Langkau ke kandungan utama

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak


Nak jaga pemakanan orang demam campak?
Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini.


Tidak boleh menggoreng
Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan.

Menumis pun tak boleh tau.

Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan.

Elakkan makanan laut yang gatal
Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k.

Elakkan yang pedas
Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan.


Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam


Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau milo? Kalau capucinno? Erm, ikut suka korang la.

Aha, aku ada idea, kalau nak putih maka minumlah air soya. Confirm menjadi. Tapi kalau tak jadi, jangan salahkan aku. Wakaka~ Aku sekadar mengadaptasi dari petua orang kalau nak anak putih gebu, minum soya banyak-banyak masa mengandung.

Tapi aku dengar juga yang air soya ni tak berapa bagus juga terutamanya kepada ibu yang mengandung. Ia boleh membentuk kanser. Itu apa yang aku dengar la.

Makanan untuk orang demam campak adalah sup ayam dan air kepala.

Elakkan dari terkena hujan dan shower yang berlubang-lubang
Hujan emas di negeri orang, orang batu di negeri sendiri.. Eh, ada eloklah dan mujarabnya korang hindari daripada terkena hujan. Kalau tak kulit korang akan berlubang-lubang. Kalau shower pipe? Eloklah hindarkan jugak la.. Mana tau tetiba berlubang-lubang pula wajah korang yang ayu dan kacak tu. Kurang la wang hantaran RM 10,000. Haha~

Bedak beras buat sendiri
Korang boleh bedakkan dengan guna campuran beras yang direndam dengan air kasi lembut sikit.

Selepas korang rendam beras tu dalam masa sejam dua, korang masukkan dalam mesin pengisar bersama dengan daun cermai. Kisar halus. Campuran ini akan berwarna hijau.

Ramuan ini adalah untuk menghaluskan dan mencerahkan kulit. Dipakai setelah campak keluar habis. Lumurkan seluruh badan. Seluruh badan ye. Korang harus sabar bila diejek menjadi adiwira. Ini kerana korang akan berubah menjadi hulk hogan seketika k. Wakaka~

Bila dah kering ia akan berwarna kuning. Eh, silap mata (magic) la.. Cair hijau, kering kuning.

Aku teringin nak pakai jugak. Tapi since orang yang kena campak tu dah pakai, aku tak berani plak nak pakai. Kang tak pasal-pasal tetiba rasa gatal dan wow! Campak. oh, tidak!!!

Elakkan bercambur baju dan bekas minuman air masak
Gelas dan cawan bekas diorang guna aku tak kan sesekali biarkan diorang guna balik. Maka banyak kali jugak la kena basuh. Agak meletihkan sampai kecut jemariku kena air. Tapi tak pe, janji tak ada jangkitan virus.

Banyakkan minum air masak
Aku pulak, sentiasa minum air masak. Risau la berjangkit penyakit yang senang berjangkit seperti selesema, demam dan campak. Oh, tidak!


Jagalah pemakanan anda dan semoga cepat sembuh.


Entri ini diubahsuai dari entri sebelum ini, boleh baca:
Menjaga makanan orang demam campak dalam rutin harianku

Entri lain yang mendapat tempat di hati orang demam campak:
Tips Ubati demam campak

Terima kasih. Semoga bermanfaat.

Catatan popular daripada blog ini

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Petua Tutorial Cara Pakai Contact Lens (Kanta Lekap)

Open Tracker