Jom Intai Lelaki: Kalau Lelaki Kata... | ! sha my heart

.

Selasa, 27 Mac 2012

Jom Intai Lelaki: Kalau Lelaki Kata...




Assalamualaikum. 

Aku nak kongsikan tips kenali cara lelaki bercakap. Aku ambil dari kawan aku, tak tau pula mana dia ambil. Kadang-kala rasa macam dia yang buat sendiri je, kadang kala rasa dia ambil dari blog entah sape. Kalau tuan blog itu membaca, aku mohon izin kebenaran untuk berkongsi ya. Aku edit juga tau, kasi tulis penuh dari short form.

1. Kalau lelaki kata:  "Ok lah wak, kita sembang lain kali, yek"
   Maknanya: Memang kami bizi pun. Tak de nak kias apa-apa.

2. Kalau lelaki kata: "Tak pe, saya tak kisah."
   Maknanya: Memang kami tak kisah pun sebenarnya. Tak de nak perli atau sinis.

3. Kalau lelaki kata:  "Kita kawan aje lah, ek.. Saya memang suka kat awak tapi saya suka sebagai kawan je."
   Maknanya: Sebab lama sangat berkawan. Dah terbiasa. So, tak leh nk develop feeling more than a friend. Tak de sebab lain. Masa nak dulu, korang yang jual mahal sape suruh kan. Sorry la ya.

4. Kalau lelaki kata: "Eh, u call ek? Sorry, tertido tadi.
   Maknanya: ye, memang kami tidur pun.

5. Kalau lelaki kata: "Lain kali je la kita keluar, i bizi la sekarang ni. Nanti i free i call u, k?"
   Maknanya: Kami ada banyak kerja yang tertangguh. Tolong la faham. Jangan la fikir negatif sangat. Apa pun kami buat untuk future. 
Satu lagi, lelaki tak suka diganggu masa dia tengah kerja. Dengan call ke, mesej ke. Lain la kalau dia yang caontact korang dulu, tu maknanya dia tengah free. Tapi kalau tak, maknanya dia sedang kerja la. Janganlah duk kacau konsentrasi dia.

6. Kalau lelaki kata: "I sebenarnya tak la memilih sangat."
   Maknanya: Memang kami tak memilih pun. Kami pilih perempuan yang sedap mata kami memandang je. Tak semestinya kena lawa.

7. Kalau lelaki kata: "I tak kisah penampilan U macamana pun."
   Maknanya: Jangan la mekap sangat doe. Penat tau tunggu. Lama sangat. Muka tak la cantik mana pun, tak kalah artis pun. Hikhik.

8. Kalau lelaki kata: "Lain kali kita keluar lagi, ek? I kena balik cepat la, ada hal."
   Maknanya: Memang lepas ni aku nak lagi keluar dengan kau.

9. Kalau lelaki kata: "Saya suka perempuan yang macam ni, mcm tu..bla,bla,bla..
   Maknanya: Saya tipu je. Saya tak kisah pun. Lelaki tak detail nak pilih apa-apa pun. Saja nak bagi awak merajuk. Sebab awak comel bila merajuk. Hikhik.

10. Kalau lelaki kata: "U keje kat mana? as what?"
    Maknanya: Minta-minta la keje biase-biasa je. Kalau keje besar, taste pon besar jugak. Hantaran besar, demand mesti tinggi punya. Nak jaga standard la kata kan..

11. Kalau lelaki kata: "Jom kahwin dengan I (macam gambar kat bawah ni):

Maknanya: Dia memang nak kahwin dengan korang.


So, amacam dah mula faham lelaki dah? Lelaki sebenarnya simple je. Tak payah nak fikir bukan-bukan,k. 

Untuk banyak entri pasal perhubungan, korang boleh klik sini. Segala khazanah ada. Kalau nak tahu cara pujuk lelaki merajuk pun ada. Macam-macam la ada.

Terima kasih sudi baca. 

6 ulasan:

mizmarmalade berkata...

Wowww, hehe.. hilang stress bila bce entry kak sha ni, hihihi... Rindu nak blogwalking cam dulu2, rindu nak komen2 entri cam dulu2... :)

# Jom kawen, heee :P

sis92 berkata...

lelaki mmg lebih berterus terang dpd perempuan itu hakikat..

tp tk bmakna mereka tak menyembunyikan sesuatu dpd pengetahuan kita ^^

Mr.PinGu berkata...

sy sbg lelaki sy setuju yg lelaki ni str8 forward mereka xpandai nak kias2.. biasanya apa yg mereka ckp tu la maksud mereka.. dan perempuan pun jgn berkias2 sgt certain2 lelaki xpaham apa yg korang maksudkan.. nanti korg gak yg rugi

Ahmad Ali (bukan nama sebenar) berkata...

habis bekap lelaki dah ni haha

Ana Farhana berkata...

hihi,betul2.. mmg tu kn mksd llki

eimah siti berkata...

so konklusinya....lelaki cakap direct..tak dak kata tersirat...hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...