Faktor Ketagihan Laksa Utara, Menu Yang Sentiasa Sedap untuk Dimakan | ! sha my heart

.

Ahad, 1 Februari 2015

Faktor Ketagihan Laksa Utara, Menu Yang Sentiasa Sedap untuk Dimakan

Laksa Kedah

Faktor yang menyebabkan kami teringin sangat makan dan makan laksa berkali-kali tanpa rasa jemu. Boleh juga digambarkan sebagai faktor yang menyebabkan ketagihan laksa utara yang tanpa jemu. 

1. Laksa Utara memang sedap dan menyelerakan
Urat laksa yang putih bersih dan lembut, melentuk di dalam mangkuk, ulam-ulaman dan disajikan bersama kuah ikan segar dan manis rasa isi ikannya, telur rebus elok terhidang dengan aroma daun kesom dan bunga kantan membangkitkan nafsu makan yang membuak-buak.

2. Perantauan
Berada di perantauan ini (walaupun bukan di luar negara) akan rindu kepada masakan tanah tempat tumpah darahku ini. Kawan-kawan dan adik-beradik, dan orang Utara yang berada di perantauan akan berkongsi tentang momen mereka 'mengena' laksa, di media sosial. Pergh, memang terliur terus. Rasa nak meleleh air liur. Hehe~

3. Tak kira masa
Aku berasal dari Kedah. Kami orang Kedah akan makan laksa tak kira masa, pagi ke petang ke malam ke. Masa raya dan sekarang masa kenduri kahwin pun laksa disediakan. Marvellous. Sedap sangat. Boleh buat jadi teringin sangat dan kepingin.

4. Rasa yang tidak dapat ditandingi
Pada asasnya, laksa mempunyai rasa masam, manis, pedas, masin dan kelat. Masamnya dari asam keping di dalam kuah dan masam asam limau (limau nipis) atau limau kasturi. Rasa manis dari isi ikan segar dan air tulang ikan. Manakala rasa pedas dari cili potong sebagai ulam, cili padi dan cili kering di dalam kuah.Rasa masinnya tentulah dari garam dan ikan.

Sementara rasa kelat dari ulam-ulaman seperti timun, daun putat dan daun gajus. Daun gajus tu memang sangat sedap dibuat ulam dalam laksa. Cubalah. Sementara ramai orang menggunakan daun salad sahaja sebagai ulam atau dipanggil sayur.

5. Rasa tidak kenyang lama
Oleh kerana laksa ialah jenis makanan berkuah, maka ia tidak pejal dan kenyangnya tidak lama. Rasa kenyangnya hanyalah sejam dua berbanding nasi yang kenyangnya boleh mencecah 6 jam.


Penilaian dan lokasi makan laksa
Aku menilai dari segi keaslian rasa Laksa Kedah dan kesedapan rasa kuahnya serta keseluruhan semangkuk laksa. Sudah semestinya laksa tepi laut seperti laksa di Kuala Kedah dan Kuala Perlis itu sangat sedap. Lima bintang.

1. Ok, kat Kuala Lumpur, aku selalu makan laksa di Langgaq, AU 2 Keramat. Rasanya kurang ummpph. Aku bagi 4 bintang. Kedai beroperasi pada setiap hari. Stafnya pun memang orang Kedah. Siap hias dengan bendera Kedah dan logo bola sepak Kedah. Kedai ini bagus, masa maghrib, operasi dihentikan untuk memberi laluan kepada pekerja solat. Ada surau yang jaraknya lebih kurang 100 meter dari premis perniagaan Langgaq. Pelanggan boleh berada di dalam kedai ini, tetapi tak boleh balik sebab nak bayar pun tak ada orang nak ambil duit kita. Tak ada orang nak kira.

2. elalu juga aku lepak Up town Danau Kota, Setapak. Operasinya ada hari-hari tertentu sahaja. Ada dua kedai laksa Kedah. Aku suka makan laksa kat Laksa Aloq Jangguish. Tempatnya tengah sikit, sebelum hujung. Memang sedap. Aku bagi lima bintang. Memang sedap. Korang boleh pergi sana. Suggested. Recommended.

Laksa utara yang lain, tak boleh blah. Tak sedap. Hihi. Kalau ada tempat yang sedap, sila bagitau. Boleh cuba dan bagi bintang.

Kesimpulannya, laksa Kedah memang sedap dan tiada tandingannya. Sekali makan, pasti mahu lagi. Bila dah makan, berkali-kali tambah pun, bila diajak lagi selang dua jam, pasti tidak menolak. Hebat. Menarik. Menawan selera.

xoxo

5 ulasan:

Nur Inani berkata...

sedapnyaa laksa :)

asra muslim berkata...

ada lg laksa best kat shah alam. n my fav yg kat mid valley

Nabihah berkata...

saya suka makan laksa :-)

almer otnay berkata...

laksa ku suka

Marsha milan ingin bebas

faridah kadir berkata...

Salam.. Kat mana laksa yg kat Danau Kota nie.. Penat pusing.. X jumpa..
Kedai tu x bukak malam ek?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...