Assalamualaikum...
Kali ini Ustazah Sha nak berleter sikit. Erk, Ustazah? Tak layak kot nak pakai title tu.
Aku baru jer balik dari majlis ilmu yang bertajuk Tanpa Akhlak, Rosaklah Ibadah. Tapi yang buat aku bengang dengan seorang Ahli Jawatankuasa (AJK) dia. Tak de akhlak.
Elo, walaupun ko tu pakai tudung labuh, ko ingat orang nak respek pada ko ke kalau tak de akhlak mulia? Aku benci golongan yang tak de manner ni. Budi pekerti tu penting.
Ada jer orang yang tudung labuh ni yang terlalu kedekut senyuman dan berkawan dengan golongan dia saja. Kalau macam tu, macam mana nak berkembangnya dakwah? Dengan kita yang tak pakai tudung labuh ni, bukan kata nak senyum, pandang pun tak mahu. Elo, ko ingat ko tu baik sangat ke?
Aku bukan anti dengan golongan yang bertudung labuh ni. Tapi tolonglah baiki perangai anda kalau mahu orang lain hormati anda seiring dengan menutup aurat selaras dengan syariat.
Orang yang ada tasawuf (akhlak) tapi tak ada ilmu fekah (ibadah) boleh jadi keluar dari Islam.
Orang yang ada ilmu fekah (ibadah) tapi tak ada tasawuf (akhlak) boleh jadi fasik.
Jadi kedua-dua tasawuf (akhlak) dan ilmu fekah (ibadah) penting.
Ibadah penting tapi akhlak sangat penting. ~Prof Madya Dr. Syukri Ahmad.
Tak de guna kak oi kalau pakaian jer alim tapi menipu, kurang ajar dan mungkir janji.
Mari la sama-sama kita baiki diri.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!
Jgn malukan kaum kita..
BalasPadamjom tingkatkan iman..
BalasPadam