Langkau ke kandungan utama

Perihal Seorang Aku... Sha (7)



Assalamualaikum...

Korang tahu tak, yang aku ni diminati oleh  seseorang. Eh, gediknya aku.. Tukar ayat..

Aku telah diminati oleh seorang lelaki sejak sekian lama.. Eh, lagi mengediknya.. Er, tukar lagi..

Ok la, seorang lelaki ada meminati aku. Ha, kan ringkas dan padat.



Jom intai perbualan aku dengan si dia..

Dia: Aii Sha, belum tidur lagi?
Aku: Belum

Dia: Buat apa?
Aku: Duk buka internet. Tengok tsunami kat Jepun.

Dia: Ooo..
Aku: Awak buat apa? Tak tidur lagi?


Dia: Baru balik kerja
Aku: Lewatnya..


Dia: Biasa la kerja macam saya ni tak ada orang nak pandang.
Aku: Ada jer tu orang pandang.. Dah lewat ni. Pi la tidox.


Dia: Ya tak ada sapa nak kat saya ni..
Aku: Sabar, belum sampai seru lagi


Dia:Betul, tak ada sapa..
Aku: Ya la tu.. Habis tu awak kata ada awek.. Sapa pulak?


Dia: Saya betul-betul ni suka awak, Sha.
Aku: Kalau ada jodoh, ada la. Tapi saya tak suka perangai awak.


Aku: Saya nak cari orang yang boleh jaga dan bimbing saya. Kalau perempuan tak pandai masak, lelaki boleh ke jadi imam?

Dia: Tak pa, saya ajar Sha masak.

Erm, jawapan tipikal..Jawapan ni jer yang aku asyik dapat, 'akan ajarkan masak...'  Cuma seseorang tu jer yang berbeza sangat jawapannya. Dia cakap, ... erm ,biarlah rahsia. Kang nanti sesape yang admire tu ambik ayat ni plak. Tak boleh la, dah dipatenkan. Haha~ Sesungguhnya dia seorang yang istimewa tapi dia pun dah kahwin sebab keluargaku tak restu. 



Cuma mamat ni aku rasa bukan dia nak ajar tapi akan tengking-tengking balik. Erm, tak boleh buat jadi laki.

Ok, sambung balik conversation tu..

Aku: Habis tu, sape nak jadi imam?
Jangan-jangan dia kata aku pulak yang kena jadi imam..

Dia:Saya la.
Fuh, nasib baik. Jadi, aku nak uji dia sikit..

Aku: Boleh ke?
Dia: Boleh la..

Aku: Ok. Rukun sembahyang ada berapa? Sembahyang Dhuha waktu bila?
Aku syak dia pergi tanya kawan-kawan dia kat situ.. Jadi, aku mesej balas, kasi dia gabrah. Haha~ Nakal betul la Cik Sha ni


Aku: Ai, lambat jawab. Kata boleh jadi imam.. Tak kan imam tak tau perkara asas kot?


Sekali dia jawab:

Ada 5 perkara.
1. sembahyang
2. berpuasa
3. buat baik
4. bersedekah
5. jangan buat jahat.

Haha~ Aku bantai gelak... Ni ke tokoh imamku? Reject-reject..

Ok, sambung sikit lagi perbualan tu..


Aku: Ni 5 perkara apa?
Dia: Rukun sembahyang

 Aku mula sangsi, dia ni agama apa? Sebab tempat aku belajar kan dekat dengan Siam. Eh, pernah dia kata nak buat guna-guna kat aku. Isk, minta simpang..



Aku: Erk, awak ni Islam ke apa? Kenapa pelik sangat? Rukun Islam ke? 

Dah alang-alang, aku ajarkanlah dia apa itu rukun Islam. (Bukan aku nak tunjuk pandai). Semoga dia kembali kepada Tuhan Yang Esa, amin..

 Rukun Islam:
1. Mengucap dua kalimah syahadah
2. Solat
3. Puasa
4. Mengeluarkan zakat
5. Menunaikan haji (bagi yang berkemampuan)

Selamat malam.
Sebab aku tak nak dia malu, jadi aku matikan perbualan kami di situ.



Korang nampak tak wahai pembacaku yang budiman, apa yang aku cuba sampaikan? Tak nampak? Ok la, aku bagitau..

1. Kalau nak ngorat perempuan, biar ilmu penuh di dada.. Bak kata pepatah, kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga..

2. Jangan nak mendabik dada kalau anda tak tau. Berterus-teranglah. Jangan ego. Kalau tidak bertanya, sesat jalan.

 3. Perempuan walau sebagaimana sibuk pun tetap kena: pandai masak
     Lelaki walau sebagaimana sibuk pun tetap kena:boleh jadi imam.

Teringat pada seorang kawan yang aku selalu bermimpikan dia.. Tak tau kenapa. Mungkin kerana, 'aku ingat dia, dia ingat aku. Sebab tu dia datang nak jumpa aku, ek'. <-- ayat filem Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Kawan aku ni baru saja melangsungkan perkahwinan. Ternyata dia bahagia. Aku pun turut bahagia. Dia buat status FB malam ni: bahagia sebab dapat berjemaah 5 kali sehari dengan suaminya.

Aku teringat lagi status FBnya Kalau perempuan tak pandai masak, lelaki boleh ke jadi imam? yang bikin panas sang lelaki. Dia pun ada cerita yang boy friendnya pun sama panazs..

Tapi alhamdu lillah, suaminya ambil inisiatif untuk mendalami ilmu agama dan belajar jadi imam. Alham dulillah.. Sukanya kalau dapat suami macam tu.

Teringat pula seorang mamat silat tu. Tengok punya la ganas, tapi boleh jadi imam. Bacaan al-fatihahnya sungguh syahdu. Insaf aku seketika. Sekarang ni, dengar-dengar dia dah kahwin. Alhamdu lillah, dah sampai seru..


 Jom tambah ilmu..

Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Open Tracker