Langkau ke kandungan utama

Housekeeping Akaun Emel



Emel memudahkan urusan surat-menyurat dan penyampaian maklumat

Berikut adalah merupakan contoh surat email yang memohon supaya Housekeeping Akaun Emel yang perlu dilakukan untuk memudahkan email masuk dan meluaskan kouta emel tersebut.


Asalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dato’/Tuan/Puan,

Sukacita saya merujuk kepada perkara seperti di atas.

2.            Semakan yang dilakukan oleh pihak Pengurusan Maklumat mendapati banyak akaun emel Jabatan telah memenuhi kuota storan yang telah ditetapkan. Perkara ini menyebabkan pengguna tersebut tidak dapat menerima emel baru selagi kuota berkenaan tidak dikosongkan.

3.            Bagi mengatasi masalah ini, pihak BPM memohon agar semua pengguna melakukan housekeeping emel masing-masing. Berikut adalah panduan bagi melakukan housekeeping emel :

i)                    Memadam emel yang telah melebihi tiga (3) bulan dengan kandungan tidak penting. (cth: jemputan/makluman yang telah melepasi tarikh)
ii)                   Memadam emel yang telah disahkan sebagai spam atau iklan (promosi/pinjaman bank/kopearsi dsb).
iii)                 Jika emel yang ingin dipadam mengandungi lampiran, simpan lampiran ke dalam local storage (thumdrive/pc) atau cloud storage terlebih dahulu sebelum emel dipadam.
iv)                 JANGAN gunakan emel rasmi Jabatan untuk mendaftar(subscribe) di laman web jualan online (Lazada/Agoda/Airasia dsb)

4.            Pengguna adalah dipohon untuk melakukan housekeeping emel di outlook dan di Zimbra Web. Perhatian dan kerjasama yang diberikan Dato’/Tuan/Puan saya dahului dengan jutaan terima kasih.

Sekian.


Mohd Sharrel Fahmi Bin Baharum
Cawangan Rangkaian Dan Keselamatan
Bahagian Pengurusan Maklumat
Jabatan Latihan Khidmat Negara

 Terima kasih singgah sini

Catatan popular daripada blog ini

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:


Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Nak jaga pemakanan orang demam campak?
Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini.


Tidak boleh menggoreng
Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan.

Menumis pun tak boleh tau.

Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan.

Elakkan makanan laut yang gatal
Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k.

Elakkan yang pedas
Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan.


Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam


Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau milo? Kalau capucinno? Erm, ikut suka korang la.

Aha, aku ada idea, kalau nak putih maka minumlah air soya. Confirm menjadi. Tapi kalau tak jadi, jangan…

Tips Pakaian Untuk Konvo

Open Tracker