Jangan Dengkilah Wahai Blogger | ! sha my heart

.

Sabtu, 12 Mei 2012

Jangan Dengkilah Wahai Blogger



Assalamualaikum.

Cerita pasal blogger ni kadang-kala boleh buat satu kamus tebal. Haha~

Sepanjang 3 tahun aku berada dalam bidang blogging dan setahun baru aktif, banyak juga karenah blogger yang dapat aku jumpa.

Sekarang ini, heboh dengan pertandingan Digi Awards. Aku pun join juga sekadar mahu memeriahkan suasana dan pertandingan. Nak menang tu tak ada harapanlah. Tapi sekurang-kurangnya aku dapat promosikan blog aku yang tidak seberapa ini. Itu dah kira promosi free. Undilah aku ye. Kesian kat aku. Hahaha, undilah blog aku ya, daripada korang tak ada buat apa-apa tu, apa salahnya sumbangkan masa sekejap untuk aku, kan? Thehihi~


Blogger hebat dengki

Karenah blogger yang aku nak bincang ni rasanya dah ramai orang tahu. Aku pun pernah suka dan pernah tak suka dengan seorang blogger A ini tapi aku neutral balik setelah kawan aku yang dapat no 2 dalam Social Media Awards,menberi pendapat kira aku dah fikir positif pasal blogger A yang aku maksudkan.

Masalahnya sekarangnya, aku nampak yang dia tak tenang duduk apabila berada di kedudukan no dua. Ada seorang blogger lain yang juga hebat mengatasinya! Blogger yang dapat no satu tu juga aku kenal dia tapi tak ada pula aku dengar perkara negatif pasal blogger ini. Positif-positif saja.
Aku terus sokong dia, komen-komen kat status fb dia. Tapi blogger A, aku jarang nak komen apa-apa. Tengok je.

Blogger A dapat tahu yang si blogger B tak akan menang. Pihak yang anjurkan bagitau dia. Lor, pulak!
Ini semua pastinya sebab si blogger A ni pernah cemburukan blogger B sebab blogger B memang promote gila-gilalah, sampai ke luar negara. Blogger A kata dia tak ada duit nak promote. Er, ye ke? Bukankah apa yang dia dah dapat dengan blog dah banyak ke, beribu-ribu ringgit.

Si blogger B ni pula kalau dia dapat apa-apa dia akan bagi kepada blogger lain melalui give away. Kalau dia dapat lebih, dia bagi lebih.

Terbaru A dapat tahu, ada pihak yang tawarkan undian 100, 500 sehari. Ada sudah blogger yang terlibat. Lor, macam tu pulak? Kalau macam tu, tak adillah.

Kesimpulan

Tak perlulah nak dengki-dengkikan orang lain. Belajarlah daripada orang lain. Contohnya blogger A belajarlah dengan blogger B, bagi give away. Tak perlu nak kedekutlah. Rezeki awards yang awak dapat tu pun hasil sokongan daripada blogger lain jugak.
Ya, memang dia berusaha keras tapi tak salah kan kalau mahu berkongsi sedikit dengan orang lain.
Aku pun nak juga berkongsi dan batu give away tapi hajat tak kesampaian lagi.

Dunia blogging Malaysia ni, kecil sahaja. Pusing-pusing jumpa orang yang sama juga. Tak percaya, jadilah blogger dan BW dan komen banyak sikit. Tunggu lama sikit, korang akan jumpa balik-balik blogger yang sama saja. Jadi tak payahlah nak bergaduh. Last-last nak minta tolong juga.

Bersatulah wahai blogger. Kita bawa bendera blogger. Jangan sampai orang luar pandang kita rendah.

Pandangan korang pula?

28 ulasan:

Masha Meisters berkata...

huhu...xbaikla cm2...nanak!

done follow kamu cik Sha :)

sha my heart berkata...

Masha: jgn buat prgai tau.

Tq sudi f0ll0w saya. Terjah u back ya. :-)

sha my heart berkata...

Xdpt pn nk buka bl0g awk.
Ur bl0g has been rem0ve.
Kena rem0ve ke?

ABU berkata...

tu la pasal aku masa mula mula blogging aku tak tahu pun benda benda macam ni wujud dalam dunia blogging macam macam betul.. whatever la..

sha my heart berkata...

Abu: mcm2 ada wei..
Aku bnyak jgk jumpa bl0gger buat perangai, terutamanya perempuan. Sb tu aku kurang aktif. Aku xpandai nk hip0krit xada rasa apa2 bl di0rg ada prgai buruk.

sis92 berkata...

owh ada jugak kisah di sebaliknya yep..
tak baik tau cmtu..rezeki masing2 lah kan..

sha my heart berkata...

Sis: kdg2 mgejar 'kebendaan' sgt jd mcm ni la.

sha my heart berkata...

Sis: a ah. Ada jgk mcm tu.. Bl0gger mcm2 jenis prgai.

Woofer Storm berkata...

hidup tak perlu berdengki.ada rezeki semua itu tak kemana..insyallah

slmt mlm^^

ciksukaberangan berkata...

tak payahla dengki mendengki... kita semua sama je.. manusia.. hamba Allah :D

[sutera kasih] berkata...

aikk..ada jgk jd mcm tu ehh..aduhh nmpk sgt sy tak ikuti perkembangan dunia blogger teheee..

apapun, blogging kena enjoy heee

sha my heart berkata...

Woofer: ya, betul2.

sha my heart berkata...

Cik suka: a ah kan. Kita semua sama sj.

sha my heart berkata...

Sutera: ye ke xikut pkembgn bl0gger h0t malaya? Hihi.

Awan Nina berkata...

tengok macam saya , iklan pape pun tak letak . HAHAHAHAHAH
padahal tak reti . edehhss ~
tapi kan , kalau dia ikhlaskan hati , baru benda yg dia tulis tu sampai kat hati pembaca . bukan berebut berebut dengki mcm tu . just sayin'.
jgn marah naa ~

Acik berkata...

erkkkk ..
hehehe!

sha my heart berkata...

Nina: buat la iklan.

Di0rg memang bl0gger hebat. Tp kena la baik ht, xbaik duk dengki2

sha my heart berkata...

Acik: erk jugak! Hahaha.

P43H berkata...

"rileks suda

Keter hensem dan jimat minyak

ciksukaberangan berkata...

hehe ^^,

syafiqakarim berkata...

ada juga gitu.errr

Cinta Misteri berkata...

Owh yeke?? CiM tktau plak ada hasadi dengkidi kt blog arena ni.
Hurmm...CiM brbloging just suka suki je

sha my heart berkata...

P43h: iya.
Letak link churp2 apa kes?

sha my heart berkata...

Cik suka: tq2 dear

sha my heart berkata...

Cim: macam2 ada. Ada yg baik, ada yg x.

ciksukaberangan berkata...

Welcome :)

Harun Ar berkata...

Menang-Kalah tu biasa dalam perlombaan. Mestinya jangan cemburu la...
Setuju: Bersatulah para blogger...
Salam

sha my heart berkata...

harun ya bersatulah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...