Langkau ke kandungan utama

Berhentilah Menipu Tu, Wei!



Assalamualaikum.

Penipuan? Dalam hidup kita mesti pernah menipu dan ditipukan? (tak jawab, jawab je dalam hati). Masa kecik-kecik dulu, mesti kita pernah menipu untuk lepaskan diri kan? Itu tak apa, itu zaman kanak-kanak yang boleh dibentuk tapi kalau sampai membawa ke zaman remaja dan dewasa, itu sudah jadi kes lain.

Penipu ni biasanya licik. Tapi aku tak kisah sangat sebab sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan jatuh ke tanah jua. Begitu la kisahnya kalau orang suka menipu ni dia akan terperangkap dan terjerat apabila rahsianya terbongkar.

Aku memang tak suka dengan si peniipu ni. Pe hal nak tambah dosa kan? Macam la dah banyak pahala nak tampung dosa tu untuk samakan timbangan Neraca di Akhirat kelak.

Aku tak faham betul la dengan diorang. Orang yang suka menipu ni sebenarnya dia takut kepada bayang dirinya sendiri. Sekali aku dapat tau dia menipu, susah dah aku nak percaya.

 Annoying! Tak boleh bagi muka orang macam tu.

Tak malu ke nanti bila orang dapat tau yang dia menipu? Kalau aku, aku malu. Malangnya, aku tak menipu, buat apa nak malu kan.

Orang yang menipu tak boleh jadi kawan aku. Mujur sekarang dah tak ada kawan begitu. Nak berkawan sekarang ni kena pilih-pilih juga, bukannya semuanya orang baik.

Aku harap kawan aku yang sorang dua ada perangai begini supaya insaflah. Mati tak tau bila, wei.

P/s: Aku tak bengang dengan sesiapa pun, sekadar menasihati mereka yang mempunyai perangai begini supaya berubah. Jujur itu lebih tenang.

Catatan popular daripada blog ini

Tips Pakaian Untuk Konvo

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Petua Tutorial Cara Pakai Contact Lens (Kanta Lekap)