Langkau ke kandungan utama

Lelaki Muda Jaga Baby, Aku Kagum Dengan Kau





Assalamualaikum.

Sebelum aku nak cerita, aku nak tanya dulu, korang pernah tak tengok cerita Mr Bean yang mana dia kena jaga baby? Tajuknya kalau tak silap, Fun Fair Baby.




Apa korang rasa bila nampak Mr Bean tu jaga baby? Memang dia buat bukan-bukan seperti tinggalkan baby di dalam kereta bahagian minyak dan break. Dia juga biarkan budak tu sorang-sorang naik kereta yang kena isi syiling dahulu, lama pula tu dibiarkan. Sungguh pun begitu, telah wujud sedikit perasaan sayang Mr Bean pada bayi tersebut.

Apatah lagi kalau baby itu berada dalam jagaan seorang lelaki muda yang mana keadaannya sama seperti Mr Bean tadi, tiada kena mengena dengan bayi tersebut. Ini adalah kisah benar. Ini adalah kisah kawan aku. (Terkejut tak?)

(Maaf, terpaksa buat read more sebab ada gambar, risau load lambat)

Masa mula-mula aku dapat tahu dia rapat dengan baby, aku ingatkan baby tu anak kak dia. Sebab dia selalu cakap rindu Baby YY (nama tak boleh letak, nanti dia marah. Haha~) Semuanya kisah ini terbongkar dari aku duk komen-komen gambar Baby YY, akhirnya cerita sebenarnya keluar. Terkejut juga aku. Ye la, sebab dia boleh buat semua tu walaupun dia seorang yang gila-gila. Cuba korang bayangkan.. Kalau perempuan, okay lagi, macam cerita Little Star (Filifina-TV3). Tapi sekarang ini, lelaki.





Aku tabik spring la kat dia boleh jaga baby sorang diri
. Cuba bayangkan seorang lelaki muda yang pendapatan pun tak menentu dan tinggal di Kuala Lumpur, jauh dari famili, boleh jaga seorang bayi. Time kerja, dia hantar kat rumah pengasuh. Ya, baby tu bukan anak dia. Dia bukan bapa baby tu. Ulangan, bukan anak dia atau darah dagingnya.

Dari lahir sampai lima bulan dia jaga baby tu. Parent baby tu mana? Bapa dia, aku tak tau. Tapi mak dia, sosial, nak tak nak je jaga Baby YY tu.


Pada aku, kawan aku tu (yang jaga Baby YY dari lahir) memang boleh dijadikan calon suami yang sangat sesuai. Aku kagum dengan dia. Dia baik sangat sampai boleh buat macam tu (er, ceritanya nanti la kalau dia kasi aku cerita, aku up date k. Tapi buat masa sekarang korang bayangkanlah sendiri). Bukan semua orang boleh buat macam tu. Mahu boleh sewel kalau nak buat macam tu. Haha~

Bertuah siapa yang dapat lelaki macam kawan aku ni. Aku? Tak mungkinlah nak dapat dia.


Kesimpulan
Kasih sayang itu universal. Sesiapa sahaja boleh dapatkannya =)


Korang pernah jumpa tak orang macam tu? Kalau anak sendiri, anak buah atau sepupu tu dah biasa dengar. Tapi kalau tiada kaitan pun, agak rare la..



Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!


Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang. 

Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

41 ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tips Pakaian Untuk Konvo

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Petua Tutorial Cara Pakai Contact Lens (Kanta Lekap)