Langkau ke kandungan utama

Tips Tutorial Cara Membuat Rayuan Lesen Tamat Tempoh Di Laman Web JPJ


Di sini, saya perturunkan cara-cara membuat Rayuan Lesen Tamat Tempoh di Laman Web Jabatan Pengangkutan Jalan.


Ok, kalau anda pening dan tidak tahu bagaimana untuk memilih yang mana satu kerana laman web JPJ banyak sangat pautan, saya boleh ajarkan. Saya terangkan mengikut pengalaman sendiri yang mana membuat rayuan tamat tempoh bagi Lesen Memandu Percubaan (PDL). Saya orang awam Malaysia, memiliki ic Biru, warganegara.

1. Masuk dalam laman web mereka dengan menaip JPJ di Google, Bing, Yahoo atau terus masuk ke dalam laman web JPJ iaitu dengan jaringan jpj.gov.my


2. Pilih lesen Kenderaan Motor (LKM): Permohonan Memperbaharui Lesen dan klik Mula.


Daftar terlebih dahulu sebagai orang awam Malaysia dan masukkan IC anda.




 Apabila anda telah mendaftar, anda boleh menggunakan Transaksi dalam Talian. Kemudian, pilih Rayuan Memandu Tamat Tempoh. Cara untuk mendapatkan halaman itu adalah dengan tidak mengalihkan cursor tetikus (melalui laman tersebut). Kemudian, klik.

Anda akan dibukakan dengan petak-petak yang perlu diisi. Apa lagi, isilah ye.



Selepas selesai seperti mana yang telah saya ajarkan, anda tekan butang Semak di bawahnya. Jawapannya, anda kena skrol ke bawah.



Selepas 14 hari bekerja, anda boleh menyemak rayuan anda. Pada mula saya membuat rayuan, sistem mengatakan mereka akan memberikan maklumat melalui emel. Jadi, saya tunggu emel. Tak sampai juga, saya buat semula dan tunggu lagi. Pada masa yang dijanjikan tiada juga emel masuk. Kemudian, saya menelefon ke JPJ negeri. Jawapan yang diberikan ialah menunggu 14 hari dan mencetak surat di laman web JPJ.




 Inilah surat yang saya terima. Cetak dan bawa ke JPJ ya.

Alhamdu lillah, lesen saya tidak ditamatkan.


Ok, faham tak?
Selamat mencuba.




Ulasan

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. bleh tnye ckit.awk letk sbb ape ek lsen p awk tidak dimatikan?

    BalasPadam
  3. Salam saya nk tanya.

    Lesen PDL saya hampir dua tahun sudah tamat tempoh. masih boleh buat rayuan lagi ke?

    Sebab saya buat mcm atas ni tapi ada error. Tak boleh nk appeal :(

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama: Saya buat faktor susah untuk ke JPJ. Faktor kewangan

    BalasPadam
  5. salam sha. kenapa saya buat tak boleh appeal? error to appeal

    BalasPadam
  6. sebelum buat rayuan ni, kene daftar dlu kan ? daftar tu kene ada no rujukan pendaftaran . no rujukan pendaftaran tu mmg kene amek dr jpj ke ?

    BalasPadam
  7. Bila lulus kna amik semula jpj ke?

    BalasPadam
  8. Salam sister. Boleh tahu prosedur lepas dah dapat surat ni, sis buat apa ye? Saya kurang tahu and rayuan saya dah diluluskan. Boleh sis balas ke emel saya di nureenhaha@gmail.com. your help is much appreciated.

    BalasPadam
  9. Tanpa Nama: Error to appeal maksudnya awak sudah tidak layak untuk merayu lagi.

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama: Mengenai no rujukan, saya tidak pasti pula hal ini.

    BalasPadam
  11. Nasuha: Bawa surat tersebut ke pejabat JPJ dan berurusan di kaunter. Selepas itu, bawa pula surat tersebut dan dokumen yang diberikan ke pejabat institut memandu. Beritahulah segalanya. Mereka akan memahami. Oh ya, perlu bayar.

    Kemudian, pergi ke kelas untuk persediaan menjalani ujian JPJ apabila tarikh telah ditetapkan. Adalah penting untuk melakukan latihan di trek latihan kerana ujian yang akan dilalui adalah getir. Dan anda sudah pun lulus dan mengulang serta membuat bayaran tambahan. Adakah anda mahu untuk mengulangi lagi dengan kes terpencil dan agak memalukan ini?

    BalasPadam
  12. Nureen: Jawapannya sama seperti jawapan untuk Nasuha.

    Ok, Sha akan emel

    BalasPadam
  13. sis sy nak tny ssuatu psal lesen ni , boleh tolong email sy . mimiezulaika@yahoo.com . Terima kasih

    BalasPadam
  14. Mcmn nak merayu jika lesen disenarai hitam..tlg penjelasan..

    BalasPadam
  15. hai sha.
    maknanye jika P telah melebihi 2 tahun, wajib ambik test dr L,P dan seterusnya ke?
    kalau slow talk dengan pusat memandu ade kemungkinan tak kite TAK PERLU ke ujian komputer, litar dan sebagainya? sebab nak cepatkan proses. rumit bagi yg dah bkeluarga, ade anak nak ambik test smulekan :(
    Kemahiran memandu saya belum ghaib lagi even lesen dah mati/tamat tempoh.
    harap dpt reply secepatnya.
    Thanks Sha MyHeart

    BalasPadam
  16. Agak2 saya masukkan sbab saya sambung belajar diterima x...

    BalasPadam
  17. macam mna pula kalau surat tu tak boleh download?? sy dh try guna phone dan laptop tpi tetap tk boleh dwld.. tekan butang cetak surat tapi tkde apa2 respon..boleh bantu saya..huhu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Open Tracker