Langkau ke kandungan utama

Persahabatan Blogger, Murni ke Sampah?




Assalamualaikum.

Kalau berbicara pasal perangai blogger, memang banyak isunya.. Selama aku dalam bidang ni walaupun tak lama, baru tiga tahun tapi setahun yang lalu baru aku aktif dan kenal apa itu erti blogging yang sebenar, banyak yang aku jumpa.


Persahabatan

Kalau berbicara pasal persahabatan, ya ada yang bagus tu memang akan menjalinkan persahabatan yang murni. Aku pun pernah rasa, oh indahnya persahabatan blogging. Aku sebut pernah rasa kerana sekarang ini mereka sibuk berhempas pulas untuk meneruskan kehidupan, maknanya ramai kawan-kawan yang aku kenal dari blog dah tak aktif berblog malah ada yang delete blog tapi hubungan baik dan akrab aku dengan mereka tetap terjalin (diteruskan dengan fb pula). Malah mereka adalah antara teman rapat aku sampai boleh kongsi rasa dan rahsia. Bila ada masalah jer, cari.

Antaranya bebudak Sintokkian yang ramai - malas nak sebut satu-satu, Wawan Sabah, Pilot Huzairul, Bubu, Wan Mejuez, Henry Zackery, Acik Izahar dan ramai lagi.

Terima kasih, blogspot! =)


Dalam banyak yang baik, pasti ada yang buruk kan. Dalam setandang pisang, pasti ada yang buruk, kan? Macam tu jugak la dalam dunia blogger ni. Aku pula jenis cepat touching, erk! Hahaha~ Entahlah, kadang-kala aku ok je pada kebanyakkan masanya sempoi je, tapi ada kalanya cepat terasa. Kadang-kala rasa rimas dengan blogger yang ada perangai entah apa-apa. Paling aku terasa, blogger senior yang cemburukan hubungan baik aku dengan kawan baik aku. Eh, pe hal pula dia nak cemburu padahal aku kenal kawan aku tu lebih awal dan rapat dari dia? Cek entri ini: Apahal ko haters nak rampas kawan aku

Sebab ini juga la aku slow sikit dalam bidang blogging ni, tak suka perangai blogger yang entah apa-apa, aku tak singgah la ke blognya. Itu tak termasuk lagi beberapa orang blogger yang aku removed dari friend fb, tak tahan dengan perangai mereka yang entah apa-apa. Duk merintih je 24 jam dengan naik status tiap 2 minit, sape sanggup kan? Buat penuh wall je.

Aku sukakan persahabatan murni. Nak kawan dengan aku, aku on jer. Tapi kalau ko ada perangai entah apa-apa tu, sila la buang dulu ya. Kalau tak, aku yang buang ko. Hahaha~

Komen korang?


Terima kasih sudi baca.

Sayang kawan-kawan aku.
22 ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tips Pakaian Untuk Konvo

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Petua Tutorial Cara Pakai Contact Lens (Kanta Lekap)