terbunuh di jalan yang dipilih oleh orang sebelum dan selepasnya. Tahniah kepada umat Islam kerana Osama telah mati syahid."
Kumpulan militan itu menyatakan akan menyiarkan satu pita audio Osama seminggu sebelum kematiannya.
"Dengan izin Tuhan, sumpahan akan menghantui rakyat AS dan sekutunya. Kegembiraan mereka akan bertukar menjadi tangisan. Darah mereka akan bercampur dengan air mata."
Sementara itu, isteri Osama bin Laden yang paling muda, Amal Al-Sadah mendedahkan bahawa suaminya itu tidak meninggalkan dua buah bilik di rumah mereka di bandar Abbottabad selama lima tahun, kata beberapa penyiasat Pakistan yang mengesahkan perkara itu kepada wartawan kelmarin.
Amal, 29, ditembak di kaki dalam serbuan pada malam Ahad lalu apabila dia dilaporkan menerpa ke arah pasukan komando Amerika Syarikat (AS) yang menggempur kediaman mereka.
Dia ialah antara tiga isteri Osama yang kini ditahan dan disoal siasat perkhidmatan perisikan Pakistan.
Seorang pegawai keselamatan berkata, dia tidak menyaksikan suaminya dibunuh.
"Kami masih mendapatkan maklumat daripada mereka (ketiga-tiga isteri Osama)," katanya.
Pihak berkuasa Pakistan turut menahan lapan atau sembilan kanak-kanak yang ditemui selepas pasukan komando AS beredar.
Salah seorang daripada mereka iaitu seorang budak lelaki berusia 12 tahun dilaporkan memberitahu bahawa dia melihat bapanya ditembak mati dan mayatnya diseret ke sebuah helikopter.
Sekurang-kurangnya tiga mayat yang terbunuh dalam serbuan pasukan komando tersebut ditinggalkan di tempat kejadian.
Seorang bekas komander perkhidmatan perisikan Pakistan, Asad Munir memberitahu saluran berita ABC, semua isteri Osama itu disoal siasat tanpa kekerasan.
"Kami memberikan mereka borang soal selidik yang memiliki 20 soalan. Kami mengubah urutan soalan itu setiap tiga atau empat hari. Anda perlu memiliki daya ingatan yang amat baik jika anda ingin menipu," katanya.
Seorang pegawai kanan perisikan memberitahu akhbar The Times bahawa terdapat 17 orang termasuk empat wanita yang kini ditahan tentera Pakistan untuk mendapatkan maklumat penting tentang Osama dan Al-Qaeda.
Dalam perkembangan berkaitan, Perbadanan Penyiaran British (BBC) melaporkan, Amal memberitahu pasukan penyiasat Pakistan bahawa Osama masih sedarkan diri selepas dia pertama kali ditembak dan anak perempuannya yang berusia 12 tahun memberitahunya bahawa Osama kemudian ditembak sampai mati.
Wanita itu dan tiga isteri Osama yang lain, mendedahkan maklumat penting yang dapat membantu menyingkap kehidupan rahsia Osama semasa dia bersembunyi daripada pihak berkuasa AS.
Hubungan AS dengan Pakistan kini tegang selepas Islamabad dilaporkan enggan membenarkan Washington menyoal siasat Amal.
Menurut beberapa laporan tersebut, Amal memberitahu, sepanjang tempoh lima tahun berkenaan, Osama hanya membahagikan masanya antara dua bilik berbeza di rumah itu termasuk bilik tempat dia ditembak mati. - Agensi dalam Kosmo
ISLAMABAD: Seorang daripada tiga isteri Osama bin Laden berkata, dia tidak pernah meninggalkan tingkat atas rumah yang menjadi tempat persembunyian pemimpin al-Qaeda itu sepanjang enam tahun menetap di situ.
Wanita warga Yaman, Amal Ahmed Abdulfattah berkata demikian kepada pegawai perisik Pakistan yang menyoal siasatnya.
Amal dan dua isteri Osama ditahan pasukan keselamatan Pakistan berikutan serangan terhadap kediaman Osama di bandar Abbottabad Ahad lalu.
Pihak berkuasa Pakistan juga menahan lapan atau sembilan anak pemimpin al-Qaeda itu setelah komando elit Amerika meninggalkan rumah berkenaan. Turut ditemui di rumah terbabit selepas serangan itu ialah mayat tiga lelaki.
Kenyataan ketiga-tiga isteri Osama itu akan membantu mendedahkan bagaimana Osama menghabiskan masa dan bagaimana beliau mengelak daripada ditangkap sepanjang tinggal berhampiran sebuah akademi tentera.
Kenyataan mereka juga penting dalam mendedahkan operasi tentera Amerika di situ.
Seorang pegawai Pakistan berkata, pegawai CIA tidak dibenarkan menemui semua wanita berkenaan.
Dalam pada itu, pegawai perisikan Pakistan terbabit tidak memberitahu sama ada Amal yang cedera di kaki dalam operasi itu turut mengesahkan Osama tinggal di rumah itu sejak 2006.
“Kami masih mendapatkan maklumat daripada mereka,” kata pegawai yang enggan dikenali itu.
Dalam pada itu, seorang pegawai kanan perisikan berkata, Osama berdepan dengan masalah kewangan pada hari-hari terakhirnya dan al-Qaeda berpecah kepada dua dengan kumpulan yang besar dikuasai oleh Ayman al-Zawahri.
Pemimpin al-Qaeda itu tinggal di Abbottabad tanpa sebarang pengawal. Pengikutnya juga tidak berada di kawasan berhampiran untuk membantu mempertahankannya. - Agensi dalam Metro
LONDON: Sumber keselamatan Amerika Syarikat semalam berkata, Agensi Perisikan Pusat (CIA) mengintip Osama bin Laden selama beberapa bulan dari dalam rumah persembunyiannya sendiri.
Dalam satu daripada operasi perisikan paling rumit dalam sejarah CIA, perisik dilaporkan berpindah ke sebuah bangunan berhampiran kediaman Osama untuk mengenal pasti pola hidup pemimpin al-Qaeda itu.
Disebabkan operasi berkenaan terlalu rumit, CIA terpaksa mendapatkan kelulusan Kongres bagi memperoleh pembiayaan bernilai berpuluh juta ringgit.
Bagaimanapun, sumber itu enggan mendedahkan jumlah ejen yang terbabit dalam operasi mengintip itu, tetapi mengakui ia sangat sukar.
Katanya, Osama pasti melarikan diri serta-merta sebaik saja mengesan ada sesuatu yang mencurigakan berhampirannya.
“Perisik terbabit menggunakan segala kaedah yang ada untuk mengumpul maklumat, termasuk melalui warga Pakistan, imej satelit, gambar dan alat curi dengar,” katanya.
Sumber itu berkata, Osama sangat mahir menyembunyikan diri sehingga CIA mengagumi komitmennya mengelak dikesan.
“Anda perlu memuji kepintaran Osama,” katanya.
Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!
See, Al-Qaeda pun sahkan tentang pemergian ketua mereka. Maka, terimalah kenyataan ini. Dia telah syahid.
Apa yang mencuri perhatian, Al-Qaeda memberi amaran kepada Amerika dan sekutu mereka. Berani kan kumpulan ini walaupun duit bukan ada banyak mana pun. Apa sumber keberanian mereka?
Apa pun, jom baca berita hari ini pasal Osama dan Al-Qaeda.
Al-Qaeda sah Osama mati
PELAJAR agama Pakistan berkumpul di depan rumah tempat Osama dibunuh, di Abbottabad, semalam.
Kumpulan itu juga berikrar untuk melancarkan lebih banyak serangan terhadap Barat berikutan pembunuhan Osama dalam serangan oleh tentera Amerika Syarikat di Pakistan, Ahad lalu.
Pengumuman itu, yang berikrar untuk menyiarkan perutusan Osama yang dirakam sebelum ini, dijangka melenyapkan keraguan yang disuarakan oleh beberapa pihak mengenai kematiannya.
Dalam kenyataan dalam talian menerusi laman Internet yang sering digunakan oleh kumpulan pejuang Islam, ia berkata, ‘darah Osama lebih berharga kepada kami dan kepada setiap umat Islam.’ “Insya Allah, ia akan kekal menghantui Amerika dan konconya, baik di dalam mahupun di luar negara mereka,” katanya.
Sehubungan itu, al-Qaeda menggesa rakyat Pakistan bangkit menentang kerajaan mereka sebagai jalan untuk ‘membersihkan’ negara itu berikutan pembunuhan Osama serta ‘kekotoran’ yang dibawa oleh Amerika.’
“Sebelum Sheikh (Osama) meninggal dunia dan sebelum beliau boleh berkongsi dengan negara Islam kegembiraan revolusinya dalam berdepan dengan penindas, beliau merakam ucapannya, mengucapkan tahniah dan nasihat. “Ia akan disiarkan tidak lama lagi, Insya Allah,” kata kumpulan itu.
“Kami memberi amaran kepada rakyat Amerika supaya tidak mengapa-apakan mayat Sheikh (Osama) atau melayannya secara buruk atau mengancam anggota keluarganya, baik yang sudah mati atau yang masih hidup, dan menyerahkan mayat mereka kepada keluarga mereka,” katanya.
Pegawai Amerika sebelum ini berkata, mayat Osama dikebumikan di laut. - Reuters dalam Metro
Al-Qaeda sahkan Osama maut
ISLAMABAD - Kumpulan Al-Qaeda mengesahkan kematian ketuanya, Osama bin Laden dalam satu mesej Internet yang disiarkan semalam yang turut menyatakan akan melakukan balas dendam ke atas Amerika Syarikat (AS) dan Pakistan.Pengumuman itu dibuat selepas Presiden AS, Barack Obama mengumumkan kematian Osama pada malam Ahad lalu.
Mesej itu berbunyi: "Dalam satu hari penuh sejarah bagi umat Islam, pejuang Sheikh Abu Abdullah Osama bin Mohammed bin Laden telah terbunuh di jalan yang dipilih oleh orang sebelum dan selepasnya. Tahniah kepada umat Islam kerana Osama telah mati syahid."
Kumpulan militan itu menyatakan akan menyiarkan satu pita audio Osama seminggu sebelum kematiannya.
"Dengan izin Tuhan, sumpahan akan menghantui rakyat AS dan sekutunya. Kegembiraan mereka akan bertukar menjadi tangisan. Darah mereka akan bercampur dengan air mata."
Sementara itu, isteri Osama bin Laden yang paling muda, Amal Al-Sadah mendedahkan bahawa suaminya itu tidak meninggalkan dua buah bilik di rumah mereka di bandar Abbottabad selama lima tahun, kata beberapa penyiasat Pakistan yang mengesahkan perkara itu kepada wartawan kelmarin.
Amal, 29, ditembak di kaki dalam serbuan pada malam Ahad lalu apabila dia dilaporkan menerpa ke arah pasukan komando Amerika Syarikat (AS) yang menggempur kediaman mereka.
Dia ialah antara tiga isteri Osama yang kini ditahan dan disoal siasat perkhidmatan perisikan Pakistan.
Seorang pegawai keselamatan berkata, dia tidak menyaksikan suaminya dibunuh.
"Kami masih mendapatkan maklumat daripada mereka (ketiga-tiga isteri Osama)," katanya.
Pihak berkuasa Pakistan turut menahan lapan atau sembilan kanak-kanak yang ditemui selepas pasukan komando AS beredar.
Salah seorang daripada mereka iaitu seorang budak lelaki berusia 12 tahun dilaporkan memberitahu bahawa dia melihat bapanya ditembak mati dan mayatnya diseret ke sebuah helikopter.
Sekurang-kurangnya tiga mayat yang terbunuh dalam serbuan pasukan komando tersebut ditinggalkan di tempat kejadian.
Seorang bekas komander perkhidmatan perisikan Pakistan, Asad Munir memberitahu saluran berita ABC, semua isteri Osama itu disoal siasat tanpa kekerasan.
"Kami memberikan mereka borang soal selidik yang memiliki 20 soalan. Kami mengubah urutan soalan itu setiap tiga atau empat hari. Anda perlu memiliki daya ingatan yang amat baik jika anda ingin menipu," katanya.
Seorang pegawai kanan perisikan memberitahu akhbar The Times bahawa terdapat 17 orang termasuk empat wanita yang kini ditahan tentera Pakistan untuk mendapatkan maklumat penting tentang Osama dan Al-Qaeda.
Dalam perkembangan berkaitan, Perbadanan Penyiaran British (BBC) melaporkan, Amal memberitahu pasukan penyiasat Pakistan bahawa Osama masih sedarkan diri selepas dia pertama kali ditembak dan anak perempuannya yang berusia 12 tahun memberitahunya bahawa Osama kemudian ditembak sampai mati.
Wanita itu dan tiga isteri Osama yang lain, mendedahkan maklumat penting yang dapat membantu menyingkap kehidupan rahsia Osama semasa dia bersembunyi daripada pihak berkuasa AS.
Hubungan AS dengan Pakistan kini tegang selepas Islamabad dilaporkan enggan membenarkan Washington menyoal siasat Amal.
Menurut beberapa laporan tersebut, Amal memberitahu, sepanjang tempoh lima tahun berkenaan, Osama hanya membahagikan masanya antara dua bilik berbeza di rumah itu termasuk bilik tempat dia ditembak mati. - Agensi dalam Kosmo
Isteri tak keluar rumah 6 tahun
Wanita warga Yaman, Amal Ahmed Abdulfattah berkata demikian kepada pegawai perisik Pakistan yang menyoal siasatnya.
Amal dan dua isteri Osama ditahan pasukan keselamatan Pakistan berikutan serangan terhadap kediaman Osama di bandar Abbottabad Ahad lalu.
Pihak berkuasa Pakistan juga menahan lapan atau sembilan anak pemimpin al-Qaeda itu setelah komando elit Amerika meninggalkan rumah berkenaan. Turut ditemui di rumah terbabit selepas serangan itu ialah mayat tiga lelaki.
Kenyataan ketiga-tiga isteri Osama itu akan membantu mendedahkan bagaimana Osama menghabiskan masa dan bagaimana beliau mengelak daripada ditangkap sepanjang tinggal berhampiran sebuah akademi tentera.
Kenyataan mereka juga penting dalam mendedahkan operasi tentera Amerika di situ.
Seorang pegawai Pakistan berkata, pegawai CIA tidak dibenarkan menemui semua wanita berkenaan.
Dalam pada itu, pegawai perisikan Pakistan terbabit tidak memberitahu sama ada Amal yang cedera di kaki dalam operasi itu turut mengesahkan Osama tinggal di rumah itu sejak 2006.
Dalam pada itu, seorang pegawai kanan perisikan berkata, Osama berdepan dengan masalah kewangan pada hari-hari terakhirnya dan al-Qaeda berpecah kepada dua dengan kumpulan yang besar dikuasai oleh Ayman al-Zawahri.
Pemimpin al-Qaeda itu tinggal di Abbottabad tanpa sebarang pengawal. Pengikutnya juga tidak berada di kawasan berhampiran untuk membantu mempertahankannya. - Agensi dalam Metro
Osama diintip dari dekat
Dalam satu daripada operasi perisikan paling rumit dalam sejarah CIA, perisik dilaporkan berpindah ke sebuah bangunan berhampiran kediaman Osama untuk mengenal pasti pola hidup pemimpin al-Qaeda itu.
Disebabkan operasi berkenaan terlalu rumit, CIA terpaksa mendapatkan kelulusan Kongres bagi memperoleh pembiayaan bernilai berpuluh juta ringgit.
Bagaimanapun, sumber itu enggan mendedahkan jumlah ejen yang terbabit dalam operasi mengintip itu, tetapi mengakui ia sangat sukar.
Katanya, Osama pasti melarikan diri serta-merta sebaik saja mengesan ada sesuatu yang mencurigakan berhampirannya.
“Perisik terbabit menggunakan segala kaedah yang ada untuk mengumpul maklumat, termasuk melalui warga Pakistan, imej satelit, gambar dan alat curi dengar,” katanya.
Sumber itu berkata, Osama sangat mahir menyembunyikan diri sehingga CIA mengagumi komitmennya mengelak dikesan.
“Anda perlu memuji kepintaran Osama,” katanya.
Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!
Semoga rohnya tenang di sana.. al-Fatihah
BalasPadaminnalillahi, first..
BalasPadambeliau itu orang hebat.. Masya Allah..
ku pikir USA TUH, PENGECUT.. Usamah di serang tanpa senjata.. apa-apaan itu..
mereka itu orang-orang yang memutar balikan keadaan.. bilang si "anu" teroris lah.. padahal mereka sendiri adalah satu satunya negara yang hingga kini banyak mnumpahkan jutaan liter darah umat islam...
sori kalo komennya berlebihan, abis kesel juga sih..
itulah, mereka takut dgn byg2 sndri..
BalasPadamtak apa pnjg pun, tak kisah
mati osama ini hari ini esok akan hidup beribu2 lagi osama yang baru...
BalasPadammati syahid tue...
BalasPadamal-fatihah buat beliau..
Betul tu Khairil..
BalasPadama ah, syahid
BalasPadamhilang satu tumbuh seribu?!
BalasPadamWAA mr Khairil, nt the best!!
kun: boleh.. insya-ALLAH
BalasPadam