Langkau ke kandungan utama

Jangan Dengkilah Wahai Blogger



Assalamualaikum.

Cerita pasal blogger ni kadang-kala boleh buat satu kamus tebal. Haha~

Sepanjang 3 tahun aku berada dalam bidang blogging dan setahun baru aktif, banyak juga karenah blogger yang dapat aku jumpa.

Sekarang ini, heboh dengan pertandingan Digi Awards. Aku pun join juga sekadar mahu memeriahkan suasana dan pertandingan. Nak menang tu tak ada harapanlah. Tapi sekurang-kurangnya aku dapat promosikan blog aku yang tidak seberapa ini. Itu dah kira promosi free. Undilah aku ye. Kesian kat aku. Hahaha, undilah blog aku ya, daripada korang tak ada buat apa-apa tu, apa salahnya sumbangkan masa sekejap untuk aku, kan? Thehihi~


Blogger hebat dengki

Karenah blogger yang aku nak bincang ni rasanya dah ramai orang tahu. Aku pun pernah suka dan pernah tak suka dengan seorang blogger A ini tapi aku neutral balik setelah kawan aku yang dapat no 2 dalam Social Media Awards,menberi pendapat kira aku dah fikir positif pasal blogger A yang aku maksudkan.

Masalahnya sekarangnya, aku nampak yang dia tak tenang duduk apabila berada di kedudukan no dua. Ada seorang blogger lain yang juga hebat mengatasinya! Blogger yang dapat no satu tu juga aku kenal dia tapi tak ada pula aku dengar perkara negatif pasal blogger ini. Positif-positif saja.
Aku terus sokong dia, komen-komen kat status fb dia. Tapi blogger A, aku jarang nak komen apa-apa. Tengok je.

Blogger A dapat tahu yang si blogger B tak akan menang. Pihak yang anjurkan bagitau dia. Lor, pulak!
Ini semua pastinya sebab si blogger A ni pernah cemburukan blogger B sebab blogger B memang promote gila-gilalah, sampai ke luar negara. Blogger A kata dia tak ada duit nak promote. Er, ye ke? Bukankah apa yang dia dah dapat dengan blog dah banyak ke, beribu-ribu ringgit.

Si blogger B ni pula kalau dia dapat apa-apa dia akan bagi kepada blogger lain melalui give away. Kalau dia dapat lebih, dia bagi lebih.

Terbaru A dapat tahu, ada pihak yang tawarkan undian 100, 500 sehari. Ada sudah blogger yang terlibat. Lor, macam tu pulak? Kalau macam tu, tak adillah.

Kesimpulan

Tak perlulah nak dengki-dengkikan orang lain. Belajarlah daripada orang lain. Contohnya blogger A belajarlah dengan blogger B, bagi give away. Tak perlu nak kedekutlah. Rezeki awards yang awak dapat tu pun hasil sokongan daripada blogger lain jugak.
Ya, memang dia berusaha keras tapi tak salah kan kalau mahu berkongsi sedikit dengan orang lain.
Aku pun nak juga berkongsi dan batu give away tapi hajat tak kesampaian lagi.

Dunia blogging Malaysia ni, kecil sahaja. Pusing-pusing jumpa orang yang sama juga. Tak percaya, jadilah blogger dan BW dan komen banyak sikit. Tunggu lama sikit, korang akan jumpa balik-balik blogger yang sama saja. Jadi tak payahlah nak bergaduh. Last-last nak minta tolong juga.

Bersatulah wahai blogger. Kita bawa bendera blogger. Jangan sampai orang luar pandang kita rendah.

Pandangan korang pula?

Ulasan

  1. huhu...xbaikla cm2...nanak!

    done follow kamu cik Sha :)

    BalasPadam
  2. Masha: jgn buat prgai tau.

    Tq sudi f0ll0w saya. Terjah u back ya. :-)

    BalasPadam
  3. Xdpt pn nk buka bl0g awk.
    Ur bl0g has been rem0ve.
    Kena rem0ve ke?

    BalasPadam
  4. tu la pasal aku masa mula mula blogging aku tak tahu pun benda benda macam ni wujud dalam dunia blogging macam macam betul.. whatever la..

    BalasPadam
  5. Abu: mcm2 ada wei..
    Aku bnyak jgk jumpa bl0gger buat perangai, terutamanya perempuan. Sb tu aku kurang aktif. Aku xpandai nk hip0krit xada rasa apa2 bl di0rg ada prgai buruk.

    BalasPadam
  6. owh ada jugak kisah di sebaliknya yep..
    tak baik tau cmtu..rezeki masing2 lah kan..

    BalasPadam
  7. Sis: kdg2 mgejar 'kebendaan' sgt jd mcm ni la.

    BalasPadam
  8. Sis: a ah. Ada jgk mcm tu.. Bl0gger mcm2 jenis prgai.

    BalasPadam
  9. hidup tak perlu berdengki.ada rezeki semua itu tak kemana..insyallah

    slmt mlm^^

    BalasPadam
  10. tak payahla dengki mendengki... kita semua sama je.. manusia.. hamba Allah :D

    BalasPadam
  11. aikk..ada jgk jd mcm tu ehh..aduhh nmpk sgt sy tak ikuti perkembangan dunia blogger teheee..

    apapun, blogging kena enjoy heee

    BalasPadam
  12. Cik suka: a ah kan. Kita semua sama sj.

    BalasPadam
  13. Sutera: ye ke xikut pkembgn bl0gger h0t malaya? Hihi.

    BalasPadam
  14. tengok macam saya , iklan pape pun tak letak . HAHAHAHAHAH
    padahal tak reti . edehhss ~
    tapi kan , kalau dia ikhlaskan hati , baru benda yg dia tulis tu sampai kat hati pembaca . bukan berebut berebut dengki mcm tu . just sayin'.
    jgn marah naa ~

    BalasPadam
  15. Nina: buat la iklan.

    Di0rg memang bl0gger hebat. Tp kena la baik ht, xbaik duk dengki2

    BalasPadam
  16. Owh yeke?? CiM tktau plak ada hasadi dengkidi kt blog arena ni.
    Hurmm...CiM brbloging just suka suki je

    BalasPadam
  17. P43h: iya.
    Letak link churp2 apa kes?

    BalasPadam
  18. Cim: macam2 ada. Ada yg baik, ada yg x.

    BalasPadam
  19. Menang-Kalah tu biasa dalam perlombaan. Mestinya jangan cemburu la...
    Setuju: Bersatulah para blogger...
    Salam

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Open Tracker