April 2012 | ! sha my heart

.

Isnin, 30 April 2012

Pengalaman BERSIH 3.0: Polis Layan Rakyat Macam Penjenayah



Assalamualaikum.

Aku kumpulkan cerita-cerita daripada pengalaman mereka yang menyertai Perhimpunan BERSIH untuk kali ini. Diceritakan sendiri dari mulut Encik Mangsor.

1. Masjid Jamek


Mereka mula berkumpul dengan aman. Majoriti 50-50, Melayu-Cina.

Tetapi keadaan bertukar huru hara apabila polis atau FRU melepaskan sejenis senjata yang mana apabila terkena badan, ia akan berdarah. 
Saiznya sebesar kacang. Kacang hijau atau kacang tanah, tidak pasti.

Sikap tolong-menolong dan bersatu terserlah
Beberapa kali kedengaran polis mengeluarkan tembakan itu. Semua mereka yang hadir, lari menyelamatkan diri. Namun, apabila berlaku kecederaan, mereka yang berada berdekatan pakat tolong. Encik Rashid berkata, orang cina tolong orang Melayu, tak kira bangsa.

Begitu juga ada satu cerita, seorang wanita India membawa anaknya di dalam kereta sorong di jambatan. Orang sudah menjerit kepadanya kerana polis mula menyembur gas beracun, pemedih mata. Tetapi mungkin kerana tidak dengar dek bising, wanita tersebut meneruskan langkahnya. Apabila gas tersebut mengerumuni wanita dan anaknya, orang mula datang menolong membawa mereka ke tempat yang selamat. mereka basuhkan muka bayi tersebut, risau. 

Langgar


Kereta yang melanggar beberapa orang juga berlaku. Seorang lelaki berbangsa Cina meninggal dunia akibat dirempuh dengan laju oleh sebuah kereta polis. Tapi dalam media arus perdana, tak siarkan pun. Encik Mangsor berada berdekatan dengan tempat kejadian dalam kira-kira 10 meter.


Hishamuddin Tun Hussien sudah kata sehari sebelum BERSIH 3.0, 'saya tak akan bertanggung jawab kalau berlaku apa-apa,' menampakkan beliau merancang sesuatu. 

Didakwa pemandu kereta polis memakai helmet dan berseluar pendek, keluar dari kereta. Masuk ke dalam kumpulan polis dan hilang entah ke mana dibawanya.

Ramai yang mempersoalkan, kenapa pakai helmet dalam kereta?


Hal ini juga berbangkit apabila ada orang dedahkan ada polis yang cuba buat provoksi, bagi nampak BERSIH yang jahat. Didakwa sebanyak 3,000 polis yang berkawal, jumlah yang sama juga dalam perhimpunan BERSIH yang menyamar dan merekalah yang memukul itu ini. Nanti, nama BERSIH juga yang buruk. Taktik ini digunakan di Arabs yang sedang bergolak.


Perihal serangan oleh polis, para pemuda yang berada di situ membaling kayu, batu, apa sahaja yang boleh dibaling kepada polis setelah polis membuat serangan pertama.
Maksudnya polis yang kacau para penyokong BERSIH.


Kronologi


Ok, kronologinya, sebelum Datuk Sri Anwar Ibrahim memberi ucapan, polis melepaskan tembakan dan jatuh di tempat dekat dengan Anwar. Tembakan secara random. Sesiapa sahaja boleh terkena. (ini yang media arus perdana paparkan Anwar bagi mesej suruh Azmin langgar benteng polis, padahal polis membuat tembakan, sebab itu, dalam video itu ada orang jerit, danger, danger..)
Sesiapa yang terkena, memang berdarahlah. Seorang kanak-kanak seumur 12 tahun terkena tembakan. Ramai yang tolong dia.

Kemudian, penyokong marah. Membaling apa-apa sahaja kepada polis. Kemudian, polis tembak pula gas pemedih mata. Gas ini pedih. Masuk kata, sakit mata, sakit tekak. 


Penyelesaiannya, mereka menuju dan masuk ke dalam kolam buatan yang berada berdekatan.

Membasuh muka. Ia reda. Kemudian, ada beberapa orang Cina menawarkan garam untuk menawarkan racun tersebut. Ada yang kulum garam, dan muntah, kembali sihat dari simtom racun tersebut.


Orang cina itu sudah tahu perkara ini, mungkin sudah pernah menyertai BERSIH 2.0. Dia membawa bekal dari rumah. Dia berkata, perkara begini, biasa.

Kali kedua, semburan gas pemedih mata. Mereka lari ke jalan kecil, rumah flat dan hotel. Ada penghuni yang tolong simbahkan air. Ada juga pihak hotel tolong siramkan air. Ada orang Indonesia pun turut sama menyiramkan air kepada penyokong BERSIH di bawah.
Mungkin perkara ini sudah biasa bagi mereka. Bagi aku, terharu. Ada perpaduan di kalangan rakyat dan bukan rakyat di bumi Malaysia.

Seorang polis berkata, "selepas ini, Sogo pula." Si lelaki yang tidak tahu Sogo itu apa, hanya mengangguk. Sogo tu dekat dengan Masjid India la.


Semasa 'perhimpunan rasmi' pukul 2-4 petang, talian telefon disekat. Maka, tiada sebarang panggilan masuk dan panggilan keluar. Dalam kawasan tersebut juga disekat. Korang agak-agak sendiri, kenapa ya?


Peristiwa begini mengingatkan kepada Isreal yang lakukan kepada rakyat Palestine.

Okay, sekarang terpulanglah kepada anda menilainya.
Semoga pendedahan-pendedahan ini memberi anda sedikit gambaran jelas keadaan di sana.

P/s: Ada sesiapa lagi tak nak kasi pendedahan begini? Biar kisah kita memberi kesan kepada orang lain. Hidup biar berjasa, mati dikenang. =)

Wahai Lelaki, Utamakan Ibumu

PERHATIAN KEPADA SESIAPA YANG MERASAKAN DIRINYA LELAKI !!!

Utamakanlah IBU anda terlebih dahulu berbanding ISTERI/AWEK anda..
Kerana walau secantik mana sekalipun isteri anda..



Berleher jinjang..Hidung bak seludang..Rambut ikal mayang..Pipi... bak pauh di layang-layang..^__^..



Isteri anda belum tentu dapat membantu anda ke syurga..



Tapi..Sehodoh mana pun Ibu anda..Berkedut sana sini..Beruban d merata tempat..Hatta tidak sempurna fizikalnya..



Tapii..ITULAH SYURGA ANDA SEBENARNYA !!

Ahad, 29 April 2012

Tips Temuduga: Ceritakan Pasal Diri Anda


Tell me about yourself? Ceritakan pasal diri anda.

Ini adalah perkara pertama yang akan ditanya pada temuduga. Hal ini ditanya untuk berkenalan dengan lebih dekat dengan peminta kerja dan mereka juga ingin memecahkan kebuntuan dan kecemasan anda dengan temuduga. Tujuannya hanyalah untuk mengurangkan rasa kegugupan anda. Selain itu, mereka ingin melihat bagaimana gaya persembahan presentation pasarkan diri anda bukan sekadar tertulis di dalam kertas (sijil yang anda bawa sahaja).

Jadi, kalau dah namanya ‘ceritakan, huraikan,’ kenalah panjang sikit. Aku ceritakan apa yang aku tahu melalui kursus, pengalaman, pembacaan buku, majalah dan pencarian dalam internet berkait tentang topic ini. Aku rumuskan khas untuk korang yang singgah ke sini. Bertuah korang. Hehe~

Tell me about yourself? Ceritakan pasal diri anda. Nak cerita apa? Cerita saja apa-apa pun. Hehe~ Eh, mana boleh. Korang hanya perlu cerita pasal nama, pendidikan tertinggi, jawatan tertinggi, pengalaman kerja dan perwatakan anda. Itu sahaja. Tak payah pun nak masukkan hobi. Tapi kalau korang dah tak tau nak balun apa, sebat je la, hobi, adik beradik korang, asal mana.

Meh aku huraikan satu persatu.

1. Nama.
Sebut nama korang la. Nama penuh sahaja. Jangan pula disebut nama bin bin bin.. Cukup nama penuh korang sahaja dengan satu bin atau binti. Contohnya Siti Aminah binti Ahmad, Amiruddin Bin Ali.

Nama samaran? Tak perlulah. Korang bukannya nak berkenalan memadu asmara dengan si penginterview (intervieweer).

Nama bapa korang ada pangkat Dato’, Datuk, Tan Sri, Datuk Sri, Tun? Tak payah la sebut. Sebut nama, sudah, tak payah nak sebut pangkat. Lainlah kalau korang boleh gunakan pangkat bapa untuk dapatkan kerja tersebut. Macam mengugut pula. Tak pun, mereka tidak selesa kerana berkerjasama dengan anak seteru sendiri mungkin. Selain itu, korang macam nak belagak sahaja sebut pangkat. Belum kerja pun dah sombong, apatah nanti bila dah kerja, bagaimanalah pula perangai korang, kan?

2. Pendidikan tertinggi tu, biarlah dua sahaja.
Contohnya korang ada diploma dan ijazah. Ikutan, adalah seeloknya korang sebut yang paling tinggi terlebih dahulu.
Kiranya ijazah dahulu, barulah diploma. Bukan sekadar sebut ada sijil  diploma sahaja. Sebut juga korang ambik bidang ada apa sijil-sijil itu. Contohnya, diploma Pengurusan Perniagaan pengkhususan Pengurusan Akaun. Ijazah Pengurusan Sumber Manusia-Perhotelan.

Kalau ada diploma sahaja, tak perlulah nak sebut ada PMR, SPM ya. Dah tentulah si penginterview sedia maklum, memang la kalau nak buat diploma mesti ada SPM dan PMR. Lagipun SPM dan PMR tak penting bagi mereka tahu. Yang penting, kelayakan tertinggi.
3. Jawatan tertinggi
Menunjukkan korang seorang yang aktif.
Tak ada jawatan pun tak apa. Cakap sahaja korang aktif dalam persatuan (apa-apalah yang korang anggotai). Contohnya saya aktif dalam Kelab Sukarelawan Peace Malaysia dan Kelab Belia 4B. Memang ada point tambahan untuk korang la kat situ. Tak kan korang tak ada aktif dalam apa-apa persatuan, kan?
4. Pengalaman kerja
Pengalaman kerja ini penting. Ini menunjukkan anda senang untuk diambil kerja. Tetapi, jangan terlalu banyak menulis atau menceritakan tentang pekerjaan dahulu kerana ia akan menggambarkan anda akan mudah berhenti jika berlaku sesuatu yang tidak memuaskan hati anda.
Kaitkan pengalaman kerja anda dengan jawatan yang dimohon. Contohnya korang kerja restoran makanan segera sebelum ini. Kaitkan dengan kepentingannya dengan jawatan yang dipohon dengan sifat tolong menolong, teamwork, melayan karenah pelanggan, semagat melakukan kerja, dan sebagainya yang difikirkan sesuai.
5.  Perwatakan anda
Siapa anda sebenarnya? Nak juga majikan tahu siapakah diri anda yang sebenarnya. Korang kena listkan beberapa potensi positif dalam diri anda yang sesuai dengan jawatan yang dipohon dan apa yang syarikat cari.
Contohnya, anda seorang yang bersemangat, ceria, optimis, berwawasan, cepat belajar dan lain-lain.


Tips lain:
Tak perlu panjang-panjang dan meleret. Just nice je tau. Masa yang sesuai 2-3 minit sahaja.

Berlatih cakap depan cermin. Ada eloknya korang rakam latihan anda. Nanti korang boleh nilaikannya sendiri.

Cakap dengan jelas, dan terang sebut butirannya.

Pandang interviewer dengan pandangan yang menyakinkan yakni kekalkan eye contact. Jangan pandang tempat lain.

Kalau intervieweer ramai, pandang sama rata atau boleh pandang lebih kepada ketua penenuduga.

Jangan sesekali menundukkan kepala.

Bahasa badan perlu juga. Jangan kaku sahaja. Boleh gerak-gerakkan tangan semasa menerangkan sesuatu. Tapi tangan tak boleh melepasi paras bahu anda. Tak boleh buat macam Karam Sigh Walia, itu dah langgar terma penggunaan tangan dengan sopan. Macam nak marah dan salahkan orang sahaja.

Jangan lupa untuk senyum dan bersopan. Ucap terima kasih.


Semoga bermanfaat dan semoga lulus temuduga dan dapat kerja, ya. Aminn..

Membantu tak tips-tips ini? Komenlah sikit.

Sabtu, 28 April 2012

BERSIH 3.0 yang Kecoh Kuala Lumpur 2012


Assalamualaikum.

Apak khabar?

BERSIH 3.0

Apa yang aku faham, mereka ada 8 tuntutan. Antaranya melibatkan membersihkan daftar pengundi hantu yang dibawa masuk untuk pilihan raya kali ke-13 ini.
Beribu-ribu khabarnya yang akan menolong Barisan Nasional menang.

Berhentikan Lynas. Stop Lynas. Lynas ni bahaya. Radiasi. Setakat kilang biasa sudah bagi kesan buruk kepada manusia dan alam sekitar, apatah lagi kilang berbahaya macam tu.

Oh ya, sila baca entri ini dengan fikiran terbuka, ok.

Berita dari Sinar Harian,malam semalam 27 April menyebutkan dataran Merdeka 'meriah' dengan 300 orang penyokong Bersih, padahal ada 3000 orang. Aduh, nampak sangat akhbar tak telus melaporkan.
Pada masa tu, berpuluh-puluh ribu lagi sedang dalam perjalanan menuju Kuala Lumpur.

Aku tengok berita TV1 pula, ada yang duk cakap peniaga rugi. Kalau ikut logik, mana nak rugi sebab kan orang ramai, mesti la untung. Sape suruh tutup?
Apa yang lawaknya, ada pula peniaga tu siap pakai baju warna kuning yang aku yakin bukan baju rasmi kedainya, sebab nampak logo-logo. Dalam kata 'rugi' pun, sokong BERSIH ye? =)

Ramai orang sokong bersih sebenarnya. Kawan-kawan aku majoritinya sokong BERSIH. Kawan-kawan aku bukan setakat pelajar sekolah, pelajar universiti-diploma, ijazah, Master, PHD, pensyarah, pengarah, artis dan macam-macam lagi jawatan menyokong dan mahu turun ke BERSIH.
Alhamdulillah, ramai yang sudah membuka mata. Bukan setakat orang Melayu je, orang Cina pun sama.

Ini rakyat. Rakyat yang faham apa yang sedang dan bakal berlaku. Kerajaan jangan ingat rakyat bodoh. Jangan nak memperbodohkan rakyat la. *terngiang-ngiang lagu Basikal Tua, lirik kat "Aku orang biasa.."


Tak sokong

Mereka tak faham apa sebenarnya yang diperjuangkan oleh golongan BERSIH.

Mereka hanya disogokkan dengan media arus perdana. Tak faham? Boleh klik sini untuk entri pasal media arus perdana, cari entri bertajuk, Karenah Politik dalam ruangan Cari Entri Lama di sebelah kanan.

Kalau korang tak faham, tak perlulah nak cakap bukan-bukan. Ingat, apa yang dicakapkan itu membawa catatan baik atau tidak. Setiap yang tak baik, membawa ke neraka.

Korang tak faham, mereka berjuang untuk korang jugak. Untuk Malaysia yang lebih baik.


  • Korang cakap, kenapa nak join demonstrasi dan tunjuk perasaan, sedangkan ada yang lebih baik daripada ini? Ikut Parlimen ke, Mahkamah ke..

Sebabnya, Parlimen dan Mahkamah sudah tidak terima. Inilah jalan terakhir.


  • Tapi, akan berlaku keganasan..


Aku nak tergelak dengar soalan ini. Look, rakyat Malaysia masih lagi mengamalkan amalan-amalan murni Timur dan kita tak akan jadi ganas macam negara Arab yang kecoh-kecoh. Memang patut, Arab memang degil. Kita lain. Kita lebih lembut. Ya, kita -kaum yang berada di Malaysia.


  • Rugi-rugi, 18 juta rugi akibat demo.

Er, sape suruh tak buka kedai? Rugi la, cuba buka je. Kan dah ramai orang, mesti la ada juga nak shopping alang-alang dah kat KL. Yang tutup tu rugi la. Takutkan barang kena curi dan dirosakkan? I dont think so..


  • Pasal tempat kat Dataran tu?

Hari tu minta buat kat Stadium Merdeka, tak kasi. Tapi tadi Dato' Sri Najib kata "Kita bagi Stadium Negara," Er, apakah! Cakap apa belit-belit ni?

Dataran Merdeka sebagai simbolik.


  • Diorang cakap, kenapa nak sokong Ambiga? 
Opps, Kita bukan sokong Ambiga tapi kita sokong 'Ulama'. Itu puar belit media. - ini Ustaz Azhar Idrus, Ustaz YouTube yang famous cakap. Korang nak lawan orang alim lagi warak bercakap?

 Ustaz Azhar Idrus juga pernah cakap, kalau korang nak layan rempit, muzik, layanlah. Tapi, masa membabitkan agama, kembalilah kepada Ulama.

Kita hidup bukannya lama. Sebab tu A. Samad Said, Sasterawan Negara pun turut sokong. Beliau berkata, dia tak nak mati sia-sia. Biarlah mati dengan jasa dikenang (ini aku yang kata)


Semoga Bersih kali ini membawa perubahan yang baik kepada Malaysia, negara tercinta.

Beberapa keping gambar BERSIH 3.0

Jumaat, 27 April 2012

Mitos Jenayah: Wanita dan Langkah Keselamatan

Jenayah boleh berlaku di mana sahaja. Kita kena berusaha selamatkan diri



Menjaga keselamatan diri adalah tanggung jawab penting. Anda juga bertanggung jawab untuk memberikan perlindungan kepada orang-orang sekitar anda. Oleh itu, anda perlu meningkatkan ilmu pengetahuan diri dalam mengambil langkah keselamatan.

Menurut ASP Lee Siew Kee dari Unit Serangan Seksual, Ibu Pejabat Selangor, menyatakan setiap wanita perlu tahu tentang langkah keselamatan diri. Wanita kini menjalani kehidupan yang aktif. Di samping itu, wanita perlu bijak menggelakkan diri daripada kejadian yang tidak diingini.



Mitos tentang jenayah


Mitos 1: Tiada sesiapa pun yang terselamat

Sebenarnya ia tidak benar. Masih ramai yang orang yang selamat dan menikmati kehidupan seharian mereka tanpa gangguan. Anda perlu berasa selamat. Ia merupakan faktor penting untuk membina keyakinan diri untuk melakukan aktiviti tanpa dihimpit perasaan takut dan bimbang.


Mitos 2: Hanya orang lain yang terlibat dalam jenayah

Kebanyakan kejadian jenayah dilakukan oleh orang yang dikenali. Contohnya, ibu bapa mendera anak,  dan suami pukul isteri. Tidak kurang juga dengan kes sumbang haram melibatkan seperti bapa, datuk, abang dan adik.


Mitos 3: Penjenayah hanya kalangan lelaki sahaja

Tanggapan bahawa lelaki sahaja yang terlibat dalam jenayah tidak benar. Terdapat kes yang melibatkan golongan wanita yang dianggap lemah. Contohnya kes wanita bunuh suami, wanita dera pembantu rumah.

Tok guru aku pesan, kita kena berwaspada dengan tiga ‘ta’. Wanita, tahta dan harta. Dalam kelas, aku juga diajar dan diingati selalu bahawa perempuan dengan sama perempuan pun boleh bergaduh. Perempuan pun boleh buat aniaya kepada orang. 

Perempuan kan lebih mudah dipengaruhi oleh syaitan, macam kes makan buah larangan dalam Syurga. Selepas iblis tak berjaya pujuk Nabi Adam, dipujuknya pula Siti Hawa.
Jadi, berwaspadalah selalu tak kira jantina.


Mitos 4: Hanya wanita muda dan menarik dirogol

Kejadian rogol berlaku tanpa kira umur. Mangsa berusia 75 tahun. Pemakaian juga bukanlah merupakan factor  utama. Ini kerana ada mangsa yang berpakaian lengkap dan sopan tetapi masih menarik perhatian perogol.

Menurut ASP Lee, sebenarnya keselamatan diri bemula daripada anda. Terdapat tiga asas utama untuk keselamatan dirim iaitu pencegahan, penegasan dan pertahanan. Anda perlu tahu bahawa setiap orang berpotensi menjadi  penjenayah dan tiada tanda-tanda seseorang itu merupakan penjenayah.


PENCEGAHAN


1. Perhatikan persekitaran anda walau di mana anda berada
Anda perlu tahu dan kenal apa yang berada di sekeliling anda. Anda perlu tahu dan kenal apa yang ada di sekeliling pintu masuk, pintu keluar, bentuk bangunan, dan orang-orang di situ. Bila dah tahu jalan keluar, senang untuk anda pilih jalan keluar kalau berlaku apa-apa yang tak terduga nanti.

2. Anda perlu tahu kekuatan dan kelemahan anda
Dari situ, anda boleh membuat keputusan untuk menjadi hero atau sebaliknya. Jika anda punya kekuatan fizikal seperti kemahiran seni mempertahankan diri, dan mampu mengatasinya, anda boleh pilih jadi hero. Jika anda kurang yakin, lebih baik angkat kaki.

Pelajari dan kuasailah kemahiran seni mempertahankan diri. Penting tu tatkala ditimpa saat tak terduga. Apa pun, jangan berlagak kalau sudah ada, kerana ALLAH yang menggerakkan langkah kita dengan izin-Nya.

3. Lindungi ruang peribadi
Ruang peribadi anda adalah jarak yang anda berada selesa berada dengan orang yang tidak dikenali. Aku pernah belajar pasal jarak yang sesuai. Kalau pensyarah dengan pelajar, jaraknya kalau tak silap 10 meter.

 Kalau Zety Aziz, Gabenor Negara, beliau ada jarak persendirian yang jauh. Kalau nak jumpa beliau dalam suasana kerja, kena duduk jauh-jauh. 

Kalau jarak romantic, 2cm. Kira rapat la. Ehem-ehem, hanya untuk mereka yang sah suami-isteri ye.

Kalau ada orang masuk ke dalam ruang peribadi anda, anda akan berasa tidak selesa atau terganggu seperti ada orang terlalu hampir dengan anda. Contohnya dalam bas, komuter, pasaraya, dan sebagainya.

4. Apabila berjalan, berjalanlah cepat dan berkeyakinan. Maksudnya, anda tahu tujuan dan destinasi anda. Berjalanlah dengan gaya tegak, peka dengan persekitaran. 



PENEGASAN


1. Gunakan hubungan mata
Apabila berkomunikasi, pandanglah tepat ke anak matanya. Ianya lebih berkesan. Adakalanya pandangan mata sahaja sudah cukup untuk menyatakan hasrat hati anda. Ia juga menunjukkan kesungguhan anda terhadap apa yang dibicarakan. Kiranya, mata melawan gitu. Tajam dan memberi amaran.
Kalau cakap pun mata pandang bawah, selain tak berkeyakinan, penjenayah akan anggap anda takut.

2. Apabila bercakap, gunakan nada yang kuat, tegas dan jelas
Suara yang kuat boleh menyebabkan seseorang itu tersergah. Contohnya, anda mahu menegur seseorang yang begitu hampir dengan beg anda.  Anda boleh cakap begini, “Maafkan saya! Saudara terlalu dekat dengan saya.”

Ada seorang kawan memesan, kalau ada orang mahu merompak, anda jeritlah kuat-kuat memanggil nama-nama lelaki walaupun tak wujud. Contohnya, “Tolong! Perompak! Abang Long, Abang Ngah, Nazri, Zul, Azmi, Akashah, Anif, Nizam, ada orang nak masuk rumah. Bakar, Abu, Kamal, Bubu, Hilmi. Tolong-tolong! Cepat-cepat!” Perompak akan takut bila disergah. Walaupun tak logic, ada ramai lelaki dalam sebuah rumah, tapi taka pa, panggil je.



PERTAHANAN


1. Sewaktu anda keluar rumah, pakailah pakaian yang selesa dan kasut yang senang gerak. Ia memudahkan anda untuk melakukan tindakan dengan tepat, seperti berjalan, berlari dan menendang.

Aku memang selalu amalkan perkara ini. Aku tak suka orang pandang aku lemah. Aku juga tak suka bawa banyak beg. Kalau travel pun (aku selalu travel) seboleh mungkin beg aku hanya tiga. Satu beg pakaian, satu beg benda berharga (handband) dan satu lagi makanan. Itu je. Tak suka banyak-banyak. Beg makanan tu nanti boleh sumbat dalam beg pakaian. Simple. Kalau ikutkan, aku nak je bawa satu beg je. Tapi baju kena bawa juga kan. Beg benda berharga tu agak besar. Aku akan sumbat tuala (buat selimut), sweater dan stoking. Tak ketinggalan, teddy bear. Hihihi~

Aku pernah nampak student aku rasa, berbaju kurung, bawa beg empat buah. Satu beg pakaian. Satu beg laptop. Satu handbag dia. Satu lagi beg plastic 4 segi yang letak pakaian tu. Kemudian, bas dia mengalami kerosakan di tengah jalan. Jadi, diorang tumpang bas aku. Aiyoyo, pening aku tengok budak tu. Nak duduk pun tak selesa. Serabut doe. Kalaulah ada orang ragut dia, macam mana dia nak bawa beg-beg dia? 

Jadi, adik-adik sekalian, tolonglah jangan buat macam tu tau. Kesianlah kepada diri sendiri. Tak salah bawa beg besar daripada beg kecil tapi banyak. Aku faham, tak ramai yang berkemampuan. Aku pun sama juga dulu, beg aku kecil-kecil je. Tapi korang kenalah bijak. Kan ada cara lipat pakaian kasi jimat ruang. Belajarlah dengan kawan-kawan.

2. Utamakan nyawa anda
Jika anda terserempak dengan perompak, campaklah duit atau barang berharga jauh dari anda. Kemudian, lari  kea rah bertentangan. Sebenarnya perompak hanya mahukan duit dan benda berharga dari anda, bukannya diri anda.
Jadi, janganlah perasan je wahai kaum Hawa sekalian. Hahaha~

3. Apabila beg anda diragut, lepaskannya tanpa ragu-ragu.
Cara terbaik membawa beg tangan ialah menyangkutnya di bahu. Apabila berlaku rentapan (diragut), anda tidak mudah tercedera.

4. Letakkan beg anda dalam simpanan tempat duduk bawah seat motosikal.
Biasa sangat dengar berita kena ragut dan cedera sampai masuk hospital sebab letak beg dalam raga motor. Kalau anda berada di belakang, boleh juga letak beg di tengah- tengah, kemudian lindungi, jangan sampai sesiapa perasankan ada handbag kat situ. Ini adalah yang diberitahu polis kepada Kak Cik, pekerja tempat aku praktikum. Dia kena ragut masa atas motor bersama suaminya. Dia galas beg masa tu. Orang ragut kat trafik light.



Kesimpulan


-Jangan biarkan diri anda dan keluarga diselubungi misteri eh, ketakutanlah.

-Jangan undang penjenayah. Jangan terlalu menunjukkan diri anda kaya dengan pakai barang kemas setengah kilo. Pakai barangan berjenama sahaja dan gajet berteknologi terkini tanpa korang tahu cara nak jaga daripada peragut dan orang yang tangan panjang.

-Cara nak selamatkan harta berharga bermula dari diri anda. Tak salah belajar seni mempertahankan diri, selain dapat pupuk disiplin, kenal ramai orang, ia juga dapat selamatkan diri anda dari jadi mangsa jenayah. 

Sumber dari Majalah Wanita dan diubahsuai.

Apa pendapat anda?

Khamis, 26 April 2012

Hal Terindah Dari Wanita


Assalamualaikum.

Hal terindah dari WANITA adalah:Bukan saat ia tersenyum bahagia, tetapi saat air matanya jatuh dalam DOA. Bukan kerana kata2nya yang indah tapi saat bibirnya basah kerana ZIKRULLAH.Bukan kerana kecantikan yang mempesona tapi kerana SUJUDnya pada ALLAH.Bukan kerana keelokan tubuhnya tapi kerana keteguhannya dalam menjaga AURAT."

Jom jadi wanita SOLEHAH!Fokus utama untuk jadi SOLEHAH.Haluskan hati dengan CINTA ALLAH dan RASUL.Tumpu dan hanya kisahkan DIA dan KEKASIHNYA sahaja.

Semoga anda dapat sesuatu =)


Blogger Datang Sembah Balik, WTHelicopter



Blogger datang sembah. What should i say? Ini adalah sebuah kisah yang benar dan rekaan juga supaya suspek tidak merasakan aku sedang bercakap mengenai dirinya. Hahaha~

Terus terang, aku cakap, aku tak punya sesiapa dalam dunia blogging ni. Maksudnya, masa mula-mula aku nak kenal benar-benar apa itu blog dan blogging. Tak ada sesiapa. Aku belajar dan explore sendiri. Agak susahlah sebab tutorial pun tak ada.

Ada juga beberapa rakan-rakanku terlibat dalam dunia blog ni. Tapi, masa aku minta tolong ajarkan blog, langsung tak dipandang, ok. Ye la, aku kan masih merangkak dan tak tahu apa sangat dalam blogging ni. Follower ada pun sorang, aku sendiri (haha) sedangkan mereka sudah ada beratus-ratus follower. Tambahan pula, mereka cemburu jika aku berjaya bergelar blogger berbanding dirinya. Aish, apa la manusia ni!

Masa aku sudah kenal sikit-sikit cara nak post entri, nak daftar Nuffnang, aku ajak adik-adik yang menjadi peneman setiaku untuk turut membuat blog. Hasilnya ada juga yang aktif dalam blog macam Anis. Alhamdu lillah.

Aku tak kedekut ilmu. Apa-apa yang aku tahu, aku kongsikan dengan dia. Dia untung sebab ada aku yang real, depan mata, boleh tunjuk ajar dia depan-depan. Tak payah nak susah-susah explore dan try and error macam aku.
Ok la, hidup pun enjoy.

Tapi, sekarang ni, orang yang pernah aku minta tolong ajar berblog dahulu datang menyembahku. Well, sekarang kan aku ada hampir 3K follower walaupun aku tak suka nak follow-mollow sangat.

Sape nak follow, follow la. Kalau mood aku sangat cantik, aku terjah sorang-sorang dan follow balik. Tapi, tak selalu nak dapat macam tu. Sebabnya? Mood Ok, line pula KO. Line Ok, mood ok, bizi pula. Sape yang aku follow balik tu, bertuahlah ye =) Hahaha, masuk lift angkat sendiri ni. :P


Cari balik

Dia datang balik cari aku. Atas tiket apa? Sahabat? Kawan? Sahabat kah kalau aku minta ajarkan bagaimana letak nuffnang pun berkira? Kawankah jika blog aku dia tak pernah jejak?

Aku bukannya nak bangga diri. Tapi aku dah berjaya ajar kira-kira 10 orang untuk buat blog. Bukan setakat ajar create blog je tapi aku bagitau apa setting yang perlu, apa yang perlu disable. Kiranya aku ajar sampai blog diorang fit dan tunggu untuk masukkan bahan entri sahaja. Kalau sesiapa nak belajar pun boleh jugak.

Aku ada juga ajar apa-apa yang kawan-kawan blogger tanya kat facebook. Nak add aku boleh je. Noor Hapisah, pic basikal. Mesej dulu bagitau korang dari blog aku. Kalau tak, aku malas nak approve. Kalau mood aku cantik sangat je aku approve semua. Bukan apa aku malas nak approve, kebanyakan mereka yang aku tak kenal ni, diorang punya status entah apa-apa, buat sakit mata je membaca.

Berbalik kepada orang yang aku pernah minta tolong tu, kalau ikutkan aku yang bengkek dengan dia, mahu sahaja aku smash dia balik. Tapi, aku tak macam tu. Orang datang cari kita, kita kenalah layan elok-elok dan tunjukkan contoh yang baik. Semoga dia malu sendiri sebab dah buat salah. Itu adalah seribu kali baik untuk buat dia malu dan segan sendiri! Biarlah kita nampak baik sahaja di matanya.


Kesimpulan

Pesanan untuk korang, jangan sesekali berlagak dengan apa yang kita ada kerana bukan semuanya hak kita. Semuanya hak ALLAH.

Janganlah lupakan kawan kerana kawan tak pernah lupakan awak (ambil pengajaran dari pelanduk selalu melupakan jerat, tetapi jerat tak pernah lupakan pelanduk).

Ilmu perlu dikongsi, bukannya disimpan peram seorang diri. Semakin kongsi ilmu, semakin bertambah.

Sekian.


Komenlah sikit..

Rabu, 25 April 2012

Tujuan Berkahwin, Kerana Apa

Kahwin dan perangkap

Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEKS, maka pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan.

Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bankrap.

Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka kerepot atau badan jadi gendut.

Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak.

Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.

Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, tanpa kita sedar cinta itu hilang di hati.

Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI.

HIDUP kepada makhlukNYA . Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya . Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH.

Jangan Mencintai Seseorang Setinggi Langit Kerana Langit Boleh Runtuh.. Jangan Mencintai Seseorang Sedalam Lautan Kerana Lautan Boleh Surut..

Jangan Mencintai Seseorang Sebesar Dunia Kerana Dunia Boleh Hancur.

Cukuplah Mencintai Seseorang Sehujung Kuku, Walau Kecil, Walau Selalu Dipotong, Ia Akan Selalu Tumbuh.

>>Terima kasih Semanis Kurma.

# dan berbahagialah mereka yang berkahwin kerana ALLAH. ALLAH.. ♥

Sumber https://www.facebook.com/profile.php?id=100000528800300

Lelaki, Mengalah Tak Salah, OK

Assalamualaikum.


Aku nak kasi pesanan kepada lelaki yang mana pasangannya kuat merajuk. Lelaki kadang-kala tak tahu apa yang perempuan nak. Kan ada orang kata, Mens are form Mars, Women are Venus. Nampak sangat berbezanya.

Gentleman, kalau girls korang kuat merajuk, janganlah dicari topik apa-apa (terutamanya topik kegemaran kaum lelaki) untuk berbalah dan korang nak menang. See, nampak sangat niat 'jahat' korang untuk menang. Tak salah biarkan si dia menang sekali sekala. Korang juga yang akan gembira bila si dia ceria.

Tapi, kalau korang bertegas untuk menang, si dia pula merajuk, korang juga yang akan jadi tak tentu hala nanti. Tak salah dan tak kurang apa pun kalau korang bersabar dan mengalah demi si dia yang tercinta.

Ladies, jangan nak merajuk tak tentu pasal. Puk kang.



*topik kegemaran kaum lelaki - politik, ekonomi, sukan, berita
topik kegemaran kaum perempuan - artis, resipi, kecantikan, gubahan


Kesimpulan

Biar pun lelaki dan perempuan, berbeza namun, kita dapat juga hidup bersama.

Jadilah lelaki yang menjadi dambaan wanita, yang memahami hati dan perasaan wanita.

***macam SW, pandai dia ambil hati dan tahu nak memujuk bila merajuk.

Untuk lebih tips pasal relationship, klik sini: Tips Cinta

Ahad, 22 April 2012

Fakta Perubatan: Kenapa Perempuan Diwajibkan Bertudung



FAKTA KENAPA PEREMPUAN KENA PAKAI TUDUNG DARI SEGI MEDIC

 

Tengkorak (human skull) manusia antara lelaki dan perempuan ada 10 perbezaan (setakat yang dikaji), dan antara perbezaan yang paling ketara adalah pada MASTOID PROCESS.

Apa itu MASTOID PROCESS? Mastoid process ni adalah struktur tulang yang menonjol keluar sedikit di bahagian belakang telinga (cuba rasa, 0.5-1 cm dari belakang telinga) dan untuk lelaki dan perempuan, ianya sangat beza saiznya.. Untuk lelaki saiznya besar dan mudah untuk dirasa dan untuk perempuan saiznya kecil saja.

Prof kata, Allah swt ini sangat sayangkan hambanya, kerana itulah disyariatkan pemakaian tudung kerana, dalam mastoid process ini ada sekurang-kurang 4 saraf yang penting antara ialah FACIAL nerve (C7). Dan apa pula fungsi facial nerve ni? Facial nerve ini berfungsi untuk muscle-muscle yang berada di muka kita, senyuman kita, gelak tawa kita dan riak muka kita semuanya

Kerana saiznya mastoid process ini kecil berbanding lelaki, pabila sejuk, nerve ini akan MUDAH MENGECUT dan akan membuatkan fungsinya tidak begitu effective dan untuk jangka masa yang panjang, ianya akan memberi kesan kepada TONA MUKA. Kerana itulah pemakaian tudung itu kepada wanita kerana untuk melindungi wanita, untuk diri wanita itu sendiri, untuk kecantikan dia juga. Kerana itulah siapa-siapa yang menjaga auratnya, tudungnya, wanita itu tampak lebih awet muda dan berseri-seri. Senyuman lebih manis, lebih menarik , lagi indah, lebih menawan..

ALHAMDULILLAH, ALLAH MEMANG TAHU APA YANG TERBAIK BUAT HAMBANYA



Sumber

Nak Cari Calon Pasangan



Assalamualaikum.

Sepupu sebayaku selalu didatangi rombongan merisik. Aku? Jarang-jarang sebab aku yang tegah mereka. Ye la, aku dah tak berkenan kot. Tak nak lah aku terima orang yang memang aku tak boleh nak 'masuk'.
Apa yang aku pentingkan, ialah agamanya. Kalau nak jawab rukun Islam pun tak lepas, solat entah ke mana, macam mana nak bimbing aku ke syurga? Orang kata, kalau sama-sama tak ada ilmu agama, kena belajar.
Tapi aku tengok beberapa pasangan, lagi teruk perangai lepas kahwin. Sebelum kahwin, solat. Lepas kahwin, entah ke mana solatnya..

Kadang-kala terfikir juga, bila kita (orang perempuan) tak ada pendidikan, diorang (orang lelaki) nak cari perempuan yang ada pelajaran.
Tapi, bila kita dah ada pelajaran, diorang nak pula cari yang biasa-biasa sahaja. Argghh! Tension.

Tengok orang lain yang tak berpelajaran pun hidup bahagia di samping suami dan anak-anak.
Bila tanya kita, kenapa lambat kahwin?
Aku belajar la doe. Aku ada sijil-sijil. Ko ada ke? Ko kahwin awal, kan? Tak belajar pun. SPM pun tak ada. Memang patutlah ko kahwin awal.
Aku? Aku ada sijil itu ini, penuh fail. Ko ada?

Jadi, janganlah nak banding-banding aku dengan ko. Apa ko ingat ko ada famili tu dah syurga bagi ko?
Bukan nak berlagak tapi kalau dah belajar, memanglah tak leh kahwin awal. Macam la mak ayah aku kasi aku kahwin masa belajar dulu. Jangan harap la. Selesaikan satu persatu dulu. Korang mak bapa korang yang sporting tu, ok la..

Ah, aku tension. Aku nak kahwin jugak!!!
Tapi, tak boleh tension-tension. Kang muka berkedut, tak cantik, tak de sape pula yang nak.


Kak aku pesan, sesiapa yang nak datang, biarkan. Mana tau kalau-kalau berkenan.. Argh, mana mungkin kak. Mana la tau, nak berkenan pula? Adei. Tapi, aku mula dengar nasihat kakakku itu.
Ye la, mana la tau, kalau-kalau menjadi. So, dia nak datang hujung bulan ni. Erm, tak tau la kalau-kalau dia tukar plan pula.

Apa komen korang?

Terima kasih sudi baca.

6 Alasan Orang Sibuk Tanya Bila Nak Kahwin





Assalamualaikum.

Mesti korang juga nak tahu kan..
Kenapa orang sibuk-sibuk tanya pasal bila nak kahwin?

1. Nak makan nasi minyak
Ya, nak juga tahu bilakah boleh makan nasi minyak, kan.

2. Nak tahu korang ni normal ke tak
Maksudnya korang ni straight ke bengkang bengkok. Hahaha, memang perkara ini pun ada dalam pemikiran sesetengah orang. Ye la, dah belum kahwin lagi kan.

3. Jangan lupakan aku
Mana la tau dapat kahwin Dato' ke, Tan Sri ke.. Jadi, diorang tanya-tanya tu sebab nak diingati. Jangan lupa panggil aku, tau.

4. Perancangan
Kalau sudah berpunya, bilakah nak dilangsungkan.. Nak juga jadi 'radio buruk' sekali sekala, kan? Nak jadi Mami Jarum la katakan. Hehe~

5. Nak tolong carikan
Kalau tak ada sesiapa atau telah dicop oleh sesiapa, mereka mahu tolong carikan. Jadi match maker la kata orang putih.
Best juga tu nanti ada juga orang ingat jasa.

6. Bahagia atau sengsara
Ada juga orang yang mendoakan kebahagiaan kita, tak kurang juga yang impi tengok kita derita. Aish, macam-macam lah orang ni kan.

Jadi, dia tanya tu sebab nak tahu lah atau dalam kata lain, nak mengejek. hei ko tak kahwin lagi. Aku dah beranak pinak dah. Tak laku la ko.
Eee, memang sakit hati, kan?

Apa-apa pun, kita kena teruskan berusaha untuk mencari calon yang sesuai.
Semoga jumpa pasangannya.

Semoga korang faham. Hahaha~

Sabtu, 21 April 2012

Alasan Tak Ada No 4 dalam Lift

Assalamualaikum.

Korang perasan tak dalam lift tak ada no 4, 14, 24?

Aku kurang perasan. Al-maklumlah tak ada lift kat rumah. Hehe~

Apa yang aku tahu, kat dalam lift kadang-kala tak ada no empat terutamanya di negara ada orang Cina.
Kenapa? Kerana:

4 means die, 
14 means sure die, 
24, easily die in chinese.

4 maksud mati
14 maksud pasti mati
24 senang mati.

Uii, patut la orang Cina tak suka no empat. Choi katanya. Tarak ong..Hehe~

Jadi, kita hidup bermasyarakat harmoni ni perlu saling memahami. =)

Aku Offline Sebenarnya.

Assalamualaikum.

Aku tak on line lama ni. Aku lebih banyak guna handphone sahaja.

jadi blog korang kena la mesra handphone k. Sila lihat setting ye.
Blog aku memang mesra hp, ipad pun. Sila cek, k.

Terima kasih sokong aku.

Jumaat, 20 April 2012

Sahabat itu Ibarat Bintang Yang Jauh


Sahabat itu ibarat bintang walau jauh ia tetap bercahaya



Aku rindukan sahabat-sahabatku.. 

Korang ada sahabat tak?

Tips Elak Jadi Mangsa Pukau

Assalamualaikum.

Aku nak kongsikan sedikit apa yang aku jumpa dan tahu.

Bagi mengelakkan pukau terjadi, beberapa tips boleh dilakukan mengikut kepercayaan masing-masing.
Bagi yang beragama Islam, disarankan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran supaya kita terpelihara daripada perbuatan yang didalangi syaitan ini.

Banyakkan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.

Hindari daripada berbual dengan orang yang mencurigakan seperti penjual (salesman) yang datang ke rumah tu. Kan banyak kes pasal kena pukau di rumah terutamanya bila berseorangan.

Elakkan merenung mata orang yang tidak dikenali. Sebaiknya, kurangkan eye contact kalau rasa orang itu mencurigakan.

Elakkan berjalan seorang diri di tempat sunyi mahupun di tempat awam. Pukau boleh berlaku di mana-mana sahaja, tak kira jantina mahupun tempat.
Aku selalu je jalan sorang-sorang ni. Kena lebih berwaspada. Satu lagi kena jaga beg dari kena ragut.

Jenis-jenis pukau yang biasa digunakan:
Asap rokok
Renungan
Minyak wangi
Sentuhan
Melihat sesuatu azimat seperti cincin, besi dan lain-lain.
Ayat-ayat tertentu dan sebagainya. Ada yang suruh kita baca ayat tu, ikut dia.


Jadi, apa yang penting berselawat, berzikir kalau dah nak kena pukau. Moga-moga dengan ingatan kita kepada ALLAH, kita dibantu-Nya.

Ada juga menjadikan surah Yassin sebagai jalan penyelamat. Boleh sahaja kalau korang dapat hafal surah tersebut.

Semoga bermanfaat.

Terima kasih sudi baca ye.


Khamis, 19 April 2012

11 Tips Laman Web/Blog yang Baik

Laman web boleh juga disamakan dengan blog tetapi blog lebih mudah diuruskan.
Aku ada belajar mengenai ciri-ciri yang baik tentang sesebuah laman web dan blog. Inilah dia 11 tips laman web/blog yang baik

1. Navigasi
Menu mudah dilihat dan dicapai.
Pilih warna yang sesuai supaya mudah pembaca cari atau terus ternampak.
Selain itu, navigasi perlulah teratur, tak kiralah di atas, kiri, kanan mahupun bawah.

2. Grafik
kena optimisekan supaya cepat load.
Kalau blog, template dan headernya biarlah ringan dan mudah dimuat (loading laju).
Reka bentuk grafik yang menarik dapat mencuri hati pembaca.

3. Logo atau nama
Pastikan jelas kerana ia melambangkan identiti.
Kalau blog, header dan URL blog adalah sangat penting. Buat URL blog yang senang ingat. Contohnya inibelogsaya.blogspot <- ini blog Hanis Zulaikha yang lama. Kini dia beralih ke .com.

4. Font
Pilih font yang standard sahaja sepertia 'Times New Roman, Arial, Verdana', dan lain-lain.
Jika pilih font yang tak standard, kalau pembaca tiada font tersebut di komputer atau handphone mereka, ia akan jadi error, tak boleh nak baca.
Tak perlu pening kepala nak pilih pakai font apa.Guna yang biasa-biasa sudah. Semua orang suka.

5.Resolution
800x600 pixel atau lebih tinggi? Untuk lebih selamat, gunakan 800x600 untuk lebih selamat.
Tapi ada juga standard resolution 1024x768.
Apa yang aku faham, kalau buat blog tu, tulisan jangan besar sangat. Gunakan 14' untuk tajuk dan 11' untuk isi pun sudah cukup.
Kalau tak jenuh nak hendap besarkan mata nak baca atau terkejut, tulisan besar sangat. Aku pernah jumpa. Rimas.

6. Contact
Sekarang ini media sosial sudah banyak. Letak sahaja bagde facebook, twitter, spring dan macam-macam lain. Paling kurang pun, email mahupun no telefon tak kira no telefon premis atau telefon bimbit.

7. Load
Pastikan laodnya tidak berat. Boleh timbang berat blog dan laman web seperti di web i tool.
Kalau boleh, pastikan satu laman tidak melebihi 100kb.

8. Look and feel
Pastikan keseluruhan page yang ada adalah sama atau hampir sama dengan home supaya pembaca tidak rasa sudah tersesat ke laman lain.
Kalau blog, rasanya tak ada masalah.

9. Objektif
Perkara ini memang sangat penting. Perkara ni aku belajar lama tau, kalau tak silap aku, beberapa sesi kelas 3 jam semata-mata nak tentukan objektif laman web.
Setkan laman web korang tu nak buat apa kerana ia akan mempengaruhi asoek reka bentuk -warna, audiens sasaran, teknologi dan sebagainya.
Isi kandungan juga perlu mempengaruhi objektif. Jangan lari daripada objektif.

10. Isi kandungan
Content is the king.
Isi kandungan perlulah menarik dan mempunyai info yang dicari pengunjung.

11. Mesra pengguna
Pengguna akan suka kalau bila klik ia akan dibawa ke apa yang diklik tanpa menutup tapak asal.
Selain itu, boleh mengumpayakan teknologi yang mesra teknologi yang lain seperti mobile phone, ipad. Sekarang dunia sudah canggih, guna teknologi mobil dan di hujung jari sahaja.
Tak perlu lagi bawa lappy, hanya bawa handphone sahaja.


Sumber dan diubahsuai.

Topik yang hampir sama juga boleh diakses di Tips Blog.

Semoga ianya bermanfaat.

Terima kasih sudi baca. Sila berkunjung lagi.

Rabu, 18 April 2012

Siapa Ada Ilmu, Jangan Bangga Diri


JANGAN BANGGA DIRI:

Diriwayatkan bahawa Ibnu Abbas r.a. suatu hari pernah berkata,
"Aku termasuk orang yang dalam ilmunya."
Dan di lain waktu ia juga berkata,
"Bertanyalah kepadaku sebelum kalian kehilangan aku."

Maka, ketika ia pulang ke rumahnya, Allah mengutus seorang malaikat yang menjelma sebagai manusia. Malaikat itu mengetuk pintu rumahnya, dan Ibnu Abbas r.a. pun keluar untuk membukakan pintu bagi tamunya itu.

Malaikat lalu bertanya kepadanya,
"Hai Ibnu Abbas, apa pendapatmu mengenai semut yang kecil bentuknya, di mana letak nyawanya ? Apakah di bahagian depan atau bahagian belakangnya ?

Ibnu Abbas r.a tidak mampu menjawab, lalu ia segera masuk ke dalam rumahnya dan mengunci pintu. Kemudian ia berjanji pada dirinya bahawa ia tidak akan lagi mendakwa diri memiliki ilmu selamanya.

Allah Ta'ala berfirman, maksudnya,
"Dan di atas tiap-tiap orang yang berpengetahuan itu ada lagi Yang Maha Mengetahui."
(Surah Yusuf, ayat 76).

Isnin, 16 April 2012

Orang Umno Liat Solat, Orang Pas Ahli Masjid

Assalamualaikum.

Aku nak cerita sikit. Er, kalau cerita sikit bukan cerita tapi nak cuit sedikit pasal politik. Aku tak masuk mana-mana belah parti politik. Jadi, harap sangat sesiapa yang membaca di sini dapat berfikiran dengan terbuka dan waras.

Sepanjang umurku 27 tahun ini, aku ada beberapa orang kenalan yang memang aktif dalam bidang politik. Kalau sebut orang Melayu Malaysia ni, sudah pastilah dua buah parti yang paling menyerlah iaitu UMNO dan PAS. Kawan-kawan aku pun memang berada di dalam kedua-dua parti ini.

Secara umumnya, persamaan kedua-dua parti ini adalah kepunyaan orang Melayu yang beragama Islam. Jadi mereka memegang wadah perjuangan Melayu dan Islam.

Apa yang membezakan mereka ialah bagaimana ketaatan kepada Tuhan. Itu isu yang aku nak jentik sikit. Hehe~

Berdasarkan pengalaman sendiri, kawan-kawan aku yang aktif jadi wakil UMNO ni, solat pun entah ke mana. Tapi kawan-kawan yang ahli PAS, alhamdu lillah, dialah ahli masjid. =)

Jadi, kita sama-sama Melayu. Kita sama-sama Islam. Jadi kenapa perlu kalau je ahli UMNO, nak solat pun susah? Solat dan masjid bukan hak orang PAS, okay. Kita kan sama-sama beragama (mengamalkan agama), tak kan sekadar pakai baju Melayu dan bersongkok sahaja di perhimpunan UMNO?


Aku bukan kata orang UMNO tak solat. Aku bawakan isu kenapa ada beza tahap 'iman' orang UMNO dan orang PAS sedangkan mereka juga Melayu Islam?

Ada sesiapa nak cuba jawab tak?


*Agama Islam itu syumul (lengkap sempurna), semuanya ada. Politik pun ada. Jangan kata politik dan agama (Islam) itu berbeza, k. Kalau tak, boleh dikatakan.. er, aku terlupa apakah hukumnya. Korang google je la.

** Ingatlah bahawa dunia hanyalah sebentar. Akhirat tu abadi. Sengsara kat dunia tak apa asalkan akhirat terjamin masuk syurga.

***Jangan saman saya, saya orang susah.

Ahad, 15 April 2012

Selamat Berbahagia, AA

Assalamualaikum.

Aku balik kampung. Ada call masuk ke handphone ayah, aku yang terdengar deringan membawakan handphone kepada orang tuaku itu. Nama dia tertera. Aku malas nak angkat. Ye la, antara kami sudah tiada apa-apa.

Aku yang kebetulan panas terpaksa duduk berdekatan ayah (ada kipas), tambahan pula di kaca televisyen menanyangkan program yang aku mesti ambil tahu. Penting. Bukan niat aku nak curi dengar.

Tapi, aku tersentak apabila ayah bertanyakan, "dah belikan cincin? Orang mana?"
Patut la aku rasakan itu yang dia nak kasi tahu kepadaku beberapa waktu dahulu. Aku dapat rasa apa yang kau nak bagitau. (Kenapa ada telepathy antara kita?)

Kenapa kau nak bagitahu aku? Nak sakitkan hatiku ke?

Kenapa aku dengar kau minta maaf pada ayah, sedangkan kau sakiti aku? Kenapa kau tak minta maaf padaku? Ye, aku tak berharga pada kau. Kau benci aku.. =(

Ingin juga aku mesej kau untuk ucapkan kata-kata indah untuk kehidupan kau yang akan datang tetapi aku bimbang kau marah dan maki-maki aku lagi. Jadi, aku pendamkan sahaja niat baikku itu.

Persoalannya, kenapa kau kejam sangat kepadaku? Apa salah aku? *Sedih..

Kalau kau kata kau terluka, aku seribu kali lebih terluka. Malam-malam aku tak tidur. Kalau masuk tidur pun, aku bukannya dapat tidur tapi aku menangis berjam-jam, terkilan dengan sikap kau. Selepas subuh baru aku dapat tidur. Nanar.

Tapi, apa yang aku dapat? Kau maki aku ada la. Ya, aku tahu, aku tak layak untuk kau.

Kali kedua berhubungan, aku gembira sangat sebab kau dah berubah, tiada kata-kata kesat lagi. Malam tu, aku trauma balik. Aku takut dengan apa yang berlaku dahulu bakal terjadi lagi. Aku bimbang kau lukai aku. Tapi aku teruskan juga apabila semuanya nampak normal. Tak ku sangka kau tunjukkan belang kau. Kau berdendam dengan aku, sedangkan sepatutnya aku yang berdendam dengan kau.


Untuk kamu yang pernah, er pernah apa ya? Oh, mungkin kita pernah rapat. Tapi kau mengecewakan aku.

Untuk kamu yang aku pernah rapat, semoga kali ini hubungan kau dengan si dia kekal hingga ke jinjang pelamin ye. Aku doakan kau bahagia..

*Pelamin anganku musnah. Hahaha~

** Kalau pun kita tiada jodoh, tak bolehkah kau bercakap elok-elok dengan aku? Aku yang lebih terkilan, bukannya kau.

*** Uwaa, nak kahwin juga..

Sabtu, 14 April 2012

Orang Sayang Bila Kita Berbudi Bahasa

Assalamualaikum.

Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.

Aku ni pemalu dan pendiam orangnya. Tapi sekarang ni, aku dah makin banyak bercakap dan orang kata aku bukanlah seorang yang pemalu.

Ok, dah aku seorang yang pemalu dan pendiam, jadi, aku tak banyak cakap. Orang anggap aku tak berapa hormati orang dalam maksudnya lain, kurang adabnya. Contohnya, nak berlalu ke tempat lain, kena minta izin.

Bebaru ni, aku beradab sopan dengan orang. Apa yang bestnya, orang dua kali ganda beradab, hormati, sanjungi dan sayangi aku.

Apa yang aku belajar, orang yang sopan ni, orang lihat dia ada kelas yang tersendiri. Sebab tu orang pun beradab jugak. Kalau tak orang tu tak beradab balik, dia akan malu sendiri tanpa ada sesiapa pun bagitahu mahupun marah.

See, aura adab ni kuat juga kan..


Jadi, marilah kita beradab sopan.

Budi mulia budaya kita.


Terima kasih sudi baca.


Untuk SW, terima kasih. Awak banyak ajar saya tentang kehidupan.

Jumaat, 13 April 2012

Pengalaman Interview: Soalan Human Resouce

Assalamualaikum..


Aku nak cerita pengalamanku bertemu duga, interview. Human resource executive. Actually, aku memang tak tau apa-apa bila diaju soalan tentang human resource atau dalam bahasa Melayunya, Sumber Manusia.

Aku memang tak pernah belajar bab ni even tough aku belajar kat universiti pengurusan. Oh ya, dah nama universiti pengurusan, bukannya universiti sumber manusia. Kalau bab pengurusan, aku belajar la.

Aku tahu pasal human resource ni pun sebab terdengar budak-budak persatuan aku borak masa ada waktu rest dan sedikit info aku terbaca masa tengok job spefikasi untuk human resource, itu pun dah lama, tahun 2009 kalau tak silap.

Nak dijadikan cerita, aku menyertai job fair bebaru ni. Jawatan yang ada untuk ijazah cuma human resource exec. So, nak buat macam mana lagi, terpaksa la minta. Dalam kepala aku, jawab je apa yang diorang nak tanya nanti. Untuk pengetahuan, diorang adakan sesi interview juga kat sana. Aku redha je la.



Interview Pertama

Mula-mula aku kena interview dengan HR Marketing, ala syarikat yang mengeluarkan susu kambing untuk kegunaan kecantikan tu. Sekali tengok la, kenal rupanya. Kak Yana, isteri dua pupuku yang duk kat kampung. Ada sorang lagi kakak tu.

Mula-mula, diorang tanya pasal 'ceritakan diri anda.' Hah, aku betul-betul tak sangka nak dapat soalan tu. Aku tak prepare apa pun. Otak aku blank pada masa tu. Aku cuma cakap namaku. Then aku tanya balik, apa lagi nak cakap. Sumpah, aku blank giler. Aduh, malu.

Aku hanya mampu cakap pasal nama aku je. Takkan nak cerita pasal adik beradik kot, itu tak sesuai. Ingat, pasal peribadi tak perlu dimasukkan dalam interview. Tak penting pun nak tau kan.

Masa namaku dipanggil, aku tengah main game kot. Sebab dah bosan, lama sangat nak tunggu nama dipanggil tu.

Kemudian, dia tanya pasal 'apa yang anda tahu pasal tugas HR?' Alamak, apa punya soalan ni? aku memang tak tahu pun nak jawab. Aku jawab je la, HR ni apa yang aku tahu.

Kemudian, dia tanya berapa expectation gaji aku nak. Aku jawab seribu. Dia tulis seribu ke bawah. Alamak, sikitnya.

Dia tanya, kalau ditawarkan jawatan lain, terima tak? Memang la aku terima doe. Dia kata tunggu panggilan untuk temu duga kedua. Aku tengok muka kedua-dua mereka tu lain je. Aku tahu aku dah hampakan mereka.

Sumpah wei, aku tak tau nak jawab bab tu. Huhu~

Aku nak bela diri jugak, aku datang je job fair ni, nak tengok apa jawatan yang boleh aku mohon. Aku memang tak dapat apa-apa maklumat pun pasal ni, jawatan apa. Nothing, k. So, masa kat sana baru la baca-baca tawaran kerja yang ada. Then, minta je apa yang sesuai dengan kelayakan.

So, tak kan la tetiba aku nak buat research pasal jawatan-jawatan kan? Lagipun aku tak on line dua hari sebelum balik. Oh ya, aku dari Melaka, balik ke Kedah. 12 jam perjalanan. Dalam bas tak boleh tidur sebab duk berhinggut je. Sampai rumah malam. Balik rumah, kemas rumah dulu. Kemas kini sijil dan resume. Pukul 3pagi baru tidur, pukul 7 bangun. Bersiap-siap untuk ke job fair.


Interview Kedua

Masa interview kedua aku dipanggil, aku duk main mesej. Sampai kat depan kaunter, diorang duk bagi borang orang lain pula. Adei, lama juga kat situ.

Aku sampai depan meja dan tengok intervieweer tu khusyuk duk belek dua borang atau resume. Aku kasi salam dan senyum dengan sopan. Aku kasi borang yang kena isi kat dia. Dia ambik. Suruh aku duduk. Terlupa pula nak ucap thank you.

Macam tadi, dia tanya pasal ceritakan pasal diri anda. Tapi dia speaking english selepas belek aku punya borang. Jadi, soalannya, tell me about your self.

Kali ini, aku lebih bersedia. Aku ceritakan pasal diri aku, apa kelulusan aku, aku aktif dalam martial art. Dan blog. Blog tu aku teringat masa time tu. Hentam je la, tak kan nak cakap aktif dalam martial art je, itu namanya tak berapa nak aktif. Haha~

Ayat aku lebih kurang macam ni; "I am active in martial art -silat and blogging." Si intervieweer, terkejut dengan istilah 'blogging,' dia tak faham. Aku terangkan, blog, internet.

'I am cheerful person and friendly'. Wah, cheerful person tu. Haha~ Ok apa, aku kan ceria jugak.

Dia tanya apa yang aku tahu pasal HR. Aku cakap je la. Tapi dia cakap salah. Hah, salah? Gila kau, dah la aku tak tau, boleh pula dia cakap salah. Adei..

Tapi dia minta lagi aku terangkan pasal HR. Aku cerita je la apa yang aku tahu. Bila dah sudah cerita, dia tanya, then. Bila aku berhenti, dia tanya then.

Aduh.. Aku jawab je la. Kalau nak tahu, pada waktu ni kepala aku dah lalok. Aku tak cukup rehat. Nak pula kena bina ayat dalam Inglish, memang lambat la nak pick up. Tapi aku cuba jugak. Susah doe. Sila bayangkan ye pembaca sekalian.

Dia tanya, aku tahu tak pasal caruman KWSP, Socso, ELF, Perkeso? Aku jawab, ya. Aku tahu. Dia tanya berapakah carumannya? Aku jawab 13%. Dia kata salah. Kalau salah, aku jawab lagi 5%. Dia kata kalau 5%, majikan kena masuk jel. Er, mana aku tahu sebenarnya. Hehe~

Ada dia tanya soalan pasal dua term apa ntah. Aku tak pernah dengar pun, ditambah pula dalam BI, lagi la aku tak pernah dengar. Aku jawab no je la. Hehe~

Dia kata, syarikatnya ada cawangan kat Langkawi. Mungkin akan dihantar ke Langkawi. Adakah aku bersedia? Yup, sah-sah la aku bersedia. Aku jawab, aku selalu round Malaysia. Ye la, aku biasa kerja dan menetap di Perak, Klang, Melaka dan Johor. Jadi, aku memang tak kisah.

Dia tanya, boleh ke aku deal dengan bank? Mula-mula dia tanya pasal report bank. Report ke rapport? Apa yang aku faham, dia tanya aku ada tak hubungan dengan banker. Bila aku cuba nak ingat-ingat, siapa yang kerja bank, dia terangkan balik bukan maksudnya, ada kawan-kawan ke famili yang kerja bank tapi boleh tak hantar report ke bank sebab tugas HR ada kaitan dengan bank. Oo, baru aku faham. Haha~

Aku jawab yes la. Dia tanya, aku 'are u sure,' aku jawab yes.

Dia kata aku tak fokus. Dia kata aku memang duk depan dia tapi minda aku entah di mana. Aku
Dia juga cakap, aku tak confident sebab tu dia tanya, are u sure, twice. Aku tengok dia tapi aku tengok menusuk di belakangnya.
Memang aku akui apa yang dia cakap tu betul. Happy dia sebab telahannya tepat. Aku nampak bantal je ni. Hehe~

Dia kata aku tak lancar english. Aku dah rasa agak down. Tapi aku tak kisah sebab kalau tolak, aku tahu kelemahan diri. Lagipun, ada je rezekiku kat mana-mana.

Aku dah cakap kat dia tadi, nak dengar atau tak cerita aku. Sebab aku tahu tak elok nak kasi alasan. Sebab tu aku berhenti jap daripada sambung cerita aku. Terima kasih kepada pensyarah-pensyarah aku sebab ingatkan dalam kelas, tak elok kasi alasan dalam temuduga. Tapi dia cakap yes, dia nak dengar, aku sambung je la.

Jadi masa dia komen kata aku kasi alasan (aku tak fokus sebab letih), aku jawab balik, aku ada tanya dia tadi, bukannya tak tanya, nak tahu atau tak cerita aku. Kalau tak nak, aku berhenti je la. Jawab sambil gelak-gelak. Dia kata proceed, so aku cerita je la. Siap aku sebut dalam dialek Orang Putih, Malacca. Hehe~


Lepas tu dia conclude yang aku ni adalah calon yang mereka cari, bukan senang nak cari calon macam aku yang boleh speaking Englisgh and cheerful. Aku dah lepas semua. Cuma aku tak fokus dan tak confident sebab aku tak cukup rehat dan tidur. (Eh, pulak? Terkejut aku.)

Aku cakap terima kasih kerana faham aku. Dia kata dia yakin, aku tak macam ni (lalok). Dia yakin aku confident. Eh, dia pula yang confident kat aku. Hehe~ So, aku pun kena lebih yakin diri.

Terkejut juga aku sebab sebelum tu kan dia kutuk aku tak pandai Inggeris la, tak fokus la, letih la.. Tapi dia kata sebaliknya. Tapi dah orang kasi change tu, berterima kasih la.

Dia juga nasihat tak boleh cakap no, bila ditanya. Dah aku tak tau langsung, aku akui je la. Hehe~ Ya, aku memang tahu tak boleh cakap no, tidak pada bakal majikan. Aku tahu sangat tu. Tapi aku kan tengah blur, tambah mengantuk, letih.. Jadi, keadaan tu membuatkan aku tak panjang akal. Hehe~

Dia kata, aku kena tahu pasal apa tugas yang dipohon, sebab sebelum tu ada orang yang bukan kosnya tapi tahu jawab bila dia jawab pasal HR. Aku jawab, mungkin ada pengalaman, dia kata fresh graduate. Ye la, aku mengaku aku salah. Tapi nasib baik aku tak mengaku yang aku hentam je letak jawatan. Kalau tak, mesti la dia tak ada mood. Hahaha~

Dia kata dia tak boleh nak proceed interview sebab aku tak fokus. Maka, aku diberi peluang untuk interview kali kedua. Orang kata interview kali kedua adalah harapan.

Dia cakap, aku boleh cari dia pada bila-bila masa je kat workplace dia. Call je, nanti dia akan ingat aku that person yang mengantuk kat tempat interview. Adeh, terasa malu pula. Haha~

Dia kasi aku masa sebulan untuk carinya. Aku tanya, siapa dia, maksud aku jawatan dia, namanya. Dia perkenalkan aku sebagai Miss Ika. Dia kata, nanti tanya kat receptionist. Sebelum beredar, aku salam dia. Ye la, dia dah kasi aku peluang dan harapan.

Sebelum nak interview kali kedua, aku kena belajar BI dulu la, wei. Dah lama rasanya tak speaking Inggeris ni. Ilmu HR pun kena ada juga. Aku tak boleh hampakan Miss Ika.

Apa kata korang? Adakah aku akan berjaya dalam temu duga seterusnya? Apa yang aku perlu tahu pasal HR lagi ye?

Terima kasih sudi baca.

Isnin, 9 April 2012

Pilih Kawan atau Memilih Kawan

Assalamualaikum.

Perlu ke kita pilih kawan atau kita memilih untuk berkawan?

Aku akan pilih kawan tapi aku tak memilih untuk berkawan. Erk, apakah? Tak faham?

Macam ni, aku tak kisah nak berkawan dengan sesiapa pun. Baik ke, buruk ke, warak ke dajal ke aku tak kisah nak berkawan. Itu membuktikan aku bukan jenis memilih untuk berkawan. Memilih untuk berkawan tu maksudnya dia akan tengok dulu, perhati, kaji orang tu macam mana, baru akan berkawan. Contohnya, dia hanya pilih kawan yang kaya-kaya, cantik-cantik dan pandai je. Kita yang kurang ni, tak layak la jadi kawan dia.

Masa sekolah dulu selalu ada jumpa kawan macam ni.

Aku pula sekarang ni, kalau nak jadi kawan aku, aku agak memilih. Tapi bukan bermakna aku tengok dia dari segi harta, muka dan status.

Aku hanya akan terima dia jadi kawan aku bila akhlak dia okay, pass. Aku tak kisah dia nak jahat ke apa ke. Yang penting hati dia baik dengan aku. Tak de cakap bukan-bukan. Aku tak kisah kalau nak merapu sebab aku pun memang kaki merapu jugak. Hahaha~ Cuma jangan buat perangai entah apa-apa macam dengki ke apa ke. Sebab aku pantang orang macam tu. Rasa rimas sangat-sangat.

Dah berapa (belum sampai 10) orang aku remove dari jadi friend FB. Itu membuktikan aku jenis tak memilih untuk berkawan tapi aku kelas juga siapa kawan aku. Kalau perangai teruk, suka maki-hamun, sorry la.. Walaupun dia tak maki aku tapi tak mungkin suatu hari nanti dia akan maki aku pula kan? Lebih baik jauhkan diri daripada orang macam tu.

Aku ni jenis cepat terpengaruh sikit. Dulu ada aku terpengaruh dengan sorang kawan aku ni. Dia baik tapi ayat dia memang kasar la. Hasilnya, aku dapat ayat-ayat dia yang kasar tu. Sumpah, aku pakai lepas je sebut WTF, WTH, GTH. Sampailah aku tersedar, kenapa orang nak terasa dengan aku, sedangkan aku tak de buat salah pun. Rerupanya ayat-ayat tu tak leh guna sesuka hati je. Itu ayat yang paling dahsyat.

See, besarkan pengaruh kawan yang ada perangai negatif ni.

Jadi, kita kena tak kisah nak berkawan dengan sesiapa pun. Kena pililh kawan, tapi bukan memilih kawan. Dont simply accept as friend untill u cannot get out from trap.


Jom jadi kawan aku.

Komen?

Ahad, 8 April 2012

Bunga Dedaplah, Kau!




Assalamualaikum.

Aku nak kongsikan cerita kisah benar seorang kawanku. Sebenarnya, aku rapat juga dengan dia tapi dia ni kuat sentap (sila lihat entri ini), maka aku pun menjauhkan diri dari dia. Masa aku 'kawan' dengan A, (eh SW la. Hehe~) aku selalu usik dia sentap la, sebab mamat tu kawan rapat dia jugak, siap minta pandangan la, itu ini la. (Nakal kan aku? Tapi ok la dia tak cepat sentap. Kalau tak, jenuh jugak aku nak pujuk kang).

Ok, berbalik kepada kisah kawanku yang kuat sentap tu, dia ada girlfriend. Satu group dah tahu kot. Selepas isu kat group dia settlekan, dengan pertolongan aku juga, (Tahu pula nak minta tolong aku, kan? Kalau aku pun jenis kuat sentap macam dia, memang tak tolong dah la. Tapi aku tak macam tu, aku jenis tak suka simpan dendam) dia dah kurang sentap. Sebab apa? Sebab dia dah nak kahwin. Wah, best-best.

Jadi aku tak kisahlah kawan dengan dia balik. Dia pun dah tak sentap-sentap, kira OK la, aku on jer. Hihi~

Dah lama, macam sebulan macam tu, tetiba nampak dia propose her girl. Siap ada nama penuh, no Ic penuh. Katanya lebih kurang macam ni la:

Saya, Mohd Syahrizal Hafizam bin Ismail bernombor kad pengenalan 860202-01-5313 ingin melamar Siti Nur Dhuha sebagai seorang isteri. Saya akan menyintai awak sepenuh hati. Awak setuju tak? Apa keputusan awak? Kalau setuju, saya akan hantar rombongan merisik hujung minggu ini.

Sweet, kan? Aku antara orang yang terawal beri komen. Sweet sangat rasanya. Aku doakan mereka bahagia. Tapi Rizal jawab, belum lagi boleh proceed sebab si dia belum beri kata putus. Aku fikir, mesti la si dia tu setuju. Tapi tiada sebarang jawapan sebab dah lewat malam, mesti la dia dah tidur.

Jeles juga tengok si Rizal propose Dhuha. Nak juga SW propose aku. Tapi tak kan punya la sebab hubungan aku dengan SW tu tak ke mana. Kami saling sayang tapi.. Aku tak tau nak cakap macam mana. Apa pun, dapat kenal dengan dia pun aku dah rasa syukur sangat-sangat. Dia sangat memahamiku.

Lusanya, baru aku berkesempatan tengok lamaran si Rizal tu semula. Baca semua komen. Si dia sudah komen. Tapi kenapa Dhuha tak jawap yes jer? Ni macam tak suka jer. Dalam hatiku berbisik, 'minah ni tak suka pada mamat ni rupanya.'

Dalam diam, menyelinap rasa kasihan kepada si Rizal. Bayangkanlah, dia jujur ikhlas nak kahwin. Mak dia dah duk tanya, bila boleh hantar rombongan ni. Tapi boleh pula si Dhuha tu cakap, "tak nak gelojoh" padahal dah lama diorang kenal dan couple. Nak tunggu apa lagi, kan. Umur pun dah banyak. Kalaulah SW yang lamar aku, dah lama aku terima. Haha, gatai~

Lama juga aku biar je la diorang tu. Nampak si Rizal tu duk tag-tag kisah romantik-romantik pasal kahwin ni pada Dhuha. Tak nampak si Dhuha bagi apa-apa reaksi pun. Aku malas nak ambil tahu. Lantak la. Semoga diorang bahagia, sudah.

TAPI, kelmarin aku nampak status Rizal. Dia kecewa. Teruk sangat nampak statusnya tu. Selaku dah lama dalam bidang doktor cinta ni, aku fahamlah. (Dr cinta? Ehem-ehem) Dia dah tak ada apa-apa lagi dengan si Dhuha!

Itu belum mengejutkan lagi. Apa yang lebih teruk, dia stress dan frustrated sampai masuk hospital. Hah? Aku memang terkejut gila lah. Sampai macam tu sekali? Tapi mungkin tak menghairankan sebab jiwa si Rizal tu macam perempuan sikit, lentok sikit.

Kasihannya.. Selalunya nampak orang pesan kepada lelaki supaya tidak memainkan hati perempuan. Tapi kali ini, aku nak berpesan, janganlah kaum Hawa juga tidak memainkan hati lelaki.

Sumpah, aku kasihan pada Rizal. Niat suci dia tak kesampaian. Memanglah orang kata tak ada jodoh tapi apa hak Dhuha nak main-mainkan hatinya? Kalau tak suka, kenapa nak serius dulu? Entahla, tak tau nak cakap.

Aku ada suarakan pada SW juga pasal hal ini. Tapi macam duk kata pada diriku sendiri pula walaupun kisah aku dengan SW tak sama macam Rizal dan Dhuha. Huhuhu~ Aku tinggalkan dia walaupun aku sayang dia, dia pun sayang aku tapi aku rasakan kami tak ada jodoh. Aku tak nak sesiapa terluka. Lebih baik berhenti awal-awal, kan.

Nampak dia sedih juga la. Tapi nak buat macam mana kan, itu yang terbaik. Apa pun, aku bersyukur sangat sebab dia tak berdendam dengan aku. Dia tetap ceria macam dulu. Itu yang membuatkan aku rasa selesa kawan dengan dia lagi. Ini yang membuatkan aku hormat dia lebih.


*Nama yang dipaparkan ialah nama samaran. Tak nak la aku ada kes lagi dengan mamat sentap tu.


Kesimpulan


Jangan pernah memainkan hati orang. Kenapa? Kerana ada karma dan malaikat setia di sisi duk catat.

Kasihan sangat pada yang patah hati tu. Tapi kena kuat, jangan mudah putus asa.

Sayangilah orang yang menyayangi anda.

P.s: Untuk SW, saya sayang awak. Terima kasih sudi sayang saya.

Bacaan lanjut: tips cinta


Terima kasih sudi baca.

Dr love (perasan),
Sha.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...