Langkau ke kandungan utama

Blurr dan Tolongla Aku..

Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!


Salam.


Dah macam tak tau nak update pasal apa. Idea tu ada tapi,bila duk depan laptop ni, semuanya terbang. Ah, sudah, kenapa la aku ni?


Mungkin disebabkan rasa kecewa dengan blogger yang aku rapat tapi diorang dah buat tak tau dengan aku. Rasa macam dah tak nak ikut perkembangan semasa diorang lagi. Tapi, kalau tak ikut, aku jugak yang rugi.



Sebab diorang bukannya buat diary on line. Diorang ada fakta. So, aku pun kena la tau perkembangan dunia semasa ni. Kalau tak, ketinggalan la aku.


Sebab aku malas lagi nak up date adalah kerana tak boleh nak masukkan gambar. Ni yang tak best. Blog adalah berkaitan dengan gambar. Tanpa gambar, pincang la sesebuah blog.


Aku banyak idea. Tapi ingat nak letak kat draf dulu. Bila dah ok, baru aku publishkan.


Lagi satu, aku duk tengah cari nak masukkan iklan dalam blog ni. Masalahnya, Nuffnang tak dapat nak sign up pun. Innity lagi la ta boleh sebab kena ada audiens yang besar.



Blog aku yang kecik dan baru bertatih ni mana la nak ada pembaca yang ramai. Plus, aku pun tak bagitau sape akan kewujudan blog ni, kecuali classmate Masterku.



Hai, nak minta tolong sape la ni? Aku tengok blog Hazali sempena wish birthday dia, ingat nak tanya tapi hampeh tak jwab pun wish aku. Sombong r mamat ni (pada aku la sebab tak balas wall fb aku yg wish birthday dia).



Tapi, tengok blog dia boleh tahan la kebestan tu. Hihi
Kalau ko masuk dan baca kat sini, ajar la aku,wei... Kita kan kawan.



Blog Hanil plak aku dah comment. Sampai hati tak komen kat blog aku balik. Wawawa, buat nada manja plak. So, orang dah tak bagi respon, kita nak minta tolong pun malu la.. Hanil, nak minta tolong ni...



Aku ni nak ikut orang lain pun masih malu-malu sebab blog aku ni banyak cerita yang tak memperkembangkan minda dan cerita kisah peribadi jer. Haish, bila la nak berubah jadi penulis ni?






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Keluarga

Kali ini, kita belajar pula bahasa Melayu Kelantan dalam keluarga. Ibu: Ma bagi yang ibu muda manakala 'mek' atau  'mok' bagi ibu yang dah tua. Bapa: Abah bagi bapa muda manakala Ayoh bagi bapa yang sudah tua. Bagaimana pun, gelaran ini dipanggil sejak kecil. Kakak. Sama, tiada berubah. Abang : Abe Adik: Adik. Anak sulung: Long Anak Kedua: Angah Bersambung lagi ya. Entri sebelum ini mengenai pengenalan

Open Tracker