Langkau ke kandungan utama

Tips Tutorial Cara Membuat Rayuan Lesen Tamat Tempoh Di Laman Web JPJ


Di sini, saya perturunkan cara-cara membuat Rayuan Lesen Tamat Tempoh di Laman Web Jabatan Pengangkutan Jalan.


Ok, kalau anda pening dan tidak tahu bagaimana untuk memilih yang mana satu kerana laman web JPJ banyak sangat pautan, saya boleh ajarkan. Saya terangkan mengikut pengalaman sendiri yang mana membuat rayuan tamat tempoh bagi Lesen Memandu Percubaan (PDL). Saya orang awam Malaysia, memiliki ic Biru, warganegara.

1. Masuk dalam laman web mereka dengan menaip JPJ di Google, Bing, Yahoo atau terus masuk ke dalam laman web JPJ iaitu dengan jaringan jpj.gov.my


2. Pilih lesen Kenderaan Motor (LKM): Permohonan Memperbaharui Lesen dan klik Mula.


Daftar terlebih dahulu sebagai orang awam Malaysia dan masukkan IC anda.




 Apabila anda telah mendaftar, anda boleh menggunakan Transaksi dalam Talian. Kemudian, pilih Rayuan Memandu Tamat Tempoh. Cara untuk mendapatkan halaman itu adalah dengan tidak mengalihkan cursor tetikus (melalui laman tersebut). Kemudian, klik.

Anda akan dibukakan dengan petak-petak yang perlu diisi. Apa lagi, isilah ye.



Selepas selesai seperti mana yang telah saya ajarkan, anda tekan butang Semak di bawahnya. Jawapannya, anda kena skrol ke bawah.



Selepas 14 hari bekerja, anda boleh menyemak rayuan anda. Pada mula saya membuat rayuan, sistem mengatakan mereka akan memberikan maklumat melalui emel. Jadi, saya tunggu emel. Tak sampai juga, saya buat semula dan tunggu lagi. Pada masa yang dijanjikan tiada juga emel masuk. Kemudian, saya menelefon ke JPJ negeri. Jawapan yang diberikan ialah menunggu 14 hari dan mencetak surat di laman web JPJ.




 Inilah surat yang saya terima. Cetak dan bawa ke JPJ ya.

Alhamdu lillah, lesen saya tidak ditamatkan.


Ok, faham tak?
Selamat mencuba.




17 ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tips Pakaian Untuk Konvo

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Petua Tutorial Cara Pakai Contact Lens (Kanta Lekap)