Langkau ke kandungan utama

Apa Hal Ko, Haters Nak Rampas Kawan Aku


Assalamualaikum.

Setiap orang dari kita ada saja orang yang sukai kita dan tak kurang jugak yang membenci kita tanpa sebab. Lagi terkenal seseorang itu, maka makin ramai orang suka dan makin bertambah orang membenci dengan sebab atau tanpa sebab. Contoh senang, lihat sahaja Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. M, Tun Pak Lah, dan D.S Najib, semuanya ada je orang suka dan tak kurang ada yang membenci.
 
Dalam aku duk membincangkan isu ni, tetiba aku jumpa seorang haters aku. Dia mencemburui hubungan aku dengan 'orang lain' yang mana aku dan 'orang lain' tu dah lama kenal dan saling menyokong sejak sekian lama. Kami memang rapat, okay. Dia tu baru je lagi, 'orang lain' kenal. Tetiba, nak cantas macam tu je. Sorry, aku tak kan nak tengok je, aku akan pertahankan.. Nak cantas, meh lawan dengan aku dulu. Ada berani?

Aku kenal juga sikit pasal orang yang membenciku itu. Dia memang seorang yang sombong dan meninggi diri. Bajet bagus. Menyampah ada jugak.


Mesej untuk orang tu:
 
Kawan aku tu memang baik orangnya. Aku tak nak la dia berkawan dengan orang jahat macam ko. Sepatutnya, aku yang jeles lebih sebab aku memang rapat dengan kawan aku tu, tapi dia boleh bebaik dengan ko. Aku memang tak kisah, kawan dia, kawan aku juga tapi ko ni lain. Ko nak dia je jadi kawan ko, aku kawan baik dia, ko nak singkirkan. Ko tak tahu ke, sape yang ajar dia, jaga dia selama ini? Aku harap ko pergilah cari mangsa lain.



Aku memang tak cakap apa-apa lagi pada kawanku tu. Biarlah dia tak tahu dulu pasal ni.

P/s: Kalau aku kata cerita kat atas tu adalah blogger, percaya tak?
P/s/s: Apa aku nak kena buat ni?

Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!




Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang. 

Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Ulasan

  1. Biasa lah manusia. Kadang2 suka tengok manusia lain susah,sakit hati :')

    BalasPadam
  2. manusia ni sentiasa ada sifat iri hati..xkisah la blogger ke or bukan blogger..ciktom pun ada kawan rapat dr blogger jgk n pernah ada kes camni..slg cemburu..tp ciktom buat pejam mata je..mls nk pkir..hehe

    BalasPadam
  3. 'Orang lain' tu confirm blogger kan akak sha? Memang manusia ada sifat dengki ni. Akak sha terus pertahankan persahabatan akak sha tu ye. :)

    BalasPadam
  4. biasalah tu Sha..lumrah kehidupan..hadapi dgn berhemah ok

    BalasPadam
  5. Belom lagi kena sampai macam tu setakat berblogging ni.

    BalasPadam
  6. kawan pun boleh gado nak berkwan kan.
    belum pasal rampas awek ke balak ke.
    kawan pun da le wat gadoh.

    BalasPadam
  7. kawan la same same..jgn la gaduh gaduh..ishhh..hehe..

    BalasPadam
  8. susah jugak orang macam ni, tapi itulah sesetengah manusia yang tak tahu berkawan...dia je nak..sabar ek sha..InsyaAllah..ada jalan penyelesaiannya

    Perbaiki akhlak dan
    peribadi

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Pantang larang dan makanan orang demam campak. Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak.  Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. Risau gatal je.   3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan . 4. Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau m...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Keluarga

Kali ini, kita belajar pula bahasa Melayu Kelantan dalam keluarga. Ibu: Ma bagi yang ibu muda manakala 'mek' atau  'mok' bagi ibu yang dah tua. Bapa: Abah bagi bapa muda manakala Ayoh bagi bapa yang sudah tua. Bagaimana pun, gelaran ini dipanggil sejak kecil. Kakak. Sama, tiada berubah. Abang : Abe Adik: Adik. Anak sulung: Long Anak Kedua: Angah Bersambung lagi ya. Entri sebelum ini mengenai pengenalan

Open Tracker