Langkau ke kandungan utama

Dengan Layan Perasaan Orang, Kita Berfikir Sesuatu



Assalam.

Apa khabar?

Kali ni, entri ni saja jer untuk membuatkan korang rasa bersyukur dengan apa yang dah ditakdirkan.. Ewah, ala ustazah gitu. Haha~

Kalau kita ada masalah dan terpaksa berdepan dengan peragai orang pulak, memang otak kita akan bekerja walaupun kita rasa serabut.



Contoh paling senang dan kena dengan semua orang la. Macam ni, kita ada masalah tak tempat kerja atau belajar, tetiba ada sorang kanak-kanak yang rapat dengan kita, maksudnya adik ke anak ke, anak saudara ke, buat masalah kat kita plak. Dia nangis-nangis, merajuk.



Kita pun berfikir la apa lagi yang tak kena. Apa yang perlu kita buat supaya semuanya kena dan terletak elok di tempatnya. Ha, kan dah kita berfikir. Ke korang ni jenis 'ah lantak la kat budak tu, nak nangis, nangis la, nanti aku tempeleng kang?' Isk, ganasnya korang ni.. Biasa la kanak-kanak kan manja dan dia ada hak untuk dimanjakan. Kita pada kecik-kecik dulu pun manja macam tu jugak.


Korang pun jangan nak salahkan masalah. Ia hadir dengan seribu hikmah. Sama ada kita nak dapat hikmah atau tak, itu bergantung kepada diri masing-masing sama ada mahu mencari atau usaha atau tak.

Sebenarnya, aku berhadapan dengan masalah lain. Tapi aku nukilkan kepada korang dengan kisah kanak-kanak. Masalah apa? Erm, tak de la berat sangat. Biasa jer. Cuma bila melibatkan hati dan perasaan ni yang susah sikit. Dah tu, kuat merajuk plak. Adoi..


Tak pe, aku tau macam mana nak menghadapinya.  Yang penting, berusaha menyelesaikannya dengan baik. Bak kata pepatah, tarik rambut dalam tepung, tepung jangan berselerak, rambut jangan diwarnakan, haram. Haha~ ayat aku. Eh, rambut jangan putus.

Ok, la. Korang pun dah dapat something dari entri ni kan?

Semoga berjumpa lagi.

Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Apa Nama Korang dalam Bahasa Jepun

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jom main permainan ni. Nama korang berdasarkan nama Jepun A= ka, B=tu, C= mi, D= te, E= ku, F=lu, g= ji, H= ri, I= ki, J= zu, K= me, L= ta, M= rin, N= to, O= mo, P= no, Q= ke, R= shi, S= ari, T= chi, U= do, V= ru, W=mei, X= na, Y= fu, Z= zi Kemudian copy nama korang kat ruangan komen ya. Noor Hapisah : Tomomoshi Rikanoki Arikari Haha~ Lawak gile nama. Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels! Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.  Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Open Tracker