Telefon Bimbit dari Dulu-dulu sampai Sekarang | ! sha my heart

.

Jumaat, 18 November 2011

Telefon Bimbit dari Dulu-dulu sampai Sekarang




Asslamualaikum.

Entri ni, aku nak bercerita pasal telefon bimbit.

Telefon bimbit, apa yang korang tahu pasalnya? Meh aku huraikan sikit apa yang aku tahu pasal telefon bimbit ni.

1. Orang selesa panggil handphone, tak pun handset.

2. Biasanya tulis hp je sebagai short form.

3. Hp dulu-dulu besar, sekarang ni ada besar juga tapi tak berat.

4. Pihak kementerian pendidikan negara sudah banyak kali membincangkan isu membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah. Mula-mula, tak boleh, kemudian boleh. Lepas tu tak boleh, lepas tu boleh pula. Sekarang ni?


Sketsa pasal hp


Awal 1990-an

-Besar gedabak. No masa tu 010.

"Apa yang ko usung, tu Jibam?"
"Oo, ini handphone."

Boboy: Wei, penat la main bola ni. Jom minum air. Srroot, sroott.
Sin Chan: Kelas ko Jah, bekas air ko tu bentuk handphone.
Boboy: Well, well west.. Bangganya aku tak terkata.


Awal 2000-an

Nokia 3310 diperkenalkan dan mendapat perhatian di kalangan masyarkat dunia. Banyak juga jenama hp lain seperti Samsung, Motorola yang membuat telefon bimbit.

Mak Maimun: Eh, mana hp yang mak kasi bawa pergi sekolah tadi? Cikgu rampas ke?
Dani: Bukan cikgu rampas tapi Dani baling anjing tadi, mak. Ajing tu kejar Dani, mak.. Sorry, mak. Belikan Dani hp baru ye. Hihi~


Pertengahan 2005

Handphone masa ni, agak tebal.

Ina: Ko tumbuk cili nak masak apa cik Jah?
Jah: Sambal belacan.

Ina: Eh, ko guna hp?
Jah:Aah, kreatif tak aku?
Ina: Gulp! nampak sangat ko tak sayang hp.

Jah: Bukan tak sayang, aku pelbagaikan kegunaan hp ni. Lagipun rumah bujang kita tak ada lesung tumbuk. Hehe~
Ina: Ah, lantak ko la. Janji bukan guna hp aku sudah.

Jah: Eh, hari ni guna hp aku, esok guna hp ko la pula. Thehehe~
Ina: Gulp lagi. Punah, punah.


Pertengahan 2007

Hp metalic dan shining jadi pilihan.

Lisa: Mira, lipstik aku comot tak?
Mira: Nah hp aku ni.
Lisa:??? Kenapa bagi aku hp ko pula?
Mira: Ada cermin. Belek la muka cantik ko tu. Hehe~


Tahun 2010

Hp canggih gila, ada fb, twitter segala.

Alif: I tengah kat bilik air ni (update status Blackberry messager-BBM, Twitter dan Facebook sekaligus).


Penggunaan hp amat penting dalam dunia hubungan telekomunikasi sekarang. Hp mula berubah dari sekadar hanya untuk call dan mesej, sudah ada game, muzik, internet dan macam-macam lagi. Hp semakin memudahkan kehidupan manusia. Awesome, wei.

Itu lah pengalaman dan memori aku mengenai hp ni. Lawak tak? Haha~ Tak lawak pun, korang senyum sikit pun oklah. Kalau tak boleh nak senyum, tarik bibir tu bagi senyum jugak. Kahkah.


Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!




Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang. 

Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

16 ulasan:

Diana @ bilakukatacinta berkata...

evolusi HP..errrkkk.....evolusi ke? inovasi kan? tulah..mcm komputer..zaman dolu2 komputer /workstation sebesar bilik. lepas tu..dikecikkan menjadi sebesar mesin dan kemudian PC, kemudian lappy, kendian noteboook, kendian ipad iphone segala...

sha my heart berkata...

diana: ya, tahu.. tapi saya cakap pasal hp, bukan komputer. saya cakap pasal penggunaan lain selain sebijik hp. Baca ke tidak ni :P

cik fyeza berkata...

haha terbaik lah entri ni . pelbagai kegunaan hp ni . baca dari ats smpai bwah kelakar lah ^^

sha my heart berkata...

cik: terima kasih =) sekadar nak buat anda senyum =)

sis92 berkata...

evolusi handphone..hehe sis pun penah gk buat entri lebih kurang cmni..
sekarang sume canggih2
harap2 kecanggihan tu tak disalahguna :)

Liyana Ramli berkata...

hahaha macam2 kann... eh, entry kite lebih kurang sama ni

http://thetingtong.blogspot.com/2011/11/

ABU berkata...

sepanjng aku berHP ni.. aku jarang tukar2 hp.. ada beberapa kali je.. blh kita sebelah tangn hahahaha..
sebnrnya kalau nak kejr hp hp ni tak dapat la.. mau banyk duit baru dapat..
kejap je model baru dah kuar.. makan hati la. baik biasa2 jak..

sha my heart berkata...

sis: hopefully =)

sha my heart berkata...

liyana: kebetulan topik hampir sama tapi lain, kan? =)

sha my heart berkata...

Abu: ya. aku pun jarang tukar hp, wei.. sama, tak lebih sebelah tangan pun. =)

♥yaya budak suka embun♥ berkata...

hehehe..bez nye..tapi saya baru ada 1 fon yg beli sendiri. yg len sume nye amik yg turun temurun. haha

Pendamba Mawar berkata...

tu da obses

sha my heart berkata...

yaya: tak pe la, ada juga kan?
=)

sha my heart berkata...

PM: haha~ obses social network

Hanil berkata...

aku dulu form 6 bawak enpon ke asrama..brp kali kene rampas dgn warden.enpon butterfly ms tu..
now aku pakai hp rm50 je..CSL sebab anak aku suke gigit.beli mahal2 pun buat jahanam je. gune utk basic jugak..call n msg.kdg2 guna kalkulator n torchlight bile letrik xde..canggih pe hp rm50..

lowongan kerja berkata...

Terimakasih infonya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...