Langkau ke kandungan utama

Cerjang Percaya Padaku: Part 2


Assalamualaikum.

sambungan dari cerjang Percaya Padaku part 1. Sekarang ini adalah part 2.

*                            *                            *                            *                            *                            *

Tit, tit.. Halim memberhentikan pembacaanya, dihulurkan tangan yang panjang untuk mengjangkau telefon bimbitnya yang berada di atas meja pada sisi katil. Halim membaca mesej dari Kamil. Dia yang terlebih dahulu bertanya bagaimana rasanya masakan pertama juadah kuih buah Melaka yang Aisha masak. Teringin benar dia tahu.
 Uii, sedapnya ni bang.. Makan masa suam-suam di tengah hujan menggila yang membangkitkan rasa nyaman, gula melaka cair pula dalam mulut. Pergh, syurga dunia.

Kecur liur. Jejaka 27 tahun itu membalikkan badannya, meletakkan lengan tangan kanannya di atas dahinya. Alangkah indahnya kalau Aisha Humairah menjadi miliknya. Kalaulah dekat jarak rumahnya dengan rumah Aisha, sudah pasti dia tidak akan segan silu untuk singgah sebentar. Sudah pasti dia akan dihidangkan apa sahaja yang ada di dapur Encik Dahaman. Dia kenal benar karekter Encik Dahaman yang tidak pernah kenal erti kedekut itu, apa yang ada di dapur, dibawakan kepada tetamu.

Hari ini pula, paling istimewa, juadah kegemarannya dimasak oleh gadis yang pernah bertahta di hatinya. Tetapi semua itu hanyalah khayalan sahaja kerana perkara itu tak akan pernah berlaku. Hubungannya dengan Aisha telah lama putus. Walau bagaimana pun dia  masih lagi singgah ke rumah Encik Dahaman, sebagai kawan kepada Kamil. Pasti Kamil akan tersenyum bila dia membawakan hadiah sepasang dua baju t shirt berjenama Adidas Original. Mudah ‘dibeli’ budak lelaki yang berumur 17 tahun itu.

*                            *                            *                            *                            *                            *

18 jan 2012- hah, abah ada menghubungi si dia? Untuk apa? Dia pun ada menghubungi abah? Dadaku berdebar. Oh tidak..
Adakah dia juga merasai debaran dadaku? Adakah dia tahu aku merinduinya? Oh, no! Malunya ku rasakan. Adakah kerana aku tak on line, maka dia merindui tulisan aku? Iyakah? Betulkah?

Kalau ya, aku perlu bersyukur kerana ada yang masih sayang padaku. Eh, pembetulan, ramai yang masih sayang padaku cuma aku tak tau dia masih sayang padaku. Ternyata ego kau yang setinggi Gunung Kalimanjaro tu akhirnya tunduk dek seorang wanita bernama Aisha Humairah. Hohoho, senangnya dalam hati, ada orang tu masih peduli dan sayang pada aku.. Yeah, rasa nak melaung je. Gembira punya pasal la. Peduli apa aku. Haha~ Aisha merasakan kemenangan berpihak kepadanya. Tapi belum apa-apa lagi la doe. Kena lupuskan ego si mamat yang entah pape tu. Tapi, mamat yang entah pape tu juga yang aku suka. Adei.

Mamat ego tu susah nak betulkan cara cakap dia. Kadang-kala aku rasa nak je tumbuk muka dia tu, biar luruh giginya. Apa ingat dia sorang je berperasaan sedangkan orang lain tak ada perasaan? Ingat dia sorang je yang punya rasa, maruah dan harga diri? Tolong sikit, ini Aisha Humaira lah, boleh buat apa saja.
Tapi aku hairan juga kenapa dia hadir setelah aku boleh lupakan dia completely? Kenapa masa aku bersusah payah nak lupakan dia dulu, dia tak pula hadir? Aduh, aku lepuk juga kang mamat perasan hensem ni. Dia nak mainkan aku? Sorry sikit. Minta maaf ye, ini Aisha Humaira yang tak kan senang dibuli.
Tetiba chorus lirik lagu Jangan Bilang Tidak, bergema.

(chorus*)
Jangan bilang tidak
Bila kita belum mencoba
Siapa yang tahu akan sama
Hatimu dan juga hatiku
Banyak yang bercinta
Bertahun-tahun putus juga
Ku harapkan dengan dirimu
Walaupun singkat pendekatan
Cinta kita kan abadi

Awak, kalau hati awak masih ada pada saya, cari lah saya ye. Dah, tak payah nak malu-malu ok, mamat ego tinggi. Rasa nak sekeh kepala awak juga la. Hissh..

*                            *                            *                            *                            *                            *




BERSAMBUNG...
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!




Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang. 

Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Ulasan

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Apa Nama Korang dalam Bahasa Jepun

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jom main permainan ni. Nama korang berdasarkan nama Jepun A= ka, B=tu, C= mi, D= te, E= ku, F=lu, g= ji, H= ri, I= ki, J= zu, K= me, L= ta, M= rin, N= to, O= mo, P= no, Q= ke, R= shi, S= ari, T= chi, U= do, V= ru, W=mei, X= na, Y= fu, Z= zi Kemudian copy nama korang kat ruangan komen ya. Noor Hapisah : Tomomoshi Rikanoki Arikari Haha~ Lawak gile nama. Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels! Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.  Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Open Tracker