Langkau ke kandungan utama

Apa Hal Ko, Haters Nak Rampas Kawan Aku


Assalamualaikum.

Setiap orang dari kita ada saja orang yang sukai kita dan tak kurang jugak yang membenci kita tanpa sebab. Lagi terkenal seseorang itu, maka makin ramai orang suka dan makin bertambah orang membenci dengan sebab atau tanpa sebab. Contoh senang, lihat sahaja Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. M, Tun Pak Lah, dan D.S Najib, semuanya ada je orang suka dan tak kurang ada yang membenci.
 
Dalam aku duk membincangkan isu ni, tetiba aku jumpa seorang haters aku. Dia mencemburui hubungan aku dengan 'orang lain' yang mana aku dan 'orang lain' tu dah lama kenal dan saling menyokong sejak sekian lama. Kami memang rapat, okay. Dia tu baru je lagi, 'orang lain' kenal. Tetiba, nak cantas macam tu je. Sorry, aku tak kan nak tengok je, aku akan pertahankan.. Nak cantas, meh lawan dengan aku dulu. Ada berani?

Aku kenal juga sikit pasal orang yang membenciku itu. Dia memang seorang yang sombong dan meninggi diri. Bajet bagus. Menyampah ada jugak.


Mesej untuk orang tu:
 
Kawan aku tu memang baik orangnya. Aku tak nak la dia berkawan dengan orang jahat macam ko. Sepatutnya, aku yang jeles lebih sebab aku memang rapat dengan kawan aku tu, tapi dia boleh bebaik dengan ko. Aku memang tak kisah, kawan dia, kawan aku juga tapi ko ni lain. Ko nak dia je jadi kawan ko, aku kawan baik dia, ko nak singkirkan. Ko tak tahu ke, sape yang ajar dia, jaga dia selama ini? Aku harap ko pergilah cari mangsa lain.



Aku memang tak cakap apa-apa lagi pada kawanku tu. Biarlah dia tak tahu dulu pasal ni.

P/s: Kalau aku kata cerita kat atas tu adalah blogger, percaya tak?
P/s/s: Apa aku nak kena buat ni?

Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!




Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang. 

Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Catatan popular daripada blog ini

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:


Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Nak jaga pemakanan orang demam campak?
Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini.


Tidak boleh menggoreng
Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan.

Menumis pun tak boleh tau.

Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan.

Elakkan makanan laut yang gatal
Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k.

Elakkan yang pedas
Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan.


Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam


Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau milo? Kalau capucinno? Erm, ikut suka korang la.

Aha, aku ada idea, kalau nak putih maka minumlah air soya. Confirm menjadi. Tapi kalau tak jadi, jangan…

Tips Pakaian Untuk Konvo

Open Tracker