Kisah Tazzabarnya Aku Nak Balik Ke Kampung Berhari Raya, Meriahnya | ! sha my heart

.

Jumaat, 17 Julai 2015

Kisah Tazzabarnya Aku Nak Balik Ke Kampung Berhari Raya, Meriahnya

Inilah barang-barang aku yang tengah tunggu masa nak pack dalam beg
Ya Rabbi, tazzabarnya (tak sabarnya) nak balik kampung untuk berhari raya. Hari ni, tak ramai orang kat pejabat. Jalan pun sudah sedikit lenggang. Tambahan pula, radio terus-menerus menyiarkan lagu raya. Oh, kampungku tunggu aku. Aku akan ke sana malam nanti. Perjalanan mengambil masa selama 5 jam tetapi bila nak balik raya macam ni, pastilah sesak (jammed), maka akan bertambah lagi jadi semua 7 jam. Dari Puduraya (nama baru: Pudu Sentral), Kuala Lumpur ke Alor Setar.

See, awal betul sepupu aku ni tanya bila nak balik raya. Dia tengah berpantang melahirkan anak sulungnya.
Paling tak boleh sabar bila adik sepupu dari awal-awal lagi tanya bila nak balik beraya (sila rujuk gambar). Pastinya dia pun tak sabar nak jumpa. Kami membesar bersama. Oh, kenangan. Indahnya zaman kanak-kanak tak kan boleh terulang. Oh, sangat merindui zaman itu. Jalan bertanah merah, mandi parit, berkelah, main dangau (pondok-pondok), main toi chup (galah panjang), main tuju tin, tuju kasut (selipar), dan main zero point (getah yang lompat-lompat kat pinggang tu. Tapi aku tak pandai main zero point. Entah apa, failed lah). Lagi, kami main congkak, dam, batu selambut (batu seremban). Batu seremban pun aku tak pandai.

Ok, kita tinggalkan kenangan itu. Kenangan yang tak kan terpadam selagi diri masih bernyawa. Selain dari nak jumpa sepupu sepapat, sudah tentulah aku nak berjumpa kekasih tersayang, (mak dan ayah aku la). Bukan itu sahaja, aku rindu nak jumpa anak-anak buah yang manja denganku dan abang, kakak-kakak dan adik-adik aku. Adik-beradiklah katakan. Darah daging yang tidak akan terpisah. I love you all.

banyak barang aku. Semua ini nak dimasukkan ke dalam dua buah beg sahaja.
Beg galas hitam kat bawah sekali dan beg troli warna kelabu sebelah kiri tu,
yang ada corak paroi tu.

Letih juga mengemas barang yang banyak. Ambil masa satu jam juga untuk mengemas semua ini. Bukan sekadar bawa balik persiapan raya, aku juga bawa balik kain kosong 38.5 meter untuk adik beradik perempuan dan kain untuk baju pengantinku. Itu sahaja sudah memenuhkan satu beg troli kelabu tu. Barang-barang lain, boleh letak sebelah partisyen lagi satu yang biasanya orang letak benda-benda ringan tu.

Beg galas hitam pula aku letak, baju raya, kain sembahyang, baju sejuk, teddy bear dan corn flakes yang tak terbuat corn flake madu serta cawan kertas untuk buat kuih. Tak pe, semua bahan aku bawa balik. Cuma tinggal nak masak larutan madu corn flakes. 

Malam nanti, encik tunang yang akan hantarkan ke Pudu. Kalau dia tak hantar, aku pergi naik LRT lah. Dari Sri Rampai, turun ke Masjid Jamek. Kemudian, ambil LRT yang ada laluan ke Bandaraya dan akan turun di Plaza Rakyat. Boleh naik LRT yang lalu ke Ampang atau Sri Petaling, turun di Plaza Rakyat. Keluar tu, sudah boleh nampak Pudu. Tapi, nak keluar pun jauhlah sikit nak kena jalan kaki. Tapi tak apa, laluan berbumbung.

Kalau beli tiket on line, pergi ke kaunter bas yang anda beli dan pergi tukar, k. Jangan tak tukar pula.

Ini tiket sementara. Beli on line. Nanti sampai kaunter, kena tukar untuk dapatkan tiket yang sebenarnya.

Apa yang best balik kampung ialah orangnya, suasananya dan pastinya makanannya yang sedap. Makanan kat KL susah nak sedap-sedap macam kat kampung. Kakakku pula cadang nak masak laksa dan bihun sup Utara kegemaran kami, maka lagilah tak sabarnya nak balik.

Korang kena balik kampung. Jangan dengar orang cakap nak jimat, tak payah balik kampung. Kenapa kena balik kampung? Sebab kampung kita sekarang pun sudah dimamah kemajuan. Mana lagi nak dapat kampung yang macam kita kecil-kecil dulu? Kalau ada pun, tak kan sama rasanya macam kampung kita sendiri. Nanti tak kan jumpa macam sekarang. 

Taip entri ini, (entri ini adalah auto-publish), duk terbayang kampung kat mata. Bendang. Jalan tanah merah. Laksa dan anak-anak buah yang kerinduan kat Mak Njangnya ni. 

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Semoga raya ini mendapat mencuci dosa kita sesama manusia dengan menghulur salam bermaafan.



2 ulasan:

Pha Is berkata...

banyaknya barang..
selamat hari raya..

Sha My heart berkata...

Pha Is: Biasa la, barang perempuan. Tapi beg saya mesti x lebih dari 3 sahaja. Tak suka beg banyak sangat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...