Langkau ke kandungan utama

Aku Mencari Jodoh





Sape  yang sudi terima bunga ini, dialah yang aku pilih sebagai calon suami.. Cepat-cepat, tawaran panas. Sementara stok masih ada. Hehe~



Assalamualaikum...

Ini bukan lagu Wali Band, Cari Jodoh, tapi dekat-dekat la kan?

Nak bercerita sikit, tadi, aku dipelawa keluar makan. Apa lagi pelawaan itu terus aku terima memandangkan aku pun tak makan lagi dari tengah hari.

Ingatkan ramai, rupanya la, diorang dua je? Diorang memang rapat dengan aku. Dua-dua sama rapat. Tak kisah la, memang mudah mesra pun aku ni. Hehe~ ye ke?

Ok, apa yang aku nak highlightkan kat sini, diorang tanya aku bila nak kahwin bila berbicara pasal perkahwinan. Aku pun cakap la tak ada calon. Malas la aku nak cerita lebih panjang lagi dengan diorang. Biar rahsia dulu.


Diorang suggestkan supaya memilih budak persatuan. Ada satu nama disebut. "XXX kan ada."

"Bukan lagi jadi orang Pokok Sena dah, jadi orang negeri XXX, hahaha" si jejaka gelakkan aku.

"A ah, jadi Pokok VVV plak," aku pun tak kalah. Kami gelak bersama.

Tapi, aku jawab la tak nak sebab adik-adik jer. Belajar pun tak habis lagi, lambat lagi la aku nak kahwin kalau macam tu.

"Adik-adik la ok dari atuk-atuk.."

Aku nak jawab, tapi rasa tersekat. Aku kulum senyum saja.

Kalau sebut nak match budak persatuan, aku tak kan nampak budak-budak UUM. Aku duk nampak budak-budak cawangan.. Hehe~

"Apa susah, iklankan kat group page persatuan di facebook, mencari calon suami," saran si gadis.

"Gila kau, macam la aku ni tak laku sangat!" Ketawa kami pecah lagi. Erm, rahsia perlu dijaga. Setakat ini belum siapa pun tahu.


*                    *                           *                         *                            *

Lewat facebook, tahu ramai betul la budak persatuan ni yang berpunya. Ingatkan diorang solo. Gaya tu solo jer. Tapi, fuh in relationship.

Ada yang tak declare kat dalam facebook tapi ada jugak pilihan hati.

Oh, tak lupa jugak tahniah buat Muaz yang bakal bertunang tak lama lagi. Awalnya dah bertunang.. Semoga kekal la ek.

Wah, sebab aku single kot aku rasa orang lain pun single jugak? Er, ye ke?

Aku dah rasa desparate memerlukan kasih sayang lelaki ni. Er, ada ke sesiapa yang mahukan aku? Kalau nak, sila fill in the form, k. Lepas tu, pergi belakang dan beratur, k.. Haha~

Ni yang nak buat macam budak perempuan dari China yang tulis hajat nak jumpa lelaki idaman, tunggu kat depan hostel dia. Kalau perempuan tu suka lelaki tu, dia akan turun dan berjumpa. Tapi, ramai pula yang suka dia, 2000 orang kot.

Itu kat negeri yang kurang perempuan la.. Ini Malaysia daa.. Perempuan ramai jugak.

Erm, rasa macam nak suruh mak ayah carikan calon dan aku yang pergi meminang. Haish, mula la nak buat perangai gila dia ni..

K la, tido dulu.. Nak bermimpi jejaka idaman. Pesal la kat facebook, kalau tunjuk pic aku jer, selalu jer naik pic profil dia? Ada jodoh ke siap mimpi lagi? Ni yang nak baca doa yang Muaz bagi tu..



Jom baca sama-sama. Moga dicepatkan jodoh kita :-)




Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!




   

Ulasan

  1. Mencari jejaka idaman.. Di manakah kamu?

    BalasPadam
  2. kita pun nak cr gak,,hihihi,,ade yg sesuai tk?hahaha

    BalasPadam
  3. Insya Allah..kadang2 jodoh ni dtg lmbt sikit.mana tau awak dpt bakal suami yang hensem dan kaya ke?saya doakan awak cepat jumpa jejaka idaman awak ok??

    BalasPadam
  4. Zulfikar: Sila la isi borang dan beratur dulu ek.. Haha~

    BalasPadam
  5. ada la Miss Ina.. sila cari dgn sabar ye..

    BalasPadam
  6. sgt mnyukai kata u, dear liza..

    Amin.. tq sudi doakan.

    BalasPadam
  7. cari jodoh kat bendang....hahaha

    BalasPadam
  8. nak jumpa apa la kat bendang? Pacat? Oh, tidak!

    BalasPadam
  9. Setiap dari kita dicipta berpasang pasangan... itu janji Allah,

    Bukan janji...tapi pasti.. hehhe

    BalasPadam
  10. Setiap dari kita dicipta berpasang pasangan... itu janji Allah,

    Bukan janji...tapi pasti.. hehhe

    BalasPadam
  11. Setiap dari kita dicipta berpasang pasangan... itu janji Allah,

    Bukan janji...tapi pasti.. hehhe

    BalasPadam
  12. Ye, memang sudah ada diciptakan berpasangan :)

    Chill sudey~

    BalasPadam
  13. dah bertemu lagi dgn jodoh kamu?...

    BalasPadam
  14. BerDOa dan terus berUSAHA. .
    4222962

    BalasPadam
  15. syukur Alhamdulillah... tima kasih ya

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Open Tracker