Langkau ke kandungan utama

Panduan Cara Buat Blog Terbaik dan Dapat Trafik Tinggi


Sekarang ni, aku tak tidur dari pukul 1 pagi hingga la ke pukul 5, 6, 7 pagi.
Apa yang aku buat? Aku on line blogwalking, Facebook, baca tafsir Quran, buat assignment atau bergayut telefon.

Paling best blogwalking blog orang lain yang memang mantap, sampaikan keenakan tidur pun aku ketepikan lantaran kesedapan membaca blog tersebut. Tahniah la, kerana berjaya menambat hatiku. Ku berharap suatu hari nanti, aku juga boleh membuat sebuah blog seperti itu. Hopefully.

Apa yang aku perhatikan diorang (blogger) ni memang mempunyai domain sendiri. Aku nak juga domain sendiri tapi, aku ukur baju di badan sendiri. Aku masih lagi bertatih dalam dunia blog ni. Banyak lagi perkara yang aku tak tau dan perlu pelajari.

Aku juga sedar blog aku ni tak layak lagi untuk aku menjemput sesiapa untuk menatapnya kerana blog ni banyak lagi kekurangannya. Aku perlu mantapkannya terlebih dahulu. Itu lebih baik daripada aku jemput orang untuk melawat blogku sedangkan blog aku hampeh. Memang lepas tu, orang akan menyampah dengan aku sekali. Wah, besar juga tu implikasinya!

Aku nak kongsi sikit pengalamanku. Dulu aku pernah kagum dengan blog kawan sekelasku. Ye la kira dia otai la dari aku. Masa tu, aku tak tau pape lagi dengan dunia blog. Tapi sekarang, aku dah mula malas nak lawat blog dia sebab teruk gile kot blog dia. Bukan aku nak kutuk blog dia tapi aku tengokkan blog dia tak ada improvement. Tetap di tahap yang sama. Memang la, blog dia, suka hati dia. Tapi, dia kena la sedar jugak, uji sendiri blog dia di tahap mana.

Dia invite kawan-kawan suruh tengok blog dia. Ni invite secara non verbal la. Dia letak kat info Facebook. Aku tak letak address blogku kat facebook.

Kawan-kawan aku mintak address pun aku tak kasi. Sebab aku sedar, blog ni masih tidak layak untuk dikunjungi. Tapi suatu hari nanti, aku akan maklumkan kepada satu dunia. Itu pun kalau blog aku dah lepas tahap spefikasinya la. Kalau tak, aku peram lagi la. Wahaha.

Bukan senang nak menghasilkan sebuah blog yang berjaya mencuri perhatian orang lain. Tapi, aku akan berusaha untuk membuatkannya realiti. Jia you, jia you!!! 

Aku akan rujuk dan pandu nasihat dari blogger otai-otai. Terima kasih la kepada mereka semua yang sudi memberi tunjuk ajar. Aku tak kenal pun diorang secara in personal, kenal kat blog diorang je la.

Ni apa yang aku belajar setakat ni. Semoga boleh la jadikan panduan untuk korang pulak. Ni berdasarkan pengalaman cetek aku la.

Tapi sumber ni dari blogger otai tambah dengan aku belajar Corporate Web Design. Aku blend jadi macam ni. Ni la apa yang aku kutip.

Cara nak membuatkan blog kita jadi baik:

1. Tulisan

Tulisan kita mestilah boleh dibaca. Lagi elok kalau kita tulis penuh. Jangan buat short form. Sebab kadang-kadang audiens kita ni datang dari latar pendidikan, umur, bahasa dan budaya yang berbeza, dan sebagainya.
Aku nak komen kat bahasa dan budaya. Kita ni hidup dalam masyarakat majmuk. 1Malaysia la katakan... Jadi, semua orang boleh akses kita punya blog. Kalau kita tulis short form, nanti ada la yang tersalah tafsir.

Bab umur plak, orang yang tak sama umur memang akan tersalah tafsir atau tak tau langsung nak baca short form. Terutamanya ni, dari golongan yang lebih berumur dari kita. Tak kira la umur kita berapa, golongan yang kat atas kita mesti ada perbezaan bahasa. Yang ni, aku sedar sebab kadang-kadang aku bercakap dengan kawan-kawanku yang urban sedikit pun, aku dah ada tak faham satu dua istilah yang diorang gunakan.

Tercengang la jugak. Tapi bila dah lama-lama, baru faham apa maksudnya dan macam mana penggunaannya dan aku turut menggunakannya! Wahaha. Contoh 'poyo', penggunaan 'kot'. 'Kot' yang aku tau sebelum ni ialah 'mungkin' tapi sekarang ni orang guna untuk menyatakan 'sebenarnya'.

Jadi, pertimbangkan aspek ni. Taip jer semua, senang orang lain nak faham. Smooth (Lancar) je la orang nak baca. Bila dah smooth jer, orang pun akan senang nak duk lama-lama kat blog kita. Berbanding dengan membaca tulisan yang kita plak kena teka apa maknanya. Aku pun baru nak tulis penuh ni. Aku sangkakan aku tulis short form tu, orang boleh terima. Rerupanya, tidak semua macam tu.

Satu lagi, ramai yang tak suka dengan tulisan yang ditambah perkataan 'w' macam 'tidow,' 'kew'.. Ada orang kata ni Bahasa Rempit. Meluat diorang kata. Dan point paling penting, diorang tak faham apa maksudnya perkataan tu. Isk-isk, tu la akibat perbezaan usia, dah tak faham. Hehe, orang lama jangan marah..

Aku faham jer dengan perkataan atau tulisan ni. Sebab bagi aku, kita kena la berfikiran kreatif. Tapi, aku sedar, ramai yang tak setuju. Jadi, jangan nak mengada-ngada la pakai perkataan dalam ni kat blog! Atau tak nak orang lawat blog anda, ok la, dipersilakan pakai. Dan blog anda pun termasuk la dalam blog sampah!

2. Sound effect

Sound effect ni macam ada tulisan yang menyatakan gelak, macam ni: Hahahahhahaha, hihihihihihi, wakakaka. Kalau sekali sekali tu, tak pe. Tapi, kalau dah banyak sangat dan kerap letak, memang menyampah la jugak nak baca. Pada pendapat aku, orang ni nak tunjuk yang dia ni happy. Tapi, jangan la banyak sangat gelak. Buat ayat bagi pembaca happy dulu, baru gelak, ok la nak gelak pun.

Lagu atau muzik kat blog, better tak payah letak la. Sebab ramai gile orang tak tak suka ada muzik kat blog. Sebab diorang kata memang annoying (sangat mengganggu) sebab lagu tak kena dengan jiwa diorang atau diorang pasang volume kuat.

Bila masuk blog tu, terus terkejut la. Terus tutup blog tu. Ha, kan dah padan muka dengan blog yang macam tu. Dari nak tarik pengunjung, terus tak de yang sudi bertandang.

3. Titik-titik

Lagi satu, titik-titik ..... Jangan la selalu guna. Guna pada tempat yang sesuai je la. Dan menurut pensyarahku yang ajar Bahasa Melayu Pengurusan, dia cakap kalau titik ni boleh letak tiga titik (...) kalau ada ayat yang belakangnya ada lagi tapi kita dah tak nak letak. Boleh guna empat titik (....) kalau nak berhenti dah dari ayat yang kita tak tulis habisnya. Maksudnya, ada lagi la ayat kat belakang tu. Err, faham tak?

4. Design

Kita boleh jer nak letak design apa pun. Ikut suka kita la. Tapi, jangan gunakan design yang kontras sangat warnanya. Contohnya, kalau latar belakang (background) kaler hijau, jangan la tulisan tu warna kuning. Ini plak kata Pensyarah Corporate Web Design. Memang sakit mata la terutamanya pada golongan yang bermata empat ni tambahan plak kepada mereka yang 'telah lanjut usia'.

Jenis tulisan (font)pun sama. Ada tiga je yang standard dalam penggunaan Internet iaitu: Times New Roman, Arial dan Courier. Times New Roman ni jenis serif, ada kaki. Arial plak jenis non-serif, tiada kaki manakala Courier jenis monospace, sama je besar tulisan 'i' dengan 'w' dia. Hanya tiga font jer yang standard. Maksudnya, font ni memang diterima ramai la kat dunia ni. Kalau kita pun nak orang terima blog kita, kita pun kena la terima font yang diterima ramai.

5. Decoration (Perhiasan)


Kita kena jugak faham yang broadband kat Malaysia ni teramat la lembab. Ramai lagi orang kita pakai broadband. Macam aku jugak, pakai broadband yang biasa jer laju dia. Ambik pakej murah jer. Tapi kalau nak download dan buka laman web kerajaan Malaysia la yang paling aku menyampah,sebab lambat giler. Memang la boleh buat benda lain dulu la nak tunggu dia siap loading.

So, blog yang letak banyak sangat decoration memang akan dihindari oleh ramai orang. Macam aku la, aku malas nak tunggu lama-lama. Boleh buat aku baran. Haha.

Kesimppulannya kat sini, jangan la korang letak segala mak nenek kat blog korang. Simple lagi senang. Pensyarah Corporate Web Design aku pun memang tekankan kepada simple ni. Lalu, aku teringat kata seorang Pensyarah Foundation Englishku, Madam Wan Bee,

      
    'Simplicity is the Best Virtue'



6. Gambar

Letak la gambar- picture (dibiasa guna sebagai pic) sikit, baru la cantik. Satu pic pun dah cukup. Paling best kalau korang letak pic yang unik dan menggambarkan keseluruhan isi dalam entry kali tu. Lagi best kalau korang  edit sendiri atau memang pic korang. Aku jarang letak pic sendiri. Ada jugak. Banyaknya, aku ambik kat Google Image dan Deviantart.

Aku cari yang unik-unik. Tapi nak pesan la, jangan la ambik pic yang tak senonoh sebab korang pun akan dapat sahamnya di akhirat kelak. Ingat tu.


7. Context atau Text

Yang ni plak, korang tulis tu biar la ada ruang sikit. Maksud ada tekan 'enter' dan selang sikit. Tak la semak. Kalau langsung tak de ruang kosong memang boleh juling mata. Haha. Nak tulis panjang mana pun tak kisah tapi pastikan ada ruang kosong untuk mata 'berhenti rehat jap'. Contohnya, ada text tu yang memang tak de enter langsung satu page dengan tiga muka surat tapi ada space. Yang mana lebih menyenangkan? Pasti la yang kedua tu, kan?

Lagi best kalau korang tulis point-point jer, senang nak faham sikit. Kemudian, nak hurai pun, hurai la.

Itu la setakat ni. Semoga menjadi perkongsian bermakna.







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Pantang larang dan makanan orang demam campak. Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak.  Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. Risau gatal je.   3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan . 4. Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau m...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Keluarga

Kali ini, kita belajar pula bahasa Melayu Kelantan dalam keluarga. Ibu: Ma bagi yang ibu muda manakala 'mek' atau  'mok' bagi ibu yang dah tua. Bapa: Abah bagi bapa muda manakala Ayoh bagi bapa yang sudah tua. Bagaimana pun, gelaran ini dipanggil sejak kecil. Kakak. Sama, tiada berubah. Abang : Abe Adik: Adik. Anak sulung: Long Anak Kedua: Angah Bersambung lagi ya. Entri sebelum ini mengenai pengenalan

Open Tracker