Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Pengenalan | ! sha my heart

.

Jumaat, 21 Februari 2014

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Pengenalan




Lama rasanya nak membuat entri belajar bahasa dialek Malaysia.

Bahasa Melayu Kelantan menggunakan bahasa Melayu lama yang kurang digunakan pada masa ini.
Adalah bagus kerana masyarakat Kelantan masih menggunakan dan mengekalkan bahasa mereka.

Apa yang mudah diperhatikan, perkataan "an" ditukar menjadi "e"
Contoh: Makanan
Makane
Bahan
Bahe


Perkataan 'a' berubah menjadi perkataan 'o'

Contoh: Pertama
Pertamo

Kata
Kato


Huruf 'i' hilang di hujung perkataan

Contoh: Ramai
Rama
Gulai
Gula


Namun begitu, banyak perkataan atau bahasa Melayu Kelantan yang digunakan membuatkan orang yang tidak ada asas bahasa Kelantan tidak memahami.

Kita bersambung dalam entri yang berikut.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...