Assalamualaikum...
Jom baca artikel ni..
BAU BUNGA ROS KUATKAN INGATAN
ANDA yang mudah lupa kini boleh mengamalkan satu cara mudah untuk menguatkan ingatan.
Menurut para penyelidik Jerman, mencium bau-bauan yang kuat, seperti bau bunga mawar, boleh menyegarkan semula daya ingatan mereka yang mudah lupa.
Para penyelidik itu mendapati bau-bauan boleh merangsang ingatan baru dalam otak manusia semasa mereka tidur.
Laporan penyelidik itu, yang dimuatkan dalam jurnal Science, menarik perhatian bahawa ingatan manusia mula terbentuk dengan lebih teratur semasa tidur dan unsur rangsangan yang diterima didapati boleh menyegarkan semula laluan ingatan otak.
Dr Jan Born dari Universiti Lubeck di Jerman dan rakan-rakannya mendapatkan 74 sukarelawan untuk ujian ini. Mereka disuruh bermain permainan seperti Concentration, yang memerlukan mereka memandankan objek atau kad dengan menterbalikkan satu objek atau kad sekali saja dalam sesuatu masa.
Selepas satu malam, mereka yang menghidu bau mawar didapati boleh
mengingati 97.2 peratus padanan kad dan objek yang mereka cuba ingati sebelum tidur. - Reuters.
Kalau bunga ros besar tu kurang bau semerbak harum manis tu (eh, dah macam nama pelam harum manis pulak). Mungkin pokok yang ni fresh.. Mungkin la.. Ada jugak tanam pokok bunga ros yang berkelopak besar tapi tak la seharum yang berkelopak kecil dan banyak sekali berbunga.
Jom cari bunga ros.. Ada sesape nak kasi bunga ros kat Cik Sha tak? Agagatai~
Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!
Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.
suka bau bunga ros..
BalasPadamowh eh??tak tahu pulak pasal nih ..manalah nak cari bunga ros kat sini...
BalasPadamNur: Iya..
BalasPadamtak de ros ke kat sana?