Cerjang Percaya Padaku: Part 1 | ! sha my heart

.

Sabtu, 4 Februari 2012

Cerjang Percaya Padaku: Part 1


Assalamualaikum.

Cerjang (cerita panjang) yang aku tulis, saja nak kongsi dengan korang. Aku tahu, aku taklah berbakat macam orang lain. tapi, apa pun bacalah dulu. Hihi~
                           _______________________________________
Tit, tit.. Bunyi telefon bimbitnya tanda ada mesej masuk. Diambil capai alat komunikasi masa kini itu. Dibuka kotak mesejnya, Abang, kakak masak.
Masak? Alhamdulillah, sudah banyak berubah minah lincah seorang ni.
Masak apa? Pantas jarinya membalas SMS yang baru diterima itu.

SMSnya dijawab, masak kuih buah Melaka. Teringat kepada juadah popular masa bulan puasa. Kenyal di jari, cair di tekak, sedapnya. Ditelek muka jam, pukul 5.30 petang. Mungkin perempuan itu masak kuih tradisional untuk dibuat makan petang. Alangkah indahnya. Alangkah nikmatnya dilayan isteri untuk minum petang. Dan isterinya itu adalah Aisha Humairah!

Pandai ke kakak masak?
Halim membahasakan kakak untuk Kamil Azwari, adik kepada Aisha Humairah. Saat perkenalannya, gadis tersebut mengakui tidak tahu masak. Ketika itu mereka sedang makan di hentian Rawat dan Rehat (R&R) semasa pulang dari menyertai Pertandingan Kejohanan Seni Mempertahankan Diri. Martial art. Diagah lagi soalan, kalau bersuami nanti, tak kan nak makan di kedai sahaja?
“Boleh jugak, apa salahnya?” tuntas jawab Aisha, sambil tersenyum. Halim membeliakkan mata. Kaget.
“Ala, sekali sekala makan di luar apa salahnya? Selebihnya, pandai-pandailah saya nak masak.” Ujar Aisha, membela diri.
“Pandai ke masak?” Halim mengangkat kening. Nasi lemak sudah lama dihabisinya. Makan pelahap. Lapar sangat tadi.
“Apa ingat saya tak tahu masak ke? Sebut saja. Just name it, bro.” satu tumbukan ringan hinggap di bahu Halim. Dia tersenyum.
“Ye ke? Awak pandai masak, ek?”
“Memang saya tak pandai masak. Apa yang awak sebut tu, saya suruh orang lain yang masak. Haha~” Halim menarik cap yang Aisha pakai, ke bawah, menutup seluruh wajah polos gadis tersebut.
“Sengal,”  satu perkataan keluar dari bibir Halim dan ketawa.
“Ko pun sengal jugak. Aku tengah makan ni kot.” Rasa nak je campak kuah sup yang merah menyala dek cili boh ke muka Halim. Orang Utara makan bihun sup dengan cili boh, merah manakala orang Selatan guna cili kicap, hitam. Halim diam, angkat kening.
“Dah cantik-cantik aku pakai cap, ko apa daulat nak ubah? Cess..” omel Aisha membetulkan capnya. Muncung cap dihalakan ke tepi dan menghabiskan sisa bihun sup yang dipesannya.

“Sorry la, bro” Halim menekan cap kepala Aisha. Aisha mencebik, sah nak kena simbah kauh sup aku dah pak cik ni. ketawa Halim masih berbaki. Sengaja dipanggil bro pada Aisha Humairah. Ketawa Halim makin menggila apabila dapat mengenakan Aisha tetapi cepat-cepat Aisha menendang kaki Halim.
“Wei, ko kenapa?” Soal Halim masih menahan kesakitan.
“Malu doe orang tengok aku berkawan dengan orang gila. Gelak berdekah-dekah. Tak boleh bawa pergi majlis. Buat malu aku je.” Omel mulut kecil Aisha. Kini dia sudah habis makan bihun sup. Dilapnya bibir yang dirasakan berminyak dek lemak kuah bihun sup dengan jari telunjuknya.
“Isk, ko ni tak senonoh betul. Kalau ya pun, lap la dengan tisu wei.” Cap Aisha ditekan ke bawah. Aisha diam.
Halim menyambung, “ko pun sama, tak boleh bawa pergi majlis juga,” memulangkan paku buah kerasnya.
Kenangan oh kenangan indahnya masih terasa.
 
*                            *                            *                            *                            *                            *

Kenapa ibu layan aku begini? Getus hati kecil Aisha Humairah. Kenapa ibu boleh jawab dengan baik masa Syida Junaidah, adiknya bertanyakan cara membuat kuih atau apa sahaja, diberikan jawapan. Tetapi apabila dia berpuasa sunat dan teringin benar mahu menjamah kuih buah Melaka, ibu bukan sahaja tidak mahu buat, malah menegahnya masak juadah itu.
“Jangan nak merepek buat bukan-bukan!” Tempelak ibunya itu. Aisha tercenggang.
Bahan-bahan tiada, jika itu alasan ibunya, Aisha tunjukkan tepung pulut dan gula Melaka di tangannya. Terdiam. Ibunya berdalih, “tiada kelapa dan perlu diparut.” Aisha Humairah sangat hairan, apa masalah ibunya itu? Buah kelapa ada banyak berlonggok di luar. “Kena kopekkan kulit. Kena parutkan isinya.”
“dah la, tak nak buat, sudah. Orang buat sorang. Tak nak buat sudah, bising pula.” Jawab Aisha.
Aisha Humairah masih lagi bersabar. Kalau ibunya tidak mahu turut sama berganding bahu, dia pinta resipi dan petua. Tetapi itu juga tidak diberi. Sedih rasa hati. Sudahlah dia sendiri tidak pandai masak, bila tanyakan resipi, ini jawapannya. Habis tu, sampai bila dia nak pandai masak? Aisha Humairah masih berkeras mahu masak juadah yang menjadi kegemaran ramai orang ketika bulan puasa. “Buat setengah cawan, nanti banyak. Sape nak makan? Dah la lembik-lembik.” Omel ibunya.
“biarlah, orang nak makan. Tak nak makan, sudah, tak payah nak bising-bising.”

Tepung pulut diukur sampai setengah cawan. Dimasukkan air, masih tidak sebati. Dimasukkan lagi air, lembik pula. Dituangkan pula sedikit tepung pulut untuk memekatkan sebatian. Yes, dah berjaya pekat dengan seeloknya. Diuli-ulikan tepung tepung. Aisha tersenyum sendiri. Pandai juga aku ya, puji diri sendiri nampak, haha~. Habis tu, gula gerek ni bagaimana mahu pecahkan? Guna pisau. Uii, kerasnya gula ni. Akhirnya, Aisha gunakan batu penumbuk dan pisau di atas gula Melaka. Yeah, berjaya. Dipahatnya menjadi kecil-kecil untuk dimasukkan ke dalam tepung nanti.

Diambilnya sedikit tepung dan dilenyek ke atas tapak tangan untuk membuat ruang menempatkan gula Melaka yang telah dipotong tadi, kemudian digolek-golek menjadi bulat. Diperhatikan setiap genap tepung yang telah dibentuk bulat dan ditaruk gula Melaka, tiada sebarang lubang yang menampakkan gula tersebut. Yeah, dah berjaya buat satu. Setelah tinggal sedikit adunan tepung, Aisha bangun mengambil periuk dan diisi dengan air paip. Diletakkan ke atas periuk. Biar air mendidih, nanti barulah masukkan bebola berisi gula Melaka ini ke dalam air mendidih tersebut. Aisha menghabiskan baki adunan tepung menjadi bebola yang diisikan gula Melaka.

Elok Aisha habis mengentel sebatian tepung, air sudah mendidih. Dimasukkan satu persatu kuih buah Melaka dengan perlahan ke dalam periuk yang mengandungi air mendidih. Tenggelam. Tunggu buah Melaka ini naik dipermukaan, siap la nanti setelah ditoskan airnya.

Menjadi juga aku masak makanan ni walaupun hanya ikut kata hati sahaja memberi arahan. This is first time Aisha masak kuih buah Melaka tanpa ada sesiapa memberi tunjuk ajar.

Ah, nak merajuklah dengan ibu. Tengoklah nanti, dia tak kan tegur ibunya. Malam ini dia akan terperap dalam biliknya sahaja. Tidak akan ke ruang tamu untuk menonton televisyen seperti malam-malam biasa. Hanya akan ke dapur untuk menjamu perutnya dan ke bilik air. Selebihnya, baiti jannahti, bilikku syurgaku. Dia akan menaip sambungan novel atau membuat cerpen baru di computer riba miliknya. Dia akan on line.
Memang bersalah dirinya melawan cakap ibu, berkeras mahu membuatkan kuih tradisional ini juga. Tetapi kenapa ibu tidak memberikannya resipi?  Dia juga berhak merajuk. Anak ibu nak merajuk, oh yeah.


 BERSAMBUNG...

P/s: Komen korang? Komen lah apa-apa pun, aku tak kisah.

Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!




Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang. 

Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

3 ulasan:

cinta amerqastrina berkata...

panjangnye... x larat nak baca... sambung jup ag la... petang2 cket <3

nice bahasa -)

sha my heart berkata...

cinta: nama pun cerjang, cerita panjang, mestila panjang. kalau cerpen= cerita pendek. hihi~

ok, nanti komen ya.. =)

sergeant keroro berkata...

banyakkan perenggan, bagi jelas dialog sikit. kurangkan ayat-ayat yang komplikated.

buang scene yang kurang memberi impak.

just saying, i'm a newbie myself. sorry for the long comment. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...