Langkau ke kandungan utama

Daging Korban Yang Berlambak

Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!


Salam.


Salam Aidil Adha.


Ada sesape yang buat Korban kali ni? Korang bila lagi nak berkorban? Hehe~


Berkorban bukan saja dikhususkan dengan penyembelihan haiwan peliharaan tetapi jugak merangkumi kehidupan kita.. Apa yang telah kita korbankan..


Aku, apa yang aku korbankan? Erm (kena fikir dulu)..


Sebagai seorang pelajar, memang banyak jugak masa aku korbankan untuk studi aku. Selain itu, sebagai seorang anak, aku korbankan keinginan untuk menikah. Wawa, gedik ko Sha. Haha~ Gurau je la. Aku kan anak yang baik, kalau parent aku tak bagi kahwin lagi, aku tak kahwin la. Lagipun jodoh tak ada lagi.


Ok, ok serius.. Sebagai seorang anak, aku pernah berkorban bekerja di tempat orang (negeri orang yang jauh dan tak de life) demi untuk famili aku kat kampnug. Walaupun susah aku kat sana, tapi aku tetap bertahan demi kesayangan aku (famili) kat kampung. (mood: sedih, sedih nak nangis ni T-T)


Dengan adik-beradik aku? Erm, aku pernah sanggup berjalan kaki semata-mata nak bagi adik aku naik motor. Itu jugak salah satu sebab aku tak nak belajar naik motor masa zaman sekolah dulu.


Adik aku plak ambik kesempatan. Tapi demi kakak yang sayangkan adiknya ni, aku rela berkorban. Orang tak tau itu. Ni baru first time aku ceritakan. Ah, lantak korang la nak fikir apa! Ini cerita aku. Kalau korang nak perlekehkan aku, persilakan.


Aku bukan mengungkit. Bukan tak ikhlas ke apa. Sekadar bercerita. Tak salah kan? Ke salah? Aku ni kan kurang ilmu agama. Kalau salah, perbetulkan aku, k.


Hari Raya ni aku rasa agak sedih. Kenapa? Kerana aku rasa seperti nyawaku tak kan lama berada kat bumi Tuhan ni. Haa, dah tau macam tu, bila la ko nak insaf Sha? Aku rasa aku tak banyak berbakti kepada ibu bapaku dan aku ni bukanlah sebaik (sepenting) orang lain.



Ye la, bila kita tak ada, mestilah kita nak orang ingat yang baik-baik tentang kita dan merindui kita. Tapi aku kan pendiam, aku suka buat hal sendiri dan ada ruang untuk rasa tenang dan bersendirian. Itulah aku.


Baru-baru ini, adikku dan mak pi melawat bapa saudaraku yang sakit lumpuh. Dia boleh tak kenal adikku yang selalu melawatnya. Tetapi dia kenal aku. Katanya aku yang pendiam tu. See, aku memang pendiam.


Aku jugak rasa agak sedih dengan 'dia'. Sampai hati. Ah, aku tak nak sedih-sedih lagi! Aku perlu bahagia. Bahagia, i need you..



Berbalik kepada tajuk entri kali ni, Raya Korban kali ni dapat banyak sangat daging. Kerajaan negeri pun sumbangkan seekor lembu untuk penduduk kampung hari ni. Hari Raya pertama seekor lembu dikorbankan kat kampung. Hari ni jer 5 ekor. Esok dua ekor. Nak buat apa ek banyak2 daging ni?


Buat kampung terbuka, macam iklan Astro tue.. Papa pun, memang best iklan raya Astro kali ni. Suka sangat terutama kat Rosyam buat gaya Ranjini Khan, Hero Tamil tu. Kelasss you!


Ok jugak idea tu. Tapi semua orang kampung dapat daging..Dah tak layan la nk bt knduri mcm tu.


Malam tadi pun rumah buat kenduri makan nasi masak daging. Fridge dah penuh ni.. Ingat esok nak buat satay plak dan simpan buat serunding.


Tapi ingat sikit Sha yang ko tu berdarah panas, tak leh makan banyak daging. Seminggu boleh makan sekali jer. Habis tu, sapa la yang nak habiskan daging tu?



Berkorbanlah kamu sebelum kamu dikorban (kalau bahasa Indonesia = terkorban, mangsa) Haha~




P/s: Kalau aku tak de nanti, korang rindu tak kat aku?






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Apa Nama Korang dalam Bahasa Jepun

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jom main permainan ni. Nama korang berdasarkan nama Jepun A= ka, B=tu, C= mi, D= te, E= ku, F=lu, g= ji, H= ri, I= ki, J= zu, K= me, L= ta, M= rin, N= to, O= mo, P= no, Q= ke, R= shi, S= ari, T= chi, U= do, V= ru, W=mei, X= na, Y= fu, Z= zi Kemudian copy nama korang kat ruangan komen ya. Noor Hapisah : Tomomoshi Rikanoki Arikari Haha~ Lawak gile nama. Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels! Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.  Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Open Tracker