Dah Putus, Kena Pukul Sampai Cacat | ! sha my heart

.

Khamis, 10 Mei 2012

Dah Putus, Kena Pukul Sampai Cacat




Assalamualaikum.

Aku nak sambung cerita yang dulu, pasal kawan aku yang kaki sentap tu. Boleh klik sini untuk membaca ceritanya, sebab ini adalah sambungannya.

Dah la si perempuan itu menolak lamaran yang bakal dihantar oleh si lelaki, dia boleh pula upah gangster suruh pukul mamat tu. Sampai masuk hospital. Aku memang terkejutlah. Ingatkan masuk hospital sebab frust tapi sebab lain. Sebab kena pukul. Lagilah aku terkejut. Lebih mengejutkan, si gadis pujaan hati itu yang rancang semua ini.

Ok, kira dah tak mahu dengan lelaki yang ikhlas nak kahwin dengan dia, upah gangster suruh pukul. Kalau pukul sikit-sikit tak apa lah. Tapi teruk juga la siap masuk hospital, bukan sehari dua,  lama juga. Pula tu sekarang ni si lelaki tu (kawan aku) mengadu dia bakal buta sebab hentakan yang kuat di bahagian mukanya.

Aku kasihan dan bersimpati dengan dia. Sudahlah ditolak keinginan hati yang suci murni nak bina masjid, dipukul pula, akan cacat lagi. Aku tak dapat nak bayangkan kalau aku terima nasib sebegitu. Uii, besar dugaannya. Sudah jatuh ditimpa tangga.

Aku tak sangka orang selembut, secantik, sesopan Dhuha sanggup buat sampai macam ni. Adakah dia buat untuk membalas dendam kepada mana-mana lelaki sebelum Rizal? Itu aku tidak pasti.

Aku tak pernah buat dan tak pernah terfikir nak buat macam tu. Frust tu pun dah rasa sangat-sangat sakit apatah lagi nak suruh pukul-pukul, lagi sakit. Biar kesan parut dalam hati sudah la, jangan sampai parut di tubuh badan.

Apalah perempuan macam tu kan.. Tak apalah Rizal, ALLAH dah tunjuk yang perempuan tu tak baik sebelum ko menikah dengannya. Ko jaga kesihatan elok-elok tau. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Kesimpulan

Nak kahwin, pilih-pilih juga ya, jangan sampai dapat yang bukan-bukan yang macam ni.

Kita kena ingat, ada syurga dan neraka sebagai balasan apa yang kita buat.

Apa-apa pun, terimalah ujian ALLAH ini dengan hati yang terbuka =)

Boleh juga korang baca entri ini: Lelaki muda jaga baby, kisah benar kawan aku juga yang melalui saat-saat sukar macam cerita ini.

18 ulasan:

sha my heart berkata...

Rizal, smga kau tabah menjalani pancar0ba kehidupan..

ABU berkata...

Oh ni sambungan entry yg hari tu er.. Kasihan mamat ni.. Main upah tukang pukul bagai...hope mamat tu sampai buta dek kena blsa..

Ada gak perempuan macam ni kan, bikin Takut.. Harap2 kita di jahui kejadian2 macam ni.. Aminn..

sha my heart berkata...

Abu: a ah, sambungan kpd crta yg ko bc dgn smgt tu.

Kesian wei. Klu dh xnak, tggal je la. Watpe nak suruh org pukul bagai. Klu pukul je la, knpa buat smpai org tu buta?

Smga Rizal kuat.

Igtkn ada dlm tv je prmpn jht mcm tu. Rerupanya ada betul wei, takut jgk aku..

[sutera kasih] berkata...

kesiannya dia..apala perempuan tu xda perasaan ke huhu

sha my heart berkata...

Sutera kasih: entahla, mgkn syaitan dh mguasai perempuan tu.

cinta siswi berkata...

kijam! kijam! kijam!

#kalau lalu dpn siswi.. siswi sepak bontot..hahahah

Cik Cura berkata...

ade jugak pompuan yg teruk cam tu ek.

sha my heart berkata...

Siswi: a ah, kejam sgt kan.

Nk sepak b0nt0t? Silakan

sha my heart berkata...

Cik cura: malangnya ada..

Minta dijauhi.

AuraFIza berkata...

Geram je baca cerita ni. Takpe lah.. Allah dah tunjukkan segalanya.

Saya pun ada hapdet cerita pasal kawan saya. Bercerai sebab suaminya ada hubungan dengan adik ipar dia sendiri!! Nauzbillah...

sha my heart berkata...

Aurafiza: mmg geram kan. Berat mata memandang, berat lg bahu yg memikul.

Isk2, kesiannya kat kawan awak.. Nauzubillah

sis92 berkata...

salam

ish dah macam drama pulak
kesian sungguh lelaki tu..
n setuju sgt sekurang2nya allah dh bagi petunjuk
semoga kwn cpt sembuh

sha my heart berkata...

Sis: a ah, mcm drama.

Ada hikmahnya kan.

Awan Nina berkata...

isk, ingatkan awak buat cerita.
rupanya cerita betul.
moga perempuan tu dapat hidayah dan sedar atas apa yg dia buat .
moga laki tu tak buta dan cepat sembuh .

ciksukaberangan berkata...

gile kesian! pehh. da la di reject. leps tu kene pkul! =,= moga cepat sembuh dan dapat jodoh yang sjuta kali lebih baik!! aaamiin :D

Outbound di malang berkata...

salam gan ...
menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
di tunggu kunjungan balik.nya gan !

sha my heart berkata...

Nina awan: ini cerita betul. Kisah benar.
Klu nk berkenalan dgn Rizal pn b0leh sy bgtau dia. Hehe.
Amin dgn doa awk..

sha my heart berkata...

Cik suka: mmg sgt kasihan. Luka di hati xnmpak tp sakit. Luka di bdn sakit tp mgglkn luka di hati.
Amin jgk dgn doa awak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...