Langkau ke kandungan utama

Student Dulu, Student Lama.. (1)



Assalam.


Perbezaan antara pelajar dulu dan sekarang. Ok, pelajar dulu yang aku maksudkan ialah mereka yang sama-sama belajar degree dengan aku, pada sekitar tahun 2005-2008. Pelajar sekarang pula, adalah lingkungan pelajar degree tahun 2009-2011.






1. Bahasa Inggeris
Student dulu-dulu tak pandai berbahasa Inggeris sangat.  Tapi, bebudak sekarang ni walaupun cakap dia tak pandai berbahasa Inggeris tapi boleh tahan jugak dia punya penguasaan bahasa asing ni. Ini adalah peningkatan yang membanggakan. Aku harus berbangga dengan sape ek? Kementerian Pelajaran Malaysia ke Kementerian Pengajian Tinggi? Thehehe~





2. Mekap
Wah bebudak sekarang ni walau nampak dia seorang yang sangat biasa tapi pergh, pakai lipstik jugak.  Kalah aku dan kawan-kawan masa dulu. Kira aku ni bermekap jugak la. Tapi pada zaman degree aku belajar tu tak ramai orang bermekap. Lebih ramai yang tayang muka plain jer. Pape pun tak pakai.

Apakah faktornya peningkatan ini? Mungkin sebab barang mekap dah murah kot? Murah? Tak de la, sama jer. Mungkin pendedahannya yang lebih.



3. Bergaya
Bebudak sekarang ni pandai bergaya. Maksud aku ramai yang bergaya. Pada zaman aku dulu, tak sape sangat nak bergaya. Kalau bergaya lebih tu confirm la bukan budak local, mesti international punya la. Indon ke Thailand ke..
Ni pun mungkin sebab pendedahan media yang luas ditambah pulak dengan kerancakan media baru, internet.








4. Laptop
Pada zaman aku dulu, kalau sape yang ada laptop tu memang orang pandang sikit la. Pandang sebab kaya. Ye la, harga sebuahnya tak kurang dari RM2, 500. Aku pun ada jugak walau aku tak kaya. Tapi bersyukur la sebab aku mampu jugak milikinya. Rasa macam dalam mimpi pulak. Sebab tengok kat drama Winter Sonata jer cara pakai laptop.

Pada zaman tu, ramai yang pakai komputer. Tapi pada zaman sekarang ni dah sangat susah nak cari orang yang pakai komputer.


Erm, empat dulu la perbezaan antara pelajar dulu dan sekarang. Sebenarnya, dah lama aku nak tulis topik ni tapi asyik terbantut jer. Sekarang, tadaa. Hehe~

Peningkatan pelajar sekarang ni amat membanggakan..

Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Apa Nama Korang dalam Bahasa Jepun

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jom main permainan ni. Nama korang berdasarkan nama Jepun A= ka, B=tu, C= mi, D= te, E= ku, F=lu, g= ji, H= ri, I= ki, J= zu, K= me, L= ta, M= rin, N= to, O= mo, P= no, Q= ke, R= shi, S= ari, T= chi, U= do, V= ru, W=mei, X= na, Y= fu, Z= zi Kemudian copy nama korang kat ruangan komen ya. Noor Hapisah : Tomomoshi Rikanoki Arikari Haha~ Lawak gile nama. Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels! Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.  Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Open Tracker