Hang tau tak sapa tu Melayu?
Aku la Melayu
Emak aku Melayu, bapa aku Melayu
Keturunan aku semua Melayu
Melayu tak kan hilang di dunia
Tapi Melayu yang hilangkan Melayu
Hutan rimba bukan lagi hak Melayu
Laut bukan lagi hak Melayu
Bukit bukau bukan lagi hak Melayu
Gunung ganang bukan lagi hak Melayu
Sawah ladang bukan lagi hak Melayu
Apa ada pada Melayu?
Hanya Raja, baju, kereta api, adat saja hak Melayu
Melayu semakin terhakis
Melayu tak sedar diri
Melayu mudah lupa
Dulu ada sekolah Melayu
Melayu sendiri lenyapkan sekolah Melayu
Melayu hanya menang sorak
Hak Melayu hilang tergadai
Biar mati anak, jangan mati adat
Adat dipertahankan, anak dibiarkan.
Pembohong, penakut, penipu, kaki rasuah
Itulah sebahagian sifat-sifat Melayu
Daulat raja dicabar, dijatuhkan
Melayu hanya hebat pada nama sahaja
Melayu yang putar alam digelar hebat
Diberi kedudukan sebagai tokoh
Tokoh rasuah, penipu, perompak dipuja dipuji
Melayu tak kenal mana emas, mana suasa
Asalkan sama-sama ngam buatlah apa yang suka
Itulah sebahagian daripada perangai Melayu
Melayu yang tak sedar diri
Sampai bila pun Melayu takkan bersatu hati
Bermusuh sesama sendiri
Melayu tak ada identiti
Kalau Melayu kahwin Cina,
Lahirlah anak Melayu
Kalau Melayu kahwin India,
Lahirlah anak Melayu
Kalau Melayu kahwin Siam,
Lahirlah anak Melayu
Kalau Melayu kahwin Arab,
Lahirlah anak Melayu
Melayu kahwinlah bangsa apapun, anak tetap Melayu
Maka lahirlah anak Melayu
Rupa paras berbagai-bagai
Ada rupa Cina
Ada rupa India
Ada rupa Siam
Ada rupa Arab
Entahlah aku pun tak tahu mana rupa Melayu sebenarnya.
Sedarlah hoi Melayu
Janganlah berlembut sangat
Bangsa Melayu dah hamper hilang di dunia
Jangan jadi Melaka yang hilang Sultan
Hang Tuah tak tentu makamnya
Hanya telaga dapat dibanggakan
Merdeka hanya pada nama
Menang sorak Negara tergadai
Itulah sifat Melayu yang layak disapu-sapu.
Kera di hutan disusukan
Anak diriba kelaparan
Aku faham ada orang Melayu marah
Bila aku tulis ini semua
Aku bukan nak cakap yang bukan-bukan
Aku cakap apa yang aku pikiaq benaq belaka
Kalau tulisan aku ni tak benar, hang tulis la pula
Perihal yang hang pikiaq betoi.
Hang tau tak siapa itu Melayu
Cuba-cubalah pikiaq dan renung-renung
Dan berilah pendapat hang pula
Bolehlah aku kongsi pendapat hang pula.
Nukilan
Abdul Hamid Zakaria
Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.
Melayu, jom belajar sejarah.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!
Melayu oh Melayu, sedarlah..
BalasPadampak Mid memang hebat..TERBAIK!!!!!..Org yg mengaku dia tu melayu..melayu tulen..memang xtau malu..dan agak2 sya.... yg melayu tulenpun..perktaan MELAYU itu dya sndri xtau samada tulen atau x..dah lama daaah..pikiq2lah klu dya tu rsa dri dya tu org "MELAYU"...
BalasPadam@shb baling....
BalasPadamPak Mid hebat ya..
komen ini pun hebat..